Thursday, April 6, 2017

Orkid Studio Apartment Kota Bharu Murah & Berbaloi Untuk Famili


Hujung Dec 2016 balik ganu. On the way balik ke Kedah, kami singgah di Kota Bharu. Konon2 nak rest kejap la. Bertolak ke Kota Bharu hari khamis, singgah pantai Tok Bali dulu. Beli sata, keropok lekor & keropok keping. Keropok lekornya sedap yang amat. Anak2 pun suka & makan banyak. Natijahnya, Kashif Aliya muntah & cirit birit jadinya. Anak yang no.2 perutnya sensetif tak boleh makanan yang tak bersih. So, ibu syak puncanya dari keropok lekor sebab nampak masa sebelum goreng tu banyak sangat lalat duk kerumung. Kami yang lain pun ada sakit perut tapi takde muntah. So, pening kepala la kami dibuatnya anak sakit perut & muntah2 camtu. Zayan Azfar pun buat hal juga masa malam sampai di Kota Bharu tu.. suhu badan dia naik mendadak & mata berair. Demam plak dia. Tak sangka sungguh. Dengan hujan lebatnya malam tu. Nak ke Wakaf Che Yeh pun tak jadi la. Camne nak jalan dah hujannya lebat sangat. Pusing2 dalam kereta je la..


Encik hubby dah search penginapan di Kota Bharu dalam Agoda. Boleh tahan juga banyak pilihan penginapan macam apartment yang murah dan sangat sesuai untuk famili yang anak ramai sebab ruang apartment yang luas.

So, kami pilih Orkid Studio Apartment berdasarkan review yang best dalam Agoda yang terletak berdekatan dengan Pasar Siti Kadijah dan Kedai Makan yang fames tu, Restoran Nasi Ulam Cikgu. Lokasi yang sangat2 strategik. Tapi kami tak book dalam agoda sebab whatsapp kat owner apartment ni dapat harga rm140/night. So, payment upon check in. 


Balik di Orkid Studio Apartment ni ada 1 double bed & 1 single bed, 1 extra matress ada dalam almari. Extra pillow pun banyak. Wah! Best kan. Dan paling best ibu suka ada microwave untuk panaskan makanan. Kebetulan plak kami ada bawa kuih akok. Apa lagi.. panas je la dalam microwave & ngap terus.. sedap sungguh.. coffee, susu, milo & teh wajib bawa kalau jalan mana2..


Kelengkapan yang ada di Orkid Studio Apartment:

1 katil double
1 katil single
ruang dapur
meja coffee
peti ais mini
Microwave 
njoi
wifi
iron 
iron board 
lift
free parking


Bilik air pun luas.


Apartment ni terletak dalam bangunan ni. Ibu pun tak tau apa nama bangunan tu sebab guna GPS. HAHA.. rupa2 nya banyak lagi studio apartment dalam ni tapi berlainan owner. 

Cadangan tempat2 makan yang diberi oleh owner Orkid Studio Apartment:

Makan mlm /petang
- ikan bakar kukup( macam2 ada) / 10@15 minit
- di apple depan pasar siti khadijah ( western) 
- padang bas 
- restoran wau
-pk corner ( simpang 4, jln pdg garong) 
- padang bas ( ptg -  malam,  belakang pantai timur) 
- KST ikan bakar.. macam2 ada
- megi tiram pantai kemayan( 30 minit from kb) 
- megi ketam jalan pantai PCB

Makan pagi
- kopitiam kita

Mkn tengahari
- nasi ulam cikgu
- restoran syam
-restoran wau
- restoran pohon nako ( jalan che su) 

Tmpt beli belah
Aeon
Bazar tok guru
Bazar buluh kubu
Pasar siti khadijah
Giant
Parkson
Tesco
Rtc tunjung
Wakaf che yeh ( malam) 

* semua boleh google maps
* dalam kawasan bandar kb



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...