Wednesday, April 26, 2017

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap


Bahan-bahan

3 sudu makan minyak masak.
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
1 sudu teh cuka masakan
1/2 cawan kicap cair 
Sedikit air
1 biji cili merah dipotong memanjang
3 biji cili hijau kecil dipotong memanjang
1 labu bawang besar - potong bulat macam cincin.
Gula secukup rasa
4 keping ikan tongkol saiz kecil

Penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga kekuningan.

2. Masukkan semua bahan2 tadi dan biarkan mendidih.

3. Masakkan dengan api kecil sehingga kuah pekat. 

Resepi asal ialah ikan tenggiri. Ibu cuma ada ikan tongkol je masa ni. So, guna la ikan tongkol. Sukatan bahan2 nya pun ibu ubah sikit2.. 

Sumber: Buku 400 resepi terbaik Chef Wan






Swimming Pool EDC UUM Lagi


Cuti Israj Mikraj, kakak, adik & zayan nak pi swimming pool lagi.. pening dah kepala ibu dan abah sebab petang2 hujan. Kalau pagi2 plak depa ni lambat bangun tido time cuti sekolah..

So, terpaksa pi pagi juga la.. kul 11.30 baru sampai kat swimming pool EDC, UUM. Dengan cuacanya panas terik. Habis semua sunburn.. keluar dari swimming pool pukul 2.30 petang.. puas hati sungguh adik & kakak main air..




Monday, April 24, 2017

Resepi Sup Sawi Simple


Sup sawi simple ni ibu makan ratah macam tu saja sebab dah makan nasi masa sarapan. Lauk daging dan kerabu perut. 

Jadinya, dalam pukul 2 camtu rasa lapar la pulak.. tengok apa yang ada kat dapur untuk buat sup sayur. 

Bahan2: 

- 2 pokok sawi pendek
- segengam cendawan hitam
- sedikit carrot 
- 2 ulas bawang putih
- setengah labu bawang besar
- 1 sudu besar serbuk lada hitam 
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 batang sosej di potong kecil2.
- 1 biji cili besar
- garam dan ajinamoto
- sedikit minyak untuk menumis
- 2 cawan air

Cara2:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan sosej dan serbuk lada hitam. Biarkan sosej tu garing sikit. 

2. Masukkan air dan tunggu sampai mengelegak. Tapi ibu masukkan air panas terus. Ekspress keja ibu ni.

3. Kemudian, masukkan sawi, carrot, cendawan, cili besar, sos tiram, garam dan ajinamoto. Biarkan sekejap dan tutupkan api. 



Sunday, April 23, 2017

Menu Breakfast Special


Ini lah padahnya bila suami sediakan sarapan untuk isteri. Sangat istimewa. Terus rasa bangkit selera nak makan ni. Anak2 pun cakap.. wow! Abah hebat laa.. cett.. 

Mana tak special nya.. ibu dah masak sup ekor special dah tu.. abah cuma hias menarik ja.. 

Menu breakfast special

Sup ekor + roti butter + sosej bakar + kacang panggang

Enak tak terkata.. 😁😁😁

Resepi Sambal Bilis Bawang Simple


 Resepi Sambal Bilis Bawang Simple. Sebab apa ibu kata simple.. sebab senang sangat nak buat.. ni resepi khas untuk anak dara ibu.. suka sangat dia kalau ada bilis camni.. bertambah2 nasinya.. resepi ni kalau rasa macam takde mood nak makan boleh juga buat. Gandingankan sambal bilis bawang ni dengan telur mata.. sedap sangat tau.. dengan nasi plak panas2.. 

Bahan2.. 
100 gram bilis - rendam 15 minit.
1 sudu besar cili boh. 
1 labu bawang besar - potong memanjang.
1 ulas  bawang putih - di ketuk dengan pisau.
Sedikit gula.
Sedikit belacan & asam jawa - hancurkan dalam 1 sudu air. 
Minyak 

Cara2:
1. Basuh dan toskan bilis. Kemudian, gorengkan bilis sampai ranggup. 

2. Dengan menggunakan minyak yang sama. Agak2 dalam suku cawan macam tu. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Masukkan cili boh. Gaul2 kan, kemudian masukkan air asam jawa dan belacan. Tambahkan setengah sudu besar gula untuk seimbangka  rasa. Last sekali masukkan bilis yang digoreng tadi.. gaul2 rata. 

Sedap juga kalau dimakan bersama roti..

Saturday, April 22, 2017

Picnic @ Darul Aman Lake Park


Darul Aman Lake Park ni memang sentiasa ramai orang. Tak kira la hujung minggu ataupun hari2 biasa. Sentiasa ramai pengungjung. Cuma masalahnya parking punya la susah sebab terlampau ramai orang. Tapi anak2 suka la pi kat sini sebab meriahkan. Ada macam2 boleh main tapi kali ni kami pi tak sempat main apa2 pun. Kami lepak & makan2 mangadap tasik. 


Friday, April 21, 2017

Resepi Sarapan Roti Telur


Pagi ni ibu buat roti telur untuk sarapan pagi. Resepi yang mudah, cepat dan senang. 

Resepi roti telur

Bahan2:
- 5 keping roti gardenia
- 2 biji telur
- sedikit garam 
- serbuk lada hitam
- minyak untuk mengoreng. Kalau guna non steak pan tak perlu minyak dah..

Cara2:
- pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau telur sekejap.
- potong roti kepada 4 bahagian. Kemudian celupkan roti ke dalam telur dan masukkan dalam kuali.
- goreng sampai nampak keperangan sikit. Dah siap boleh makan bersama sos cili dan mayonis. 

Kalau ibu suka gandingkan dengan teh lemon panas2.. 


Daging Kunyit dan Kerabu Perut



Huhhh.. kalau pagi2 abah belikan nasi putih berlauk memang seronok la ibu.. maklumlah orang ganu breakfast nya makanan berat.. pelbagai jenis nasi ada.. huhuuuu.. rindunya breakfast ala2 ganu.. sekali sekala ja boleh merasa bila duk jauh.. 

Abah memang dah tahu daging kunyit & kerabu perut kegemaran ibu. Makcik ni buat memang sedap.. tak jauh mana dari sekolah kakak. 

Wednesday, April 19, 2017

Kuah Rojak Mak Bee dan Buah Pelam


Kuah rojak Mak Bee dan buah pelam berpisah tiada.. kena plak buah pelam yang masam2 manis camni, walaupun pelam dah masak tetap sedap dicicah dengan rojak Mak Bee.. sekali pekena kuah rojak mak bee tak mau yang lain dah.. sampaikan adik ipar ibu kat Kuching sanggup order mak bee 30 bekas.. nak pos parcel lagi.. memang terbang la ongkos nak nak bawa terbang ke Sarawak nung.. tapi apa kan daya kuah rojak mak bee dah memikat hati orang jauh dari seberang.. 

First kenai kuah rojak mak bee yang marbeles ni masa study kat uum.. ada member dari kedah ni bawa kuah rojak mak bee dan buah pelam.. ya ampun sedapnya buah pelam depa.. lemak2 jer rasa.. makan camtu saja pun sedap.. maklum la kita tak pernah merasa pelam sedap camtu.. banyak plak tu member tu bawa balik kat kolej.. memang menjamu buah pelam sungguh kami.. huhu.. rindunya zaman universiti dulu2.. rindunya dengan roomate.. 


Zayan Azfar bangun tidur terus ngap buah pelam.. pelam ni mak angkat ibu yang bagi.. sekarang ni tengah musim.. harum manis pun dah musim dah ni.. alaa.. pelam premium yang mahal bebenor tu lerr..

Kelebihan Surah Al Waqiah


Rasulullah SAW bersabda:

" Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya"

Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakkannya adalah sahih.

Khasiat surah Al-Waqiah :

1. Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.

Uthman berkata : " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

2. Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.

3. Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.

4. Surah al-Waqiah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak. Insyaallah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.Jika dibaca disisi orang sakit, Insyaallah diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga dibaca kepada orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Buat peringatan,amalan membaca surah ini janganlah hanya berpaksikan kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan. Bacalah surah ini dengan besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan jariah. Insyaallah dengan niat yang suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah.

Sumber rujukan:

Tuesday, April 18, 2017

Bekal untuk Anak-Anak Ke Sekolah


Kakak Kamila Qistina ni dia suka sangat kalau ibu bekalkan dia dengan makanan sebab dia kuat makan dan tak cukup makan sikit. Sampaikan dia suruh ibu beli buku resepi bento.. dahsyat anak ibu ni. Kakak selalu cakap best kalau bawa bekal sebab ibu masak sedap. Makanan kat kantin tak sedap katanya. 

Hari ni ibu bekalkan kakak ke sekolah nasi putih, telur dadar, ayam grill & sayur kailan ikan masin. Habis semua kakak makan. Licin bekas tupperware. 

Monday, April 17, 2017

Doa Ketika Ditimpa Musibah


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا
Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma'jurnii Fii Musiibatii Waahliflii Khairan Minha

"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya."

Sebagian ulama membaca:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اَللَّهُمَّ آجِرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأخْلُفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا

Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma Aajirnii Fii Musiibatii Wahluflii Khairan Minha

"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya."

Sebagian lainnya lagi membaca:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ آجِرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا
Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma Aajirnii Fii Musiibatii Waahliflii Khairan Minha

"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya."

Sumber Doa

Dari Ummu Salamah Radhiyallahu 'Anha, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا إِلاَّ أَجَرَهُ اللَّهُ فِى مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا قَالَتْ فَلَمَّا تُوُفِّىَ أَبُو سَلَمَةَ قُلْتُ كَمَا أَمَرَنِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِى خَيْرًا مِنْهُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

"Tak seorang hamba (muslim) tertimpa musibah lalu ia berdoa: 'Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya.' Ummu Salamah berkata: Saat Abu Salamah wafat, aku berdoa sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah kepadaku, lalu Allah memberi ganti untukku yang lebih baik darinya, yakni Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam." (Muttafaq 'Alaih)

Keterangan

Setiap kita pasti pernah atau akan mendapatkan musibah. Karena musibah bagian dari ujian dalam kehidupan dunia. Tidak boleh tidak harus dijalani manusia. Salah satu bentuknya adalah kematian atau kehilangan harta benda.
Allah Ta'ala berfirman,

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.  Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan." (QS. Al-Anbiya': 35)

Sunday, April 16, 2017

Penang Street Art


Gambar2 ni abah yang ambil masa ke Penang cuti raya haji tahun 2015. Zayan Azfar pun masih kecil. Ibu suka gambar2 ni sebab nampak klasik.

Kalau ke Penang jangan lupa uollsss cari penang street art yang mana lukisan2 muralnya sangat cantik dan kreatif betol.

"Boy on a Bike" mural, Ah Quee Street menjadi tempat tumpuan pelancong untuk melihat keindahan lukisan mural yang dilukis didinding bangunan lama. Pelukis mural ini bernama Ernest Zacharevic yang menzahirkan karyanya di mana seorang remaja lelaki sedang menaiki motosikal sambil menoleh ke belakang melihat trafic yang sibuk. "Boy on a Bike" mural ni nampak real bila ada prop sebuah motosikal lama yang terpakai.






Resepi Spaghetti Sardin


Resepi Spaghetti sardin, bunyi nama macam pelik jer. Tapi sedap sangat bagi ibu. Kena plak perahan lemon memang marbeles.. biasanya ibu guna cili kering tapi kali ni rasa macam nak menyegat lagi, ibu pakai cili pada.. wallaaa.. meletup2 rasa pedas dalam mulut..

Bahan-Bahan:

- setengah paket spaghetti
- 2 ulas bawang putih -diketuk
- suku bahagian bawang holland -didadu
- 3 ketul ikan sardin - buang tulang & lenyek2 kan ikan sardin supaya halus
- 3 biji cili padi
- 1 sudu kecil cili boh
- 4 sudu kuah sardin 
- 1 sudu besar sos cili
- sedikit garam dan gula
- minyak zaitun untuk menumis
- telur rebus / telur dadar
- brokoli - dicelur dlm periuk lain

Cara-cara:

Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang holland. Masukkan pula cili boh dan cili padi. Kacau2 dan masukkan sos cili, kuah ikan sardin dari tin sardin tu. Biarkan dalam 2 minit. Selepas itu masukkan sardin. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Gaulkan rata.

Akhir sekali masukkan spaghetti dan gaul rata. Dah siap, tutupkan api dan hidangkan. Enak dan sedap jika ada telur rebus ataupun hirisan telur dadar. Jika suka hidangkan bersama brokoli yang dicelur sekejap dan perahan lemon.. 


Saturday, April 15, 2017

Resepi Mee Bandung


Mee Bandung 

Bahan bahan:

1 bungkus mee kuning
10 ekor udang sederhana
5 ekor sotong - potong bulat
Segengam udang kering

Sawi
Taugeh
Hirisan daging yg dah direbus
 kiub ayam
3 biji telur
Gula dan garam
Mee kuning - celur
1 sudu besar cili boh


Bahan Kisar:

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


Bahan hiasan:
3 keping tauhu goreng - hiris nipis
Bawang goreng 
Hirisan cili merah

Limau kasturi/limau nipis


Cara- cara: 
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili boh. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk hingga naik bau.

Masukkan udang, sotong dan hirisan daging. Kemudian, masukkan air. Masukkan kiub ayam, gula dan garam secukup rasa.

Dah mengelegak, perlahankan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi taugeh.

Tutup api. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. 



Breakfast Kuey Tiow Sup Ekor Lembu


Pagi tadi punya cerita, malas nak masak sarapan. Maka, terhasil la kuey tiow sup ekor sebab malam tadi ibu ada buatkan sup ekor lembu. Sedap la pulak rasanya. Nanti ibu kongsikan resepi sup ekor tu ye.. 

Zayan Azfar Dulu dan Kini


Zayan Azfar, Nur Kamila Qistina & Kashif Aliya. Jantung hati ibu. Semoga menjadi anak yang soleh & solehah. 


Zayan Azfar umur 2 tahun 2 bulan



Zayan Azfar masa 7-8 bulan. Lain bebenor anak ibu. Kesian ibu tengok dah kurus kering sekarang ni sebab selalu demam dab berat cepat susut. Semoga sihat sokmo anak2 ibu. Doa ibu hari2 untuk kalian bertiga. 




Friday, April 14, 2017

Resepi Puding Marble



Bahan- Bahan Resepi Puding Kastard Marble:

- 1 paket agar-agar serbuk 10g
- 2 cawan air
- 1 tin susu cair (400g)
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3/4 cawan gula 
- 1 sudu besar tepung kastad
- 2 sudu serbuk koko / choc emulco

Cara-Cara:

1. Masukkan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk. Kacau dan biarkan agar-agar dan gula hancur. Tunggu sampai mengelegak sikit. 

2. Sambil2 tu, masukkan telur, esen vanila, tepung kastad dan susu cair ke dalam bekas berasingan. Kacau bagi sebati dan tapiskan bancuhan ini ke dalam periuk berisi agar-agar tadi. 

3. Kacau lagi hingga nampak pekat sikit

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur serbuk koko/choc emulco dan 1 bahagian lagi biarkan warna asal.

5. Gunakan loyang bulat. Masukkan 1 senduk berwarna asal. Diikuti 1 senduk warna coklat, tuang di atas warna asal tadi. Tindih berselang seli warna sampai la habis. 

6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 6 jam barulah potong. Kalau ibu lah.. nampak dah keras dan sejuk bila rasa, teruk potong dah.. tak menahan nak tunggu lama2..

Biar rupa tak cantik, asalkan sedap bila ditelan. 



Thursday, April 13, 2017

Resepi Ayam Goreng Kunyit


Ayam goreng kunyit, resepi yang paling ibu gemar sejak zaman universiti sampai dah ada anak. Sekarang ni anak2 plak yang pantang ada, laju je manambah nasi. 

Moh la kita nengok resepinya yang sangat mudah dan bahan2 simple biasa ada di rumah. Ada sambal belacan, timun, sup, telur dadar & nasi putih, memang meletop2 rasa dalam mulut..

Bahan-bahan:

- Ayam potong kecil2. Gaulkan dengan garam, serbuk kunyit dan cili boh.
- kacang buncis / kacang panjang
- 1/2 batang lobak merah - potong memanjang
- sedikit bunga kubis
-1 biji cili besar
- 3 biji cili padi
- 1 batang serai - ketuk hujung
- 1 biji bawang holand - potong memanjang 
-2 ulas bawang putih - ketuk dgn pisau
- daun limau purut kalau suka
- minyak, garam dan ajinamoto/ gula

Cara2:

1. Gorengkan ayam dulu dalam kuali berasingan hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.

2. Guna kuali yg sama dan masukkan sedikit minyak. Kemudian tumiskan semua bahan2 tadi. Masukkan bunga kubis, kacang panjang/ buncis dan lobak merah. Masukkan sedikit kunyit supaya bawang dan sayur nampak kuning juga. Masukkan sedikit air supaya tak berminyak sangat.

3. Masukkan garam, gula / ajinamoto. Last sekali masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul2 rata dan angkat. Sediakan nasi putih uollsss.. makan dengan nasi goreng pun sodap..



Monday, April 10, 2017

Resepi Bubur Kacang Hijau


Petang2 memang best la kalau ada segala macam jenis bubur. Kalau ada bubur & cicah plak dengan roti memang kenyang la dibuatnya.

Bahan-bahan resepi bubur kacang hijau:

- 300 gram kacang hijau
- 3 ketul gula melaka/gula merah/gula kabung. Masak dengan air dulu, kemudian tapis. 
- 2 cawan santan pekat 
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 helai daun pandan
- 5 sudu sagu mata ikan
- sedikit garam

Cara masak:
1. Goreng kacang hijau dalam 5 minit camtu. Lepas tu rendam kacang hijau lebih kurang 2 jam. 
2. Rebus kacang hijau tadi dengan air hingga kembang. Kemudian masukkan daun pandan, gula pasir, gula melaka, dan santan. Tambahkan 2 cawan air kalau pekat sangat. Masukkan sagu dan juga garam. Kalau musim durian boleh masukkan 5 ulas isi durian. Lagi best, pekat dan likat rasanya. Cicah plak dengan roti memang kenyang habis dibuatnya.


Resepi Kek Batik Cheese Nestum


Anak-anak, ibu dan abahnya cukup suka la dengan kek batik cheese nestum ni.. wallahh.. sedap teramat bila nikmat merasanya. Nilah dia kek yang paling senang nak buat. Sambil membebel dengan anak2 dah boleh siapkan 1 kek batik ni..


Bahan-bahan kek batik cheese nestum:

1. Biskut marie 1 bungkus
2. Susu cair 1 tin
3. Telur 1 biji
4. Mentega 3 sudu besar
4. Esen vanila 1 sudu 
5. Susu pekat setengah cawan. 
Kalo suka manis lebihkan. Kalau tak suka manis kurangkan susu pekat. Ikut cita rasa sendiri ye.. 
6. Serbuk coklat 5 sudu besar  & 3 sudu besar serbuk milo
7. Nestum untuk tabur atas kek

Cara buat kek batik:

1. Panaskan mentega dalam periuk. Masukkan susu cair, telur, esen vanila dan susu pekat, serbuk coklat & milo. Seeloknya bancuh dulu serbuk koko & milo dengan sedikit air. 
2. Kacau2 dalam 2 minit atau tunggu panas sket, masukkan biskut marrie. Gaul2 bagi rata. Kalau suka biskut tu lembik2, biarkan lama sket.
3. Sediakan alumium foil atau kertas putih yang buat kek tu dalam bekas atau loyang. Masukkan kek dalam bekas. Tekan2 kek batik supaya jadi rata pakai plastik atau sarung tangan. 
4. Letakkan cream cheese atas kek dan taburkan nestum. Lagi banyak nestum lagi best. 
5. Masukkan dalam peti sejuk dulu kira 5 jam camtu baru potong. Makan sejuk2 sedap. 

Cara buat cream cheese:

1. Cream cheese tartura 250 gram
2. Susu cair 3 sudu besar
3. Susu pekat 4 sudu besar.
- bland kan semua bahan2 di atas dengan blander saja. 



Gambar Raya 2016


Kira-kira 3 bulan lagi nak raya tahun 2017 plak dah. Cepat sangat rasanya masa berlalu. Ibu & abah makin tua, anak2 plak sedang membesar bagaikan juara. Permulaan tahun 2017 merupakan tahun yang sangat down bagi ibu. Terasa mental dan fizikal lemah selemah-lemahnya. Hanya doa & zikir saja penguat semangat ibu. Semoga ujian ini ada sinar & hikhmahnya dipenghujung tahun ini. Raya tahun ni belum decide lagi sama ada nak balik Kuching atau Terengganu. 






Friday, April 7, 2017

Breakfast Spaghetti Bolognese


Biasanya pagi2 makan nasi lemak, bihun & mee goreng jer.. jemu la juga kan.. kalo breakfast kat ganu best la juga. Boleh makan nasi dagang, nasi minyak, nasi impit, nasi kerabu, roti jala, pulut panggang, pulut ikan masin. Serba mok nenek ada.. huhu.. rindu dgn breakfast yg macam2 adooo..

So, hari ni nak ada kelainan sket, ibu buat spaghetti bolognese. Biasanya adik & kakak request tuk makan malam. Huhu..

Motif- rindunya.. nak balik ganu.. nak balik ganu.. hari ni jugok kalo bulih.. 😢😢😢



Thursday, April 6, 2017

Orkid Studio Apartment Kota Bharu Murah & Berbaloi Untuk Famili


Hujung Dec 2016 balik ganu. On the way balik ke Kedah, kami singgah di Kota Bharu. Konon2 nak rest kejap la. Bertolak ke Kota Bharu hari khamis, singgah pantai Tok Bali dulu. Beli sata, keropok lekor & keropok keping. Keropok lekornya sedap yang amat. Anak2 pun suka & makan banyak. Natijahnya, Kashif Aliya muntah & cirit birit jadinya. Anak yang no.2 perutnya sensetif tak boleh makanan yang tak bersih. So, ibu syak puncanya dari keropok lekor sebab nampak masa sebelum goreng tu banyak sangat lalat duk kerumung. Kami yang lain pun ada sakit perut tapi takde muntah. So, pening kepala la kami dibuatnya anak sakit perut & muntah2 camtu. Zayan Azfar pun buat hal juga masa malam sampai di Kota Bharu tu.. suhu badan dia naik mendadak & mata berair. Demam plak dia. Tak sangka sungguh. Dengan hujan lebatnya malam tu. Nak ke Wakaf Che Yeh pun tak jadi la. Camne nak jalan dah hujannya lebat sangat. Pusing2 dalam kereta je la..


Encik hubby dah search penginapan di Kota Bharu dalam Agoda. Boleh tahan juga banyak pilihan penginapan macam apartment yang murah dan sangat sesuai untuk famili yang anak ramai sebab ruang apartment yang luas.

So, kami pilih Orkid Studio Apartment berdasarkan review yang best dalam Agoda yang terletak berdekatan dengan Pasar Siti Kadijah dan Kedai Makan yang fames tu, Restoran Nasi Ulam Cikgu. Lokasi yang sangat2 strategik. Tapi kami tak book dalam agoda sebab whatsapp kat owner apartment ni dapat harga rm140/night. So, payment upon check in. 


Balik di Orkid Studio Apartment ni ada 1 double bed & 1 single bed, 1 extra matress ada dalam almari. Extra pillow pun banyak. Wah! Best kan. Dan paling best ibu suka ada microwave untuk panaskan makanan. Kebetulan plak kami ada bawa kuih akok. Apa lagi.. panas je la dalam microwave & ngap terus.. sedap sungguh.. coffee, susu, milo & teh wajib bawa kalau jalan mana2..


Kelengkapan yang ada di Orkid Studio Apartment:

1 katil double
1 katil single
ruang dapur
meja coffee
peti ais mini
Microwave 
njoi
wifi
iron 
iron board 
lift
free parking


Bilik air pun luas.


Apartment ni terletak dalam bangunan ni. Ibu pun tak tau apa nama bangunan tu sebab guna GPS. HAHA.. rupa2 nya banyak lagi studio apartment dalam ni tapi berlainan owner. 

Cadangan tempat2 makan yang diberi oleh owner Orkid Studio Apartment:

Makan mlm /petang
- ikan bakar kukup( macam2 ada) / 10@15 minit
- di apple depan pasar siti khadijah ( western) 
- padang bas 
- restoran wau
-pk corner ( simpang 4, jln pdg garong) 
- padang bas ( ptg -  malam,  belakang pantai timur) 
- KST ikan bakar.. macam2 ada
- megi tiram pantai kemayan( 30 minit from kb) 
- megi ketam jalan pantai PCB

Makan pagi
- kopitiam kita

Mkn tengahari
- nasi ulam cikgu
- restoran syam
-restoran wau
- restoran pohon nako ( jalan che su) 

Tmpt beli belah
Aeon
Bazar tok guru
Bazar buluh kubu
Pasar siti khadijah
Giant
Parkson
Tesco
Rtc tunjung
Wakaf che yeh ( malam) 

* semua boleh google maps
* dalam kawasan bandar kb



Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...