
27 Jun 2007 aku ada temujanji untuk melawat ke Sarawak Culture Village (SCV) ataupun Kampung Budaya Sarawak.. kali ni aku pergi untuk mendapatkan keterangan pakej Homestay (Pakej Berambeh di SCV - bermaksud pakej penginapan untuk bermalam di SCV).. untuk pakej ini tetamu akan akan merasai sendiri cara hidup etnik2 yang ada di sarawak seperti kaum Iban, Bidayuh, Penan, Orang Ulu, dan juga masyarakat Melayu serta masyarakat Cina.. Di sini para pengunjung akan melihat replika rumah2 etnik tersebut yang mana setiap rumah akan ada pekerja SCV yang akan meyambut tetamu yang datang dan memberi keterangan berkenaan rumah2 dan kehidupan masyarakat etnik2 tersebut..
Inilah tiket masuk (pasport) ke Sarawak Culture Village (SCV) .. pasport ni bolehlah buat kenangan.. setiap kali tetamu masuk ke rumah2 etnik tersebut pasport ini akan dicop.. Harga tiket masuk berbeza untuk orang Semenanjung dan orang Sarawak Sendiri.. Untuk orang Semenanjung harga tiket masuk RM 60 (dewasa) dan RM 30 (kanak2 - 6 hingga 12 thn).. SCV ni dibuka setiap hari bermula jam 9pg - 5.15 ptg.. Sedikit info di sini kalo sesiapa yang merminat untuk masuk ke SCV ni bolehlah hubungi mana2 travel agent untuk mendapatkan diskaun bagi tiket masuk ni..






dah kenyang malas lah pulak nak berjalannya.. ni tengah tunggu mamat yang nak bawa aku tengok bilik bagi pakej berambeh(bermalam) di SCV ni.. kalo ikutkan ati aku nak ajak hubby aku balik dah.. mana taknya.. penat sangat aku rasa..










haha... ni hubby aku benggang gak gan aku ni.. dia terpaksalah ikut aku sekali meniti atas titi ni..

Ni salah satu aktiviti kaum Iban iaitu menenun kain Pua Kumbu.. pada asalnya kegunaan kain pua kumbu ni adalah untuk upacara keraiaan ataupun untuk sambutan upacara2 tertentu oleh kaum Iban.. tapi sekarang ni Kain Pua Kumbu ni dijadiakan sebagai produk kraftangan dan dikomersilkan sampaikan orang semenanjung pun tergila2 kan produk ni.. Kain Pua Kumbu ni cantik dan elok kalo di buat alas meja ataupun dibuat perhiasan di dinding di gantung dengan menggunakan kayu yang diukir dengan motif sarawak..
No comments:
Post a Comment