Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts

Monday, April 30, 2012

4 Tahap Mendidik Anak Menurut Ulama Islam



Assalamualaikum semua..

Ilmu mendidik anak-anak sangat penting dalam dunia yang moden dan mencabar seperti zaman sekarang. Sebagai ibu bapa kita perlu mengetahui cara yang betul dalam soal mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa. Terdapat 4 tahap mendidik anak-anak yang disarankan oleh ulama.


Menurut ulama Islam, terdapat 4 tahap dalam mendidik anak-anak:

1. Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun).
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang seperti mana haiwan menjaga anaknya.

2. Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun) 
Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) 
Hendaklah kita mendidik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

4. Tahap Keempat: Anak berumur lebih daripada 21 tahun
Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
 



Saturday, March 17, 2012

Inginkan Anak Genius?


Salam Semua, sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. Rasanya macam tak lengkap jer diri sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak tanpa ilmu pengetahuan, so, hubby ada belikan buku yang berjudul Melatih Anak Menjadi Genius. Semua orang tahu anak adalah permata dalam keluarga, tak kiralah anak perempuan ke anak lelaki kan! Pertumbuhan dan perkembangannya ditunggu-tunggu oleh seluruh anggota keluarga, terutamanya Atuk dan Nenek la kan! Keadaan dan situasi keluarga sangat mempengaruhi jiwa, mental, sifat dan kemampuan anak bagi bergerak maju secara psikologi.

Antara beberapa tip yang disenaraikan dalam buku Melatih Anak Menjadi Genius seperti:

  1. Mulakan langkah dengan memberi nama yang baik kepada anak. Nama panggilan yang kurang baik menyebabkan anak berasa malu dan rendah diri. (rasanya semua orang dah buat yang ni kan!)
  2. Dengar cerita atau celoteh anak. Ini kerana, cerita itu tidak dapat didengari lagi pada masa akan datang. (Alhamdulillah aku masih ada masa untuk mendengar cerita Kamila)
  3. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang supaya mereka lebih yakin ketika menghadapi persekitarannya. (Rasanya cukup sekadar dengan sentiasa memberi senyuman & pelukan untuk anak-anak.)
  4. Hargai permainan kesayangan anak. Pada masayang sama, mereka juga menghargai barang -barang milik ibu bapanya.
  5. Berikan penghargaan setiap kali anak kita membuat kebaikan dan beri peringatan apabila berbuat salah. (Aku selalu cakap "kakak baik" & kalo anak buat silap "jangan buat camtu, tak baik").
  6. Hindari daripada membuang barang kesayangan mereka, biarpun sudah rosak. Apabila terpaksa melakukannya, minta persetujuan daripada mereka. (biasanya hubby suruh kakak buang sendiri barang mainan dia yg dah rosak).
  7. Tunjukkan kepada mereka cara menenangkan diri, kerana mereka pasti menirunya pada masa akan datang. (belum lagi dipraktikkan).

Itu jer lah sedikit info yang boleh aku kongsikan di sini, nanti aku share lagi yer. Rasanya semua ibu bapa mampu buat perkara seperti yang dinyatakan di atas tetapi perlu diingatkan diri kita persediaan harus dibuat untuk berdepan situasi di mana semasa anak meningkat remaja, faktor luar sangat mempengaruhi minda mereka. So, Semoga kita semua dapat mendidik anak-anak supaya Cemerlang Dunia & Akhirat. Insyallah.


Friday, January 20, 2012

Naluri Seorang Ibu Pasti Ada Di Mana-Mana


Kali ni nak buat entri pasal Naluri seorang ibu ataupun perasaan seorang ibu terhadap anak-anak. Jika seorang perempuan yang benar-benar mempunyai sifat keibuaan pasti akan merasa seperti yang kasihsalina merasai dan lalui. Ceritanya bermula apabila, jemput Kakak di Tadika jam 12.30 pm, time balik sekolah la tu kan..hehe..Macam biasa la, anak2 menunggu mak bapak datang jemput. Kelibat kakak belum lagi nampak, agaknya duk busy bermain kot.

Kat pintu sekolah tu, kasihsalina disambut oleh seorang budak dalam umo 2 tahun lebih la rasanya dihantar ke Tadika sama dengan kakak ni untuk jagaan harian. Tapi yang kesiannya, tengok dari jauh, muka sedih dan berjurai dengan airmata. Anak kecil ni hulur tangan dan bila kasihsalina dekat dengan dia cakap 'Mama..nak balik' dengan suara teresak-esak. Tanya dia kenapa menangis, tapi ada anak yang sebaya kakak jawap "dia tak boleh balik lagi, kena tido kat sini dulu, petang nanti baru boleh balik". Maknya sampai petang la anak kecil tadi tunggu mak bapak dia ambil dek kerana bekerja. Lepas tu cikgu Tadika cakap, anak kecil tu memang macam tu, tak tau la pulak apa maksudnya, tinggal tanda tanya buat diri ini.
Terasa pilu & kesian sangat sewaktu meninggalkan anak kecil itu yang sangat memerlukan belaian & jagaan dari ibunya sendiri, tapi bukan salah ibunya la kan..So, sebagai ibubapa fahamilah perasaan & rintihan jiwa anak-anak yang kita tinggalkan seharian di bawah jagaan sama ada di Nursery mahupun di bawah jagaan orang perseorangan. 

Kasih sayang ibubapa tak akan sama dengan orang yang menjaganya. Renungkan lah, seolah-olah anak kecil itu tidak lagi boleh menilai mana satu 'MAMA' nya, asalkan diri dia di ambil untuk di bawa pulang. So, balik dari kerja binalah kualiti hidup bersama anak, fikirkan juga perasaan anak2 kita yang amat dahagakan kasih sayang dari kita sendiri. Jangan ditengking dan tinggikan suara pada anak2 yang terlalu naif untuk mengerti 'apa sebab atau alasan' yang mana kita terpaksa menghantar mereka di bawah jagaan orang ketiga.

P/s: Sayangilah anak-anak supaya mereka menyayangi kita di hari tua kita kelak. 

Sunday, October 23, 2011

Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Memperbanyakkan Susu Ibu

Sawi hijau
Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu. Sama-samalah kita mencuba dengan benda-benda yang ada disekeliling kita dan senang nak dapatkannya. Walau apa pun, sebagai ibu kita kena pegang prinsip di mana selagi naluri kita untuk menyusukan anak dengan susu badan, Insyallah Tuhan akan melimpahkan rezeki susu ibu yang banyak untuk anak kita minum..
  1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang
  2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
  3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
    Jambu Batu
  1. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  2. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  3. Barli – air atau bubur barli.
  4. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  5. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  6. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  7. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  8. Air horlicks
  9. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  10. Teh hijau jepun
  11. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  12. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  13. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
  14. Ubat homeopati.

Wednesday, August 24, 2011

Kelebihan Breast Feeding Berdasarkan Kajian

Salam Semua, 

Berdasarkan kajian-kajian di bawah jelas terbukti kelebihan penyusuan susu ibu berbanding menyusukan anak dengan susu formula. American Academy of Pediatrics menyarankan penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya selama 12 bulan usia bayi, walaubagaimanapun dari perspektif Islam disarankan menyusukan bayi sehingga bayi berusia 2 tahun berdasarkan Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233:
 Bermaksud:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 233)

Menurut buku teks community medicine karangan Prof. Dr. Ibrahim Soliman Hegazy, ada lebih kurang 20 kelebihan breastfeeding dan antaranya ialah:
  1. Susu ibu mudah didapati dan lebih sterile, maksud sterile ialah bebas dari kuman. Susu ibu juga datang dari perfect container. 
  2. Pada minggu pertama selepas bersalin, susu ibu mengandungi colostrum yang kaya protein dan boleh membekalkan antibodi untuk bayi anda. Colostrum ni  lebih pekat sedikit dan berwarna kekuningan.
  3. Susu ibu juga boleh digunakan sebagai ubat titis mata jikalau bayi anda terkena jangkitan kuman pada mata
  4. Dalam susu ibu juga ada Lactoferrin iaitu protein susu yang bertindak sebagai agen pembunuh bakteria so susu ibu ni tak mudah dicemari bakteria sebab itulah wanita yang berkerja boleh mengumpul susu mereka dan disimpan dalam botol yang sterile.
  5. Susu ibu juga lebih mudah untuk dihadam oleh bayi kerana susu manusia mengandungi kurang protein berbanding susu haiwan
  6. Susu ibu juga ada carnitine yang boleh membantu pertumbuhan hati yang sihat, ia juga membantu bayi anda menyerap kalsium yang penting untuk tulang dan gigi serta membantu pertumbuhan otak
  7. Bayi yang minum susu ibu juga akan develop IQ yang tinggi with better cognitive function and socially developed
Kebaikan penyusuan susu ibu berdasarkan kajian:

          1. Meningkatkan sistem ketahanan bayi
Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai CD14. Protein ini berupaya membina B cells iaitu sel-sel ketahanan yang penting untuk menghasilkan antibodi bayi. (Julius M., Proceeding of the National Academy Science, Vol. 98, Issue 2, 603-608).

          2. Mengurangkan risiko diabetes ibu
Ibu yang menyusukan anak akan mengalami perubahan tahap metabolisme yang akan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan menjadikan badan sensitif kepada hormon insulin, iaitu bertindak mengawal kadar gula dalam darah. Ini bermaksud, semakin lama ibu menyusukan anaknya, semakin kurang risiko kepada ibu untuk menghidap diabetes. Berdasarkan kajian, ibu yang menyusukan anak selama 1 tahun mempunyai 15% kurang risiko untuk menghidap diabetes jenis 2 berbanding ibu yang tidak menyusukan anak. (Stuebe A., Journal of the American Medical Association)

          3. Mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan jantung
Kajian telah dijalankan ke atas 624 responden yang berusia di antara 48 hingga 53 tahun di mana 83% responden yang pernah menyusu susu ibu dalam tempoh 10 hari kelahiran dan selebihnya menyusu susu lembu. Hasil tersebut mendapati responden yang menyusu susu lembu mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding responden yang pernah menyusu susu ibu. Ini menunjukkan bahawa responden – responden yang menyusu susu lembu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit berkaitan jantung. (Archives of Disease in Children)

          4. Kurang Alahan
Alahan terhadap makanan terjadi apabila protein asing memasuki saluran darah melalui dinding usus. Alahan tersebut dapat dikurangkan dengan hadirnya Immunoglobulin (IgA) dalam tubuh seseorang/individu. IgA ini akan bergabung dengan protein asing dan bertindak menghalang protien asing menembusi dinding usus . IgA hanya dihasilkan sendiri oleh bayi pada usia 6 – 9 bulan. Walaubagaimanapun, sebelum usia 6 – 9 bulan, bayi memperoleh bekalan IgA daripada susu ibu yang kaya dengan IgA. (Merrett T.G., Infant Feeding & Allergy)

          5. Lebih bijak
 Kanak-kanak yang menyusu susu ibu mempunyai skor yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu dalam ujian IQ, pemahaman, matematik dan rating guru. Fakta ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan ke atas 1,000 kanak-kanak di mana data keupayaan berfikir dan pencapaian akademik mereka diperhati dan direkod sejak bayi sehingga mereka mencapai usia 18 tahun. (Breastfeeding and Later Cognitive and Academic Outcomes, Pediatrics Vol. 101)

           6. Mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan paru-paru
 Kajian yang dijalankan ke atas 5,182 responden kanak-kanak menunjukkan bahawa kebarangkalian kanak-kanak yang menyusu ibu untuk menghidapi asma/lelah adalah lebih rendah daripada kanak-kanak yang tidak menyusu ibu. Kajian yang lain pula mendapati susu ibu memberi perlindungan terhadap penyakit paru-paru kronik. (Romieu I. and etc, Journal of Asthma 2000, 37:575-583)

           7. Megurangkan risiko jangkitan penyakit
 Kebarangkalian bagi bayi yang pernah menyusu susu ibu untuk mandapat jangkitan telinga, paru-paru, selsema, herpes simplex dan jangkitan usus adalah amat rendah berbanding bayi yang tidak pernah menyusu susu ibu berdasarkan kajian-kajian ini:
  •  A prospective cohort study on breastfeeding and otitis media in swedish infants (Pediatric Infection Diseases Journal, 13:183-88)
  • Role of breastfeeding in the prevention and treatment of diarrhoea (Journal of Diarrhoeal Dis Res, 8(3):68-81
  • Human milk secretory IgA antibody to non-typeable Haemophilus influenza: possible protective effects against nasopharyngeal colonization (Pediatric Jaournal, 124:193-98)
  • Breast milk and neonatal necrotizing enteral colitis (Lancet, 336:1519-23)
  • Neutralizing activity against herpes simplex in human milk (Breast Feeding REV, 11(2):56-58)
  • Protective effect of breastfeeding against infection (BMJ, 300:11-16)
  • The effects of infant feeding on rotavirus-induced gastroenteritis: a prospective study (Am J Pub Health, 76:259-263)

Tuesday, August 23, 2011

Teknik Penyusuan Bayi (Breast Feeding)

Salam semua,

Hari ni terasa nak kongsi info berkenaan teknik penyusuan bayi dengan betol, ye lah bagi ibu-ibu yang baru 1st time dapat baby memang kurang mengetahui teknik sebenar kalau tak pernah mengikuti kelas teknik menysu ni. Samalah macam saya dulu masa dapat baby 1st memang tak tahu apa2 apa, banyak belajar dari carian di internet, terutamanya dari forum susuibu.com sedikit sebanyak membantu dan memotivasikan diri.

1. Mula-mula, ibu kena sentuh bibir bayi dengan hujung puting hingga bayi membuka mulutnya. Biarkan dia membuka selebarnya mulutnya hingga sampai bagian besar areola (bahagian yg berwarna coklat). Areola inilah kawasan yang mengeluarkan susu. Pengeluaran air susu ibu merupakan fitrah manusia, sebenarnya semua tu datang dr mind set kita, kalau kita dah setkan awal-awal lagi nak bagi susu badan pada baby, insyallah, susu ibu tu akan ada dengan sendirinya.


2. Seterusnya ialah posisi-posisi yang dapat kita gunakan semasa menyusu bayi.
Dapatkan posisi yang membuat kita dan baby merasa selesa. Rapatkan badan baby dengan dada ibu dan muka bayi bertemu dengan payudara ibu. Mulut baby pula mesti berhampiran dengan puting, manakala kepala, leher dan belakang baby sepatutnya dalam keadaan lurus. Belakang badan ibu juga perlu tegak, jangan membongkok dan gunakan bantal untuk bersandar untuk memberi keselesaan kepada ibu.


3. Posisi dakapan ataupun posisi yang telah menjadi kegemaran kebanyakan para ibu. 
Posisi ini membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memutar kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berada di dalam dekapan anda, sokong belakang badan dan punggung bayi serta lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.





4. Posisi ‘football hold’, posisi ini sangat sesuai jika ibu baru pulih dari pembedahan ‘cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusui bayi premature atau bayi yang kecil ukurannya atau menyusui anak kembar pada waktu yang bersamaan. Sokong kepala bayi dengan tangan, gunakan bantal untuk menyokong belakang badan kita.



5. Posisi berbaring juga amat praktikal dan cuba posisi ini apabila anda dan baby merasa letih. Jika anda baru pulih dari pembedahan ‘Cesarean’ ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh praktikkan pada beberapa hari pertama. Sokong kepala anda dengan lengan dan sokong bayi anda dengan lengan atas.



6. Akhir sekali, sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan bagi mengelakkan bayi anda termuntah susu semula.Pelbagai cara boleh kita lakukan. Letakkan bayi di bahu anda.Gosok atau tepuk perlahan belakang badan baby. Sendawakan baby penting supaya susu tidak tersekat yang menyebabkan baby tercekit susu.

Monday, August 22, 2011

Petua - Anggur Hitam Boleh Hilangkan Penyakit Kuning / Juandice Pada Bayi



Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:
  1. Jaundis fisiologikal
  2. Jaundis patologikal
  3. Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice)
Hampir semua bayi baru lahir akan kuning di hari ke-3. Itu sebabnya, seluruh bayi perlu diperiksa kadar bilirubin dalam darah pada hari itu. Normalnya, kadar bilirubin adalah 0-1 mcg. Namun, sampai hari ke-7, kadar bilirubin boleh mencecah sehingga 12 mcg.

Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.

Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.

Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.

Rawatan Jaundis
Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.

Sumber: Dr.Saiful 

ok. dah tau kan macam mana terjadinya juandis, meh kita tengok macam mana nak merawat juandis tu. Anak kami yang 1st memang langsung takde kuning, sikit pun takde kesan kuning, sampaikan nurse yang mai rumah pun tanya makan apa masa pregnant, anak dr pun ada kuning kata nurse tu. Tapi yang pastinya masa pregnant, aku memang tak sentuh langsung asam ataupun jeruk buah ker.

Anak kami yang 2nd dapat kuning, sebelum keluar wad pada hari ke-3 lagi dah ada kesan juandis. So, hari ke-4 tu kena bawa check kat klinik lagi la, bacaannya 11.5 mcg berbanding hari ke-3, 10.0 mcg jer. Memang susah hati la kami takut berlarutan jadinya. Hubby aku pun search google, ada hamba Allah ni guna anggur hitam untuk rawat anak dia dan petua ni orang putih yang amalkan.

Sebelum nak ke klinik hari ke-5 tu, hubby aku bagi 6 titis air anggur dari anggur segar tu la dalam mulut baby. dari malam tu lagi kami buat sebanyak 3 kali. Pagi hari ke-5 tu pi klinik lagi dan bacaan kuning jadi 5.0 mcg. Terkejut kami dengan hasilnya. Kalau bacaan mcg tu 5 kebawah tak perlu ke klinik dah. Kami teruskan bagi air anggur hitam tu sampai hari ke-8 sekadar langkah berjaga-jaga.

p/s: Kami guna anggur yang merah sket tu, susah nak cari anggur yang betol-betol hitam

Cara Masak Bubur Nasi Bayi


CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...

 

Jenis-jenis sayur yangg baby boleh makan: 

Bayam Hijau@Merah, Brocoli, Kentang, Carrot, Pumpkin, Avocado, Cauliflower, Apricot (blend dgn belender kering dulu), Cranberry

Jenis-jenis Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
Pear, Apple Merah, Pisang, Strawberry, Blueberry
 

Jenis-jenis Ikan yang boleh di makan (bagi anak makan ikan masa umur 8 bulan)
ikan salmon (mmg banyak khasiat), ikan yu, ikan kurau, Fillet ikan 


2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... boleh guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3. Nasi banyak kabohidrat, so boleh tukar2 dengan oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.


4. Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...


5. Bg mommies yang nak buat asing untuk simpanan boleh bekukan asing2 dalam baby cubes atau dalam ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.


CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:


1. Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dari biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)


2. Bila perut baby dah boleh terima solid food, campur dengan vegetable (yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima)


3.Pada mommies yang nak antar kat pengasuh.. and mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dalam baby cubes atau dalam ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jagan beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dalam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..


4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya.


5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke


6. Nak simpan dalam freezer simpan dalam tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)


CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING


1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...


2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...


3. Bekukan sama mcm sayur/buah.


---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...

---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dalam food warmer atau microwave pun boleh juga...:)


---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...


---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur...


Tempoh penyimpan: freezer storage ---


vegetables / fruits puree=6bln
fish = 10 weeks 
chicken =10 weeks
6bln puree's with milk 4-6 weeks
kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..

Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergic apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...


Sumber : Blog Ainaz

 

Tips Dan Petua Untuk Banyakkan Susu Ibu

Bunga Melur
Bunga Melur 
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi. 
Sumber: melur.com
Kacang Tanah
Kacang Tanah 
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. 
Sumber: henna96.wordpress.com
Cheese
Makanan Tinggi CLA Memperkayakan Kandungan Susu Ibu 

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

Sumber: [1] Foods High In Conjugated Linoleic Acids Can Enrich Breast Milk, ScienceDaily 28/08/208, [2] Conjugated linoleic acid - Wikipedia, the free encyclopedia


Jintan Hitam
Halba dan Jintan Hitam 


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

Lobak Putih
Lobak Putih Bagus untuk Ibu Menyusu

Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. 
Sumber: soupqueen.blogspot.com

Longan Kering
Air Longan Menambahkan Susu Badan

Ramai ibu menyusu memberikan testimoni yang positif tentang kesan air longan kering dalam menambahkan susu badan. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

Pucuk Betik
Pucuk Betik Untuk Tambah Susu Badan

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.


Daun Sirih
Menambah Susu Badan dengan Tuaman Daun Sirih 

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak. Biasanya bidan kampung selalu suggest petua guna daun sireh ni kerana daun sirih banyak kegunaannya.

Cekur Manis
Cekur Manis Banyakkan Susu Ibu 

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.Cara lainnya, daun cekur manis boleh di buat sayur masak lemak atau lain2 mengikut kesesuain.

Jantung Pisang

Jantung Pisang Menambahkan Susu Badan

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

Penyusuan Susu Ibu Dari Sudut Pandangan Islam


Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.

Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu. Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu. Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu. 

Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak. 

Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu. 

Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga mempertingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan risiko barah buah dada dan ovari. .

info ini dipetik daripada laman web Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia

Monday, August 15, 2011

Makanan Yang Sihat Dan Berkhasiat Untuk Tumbesaran Dan Perkembangan Anak-Anak Kita

Dalam soal pemakanan anak-anak memang memeningkan kepala. Apatah lagi yang jenis macam anak aku ni. Sukar sangat untuk makan makanan lain selain susu botol dia walaupun dah usia 3 tahun, nak dapatkan makanan seimbang jauh sekali. Aku memang risau sangat-sangat, dalam usia dia cam gitu memerlukan nutrisi yang seimbang untuk perkembangan otak jugak.

Siapa yang tak mahu anaknya cerdik dan pintar kan. Dalam seminggu tu hanya tiga atau empat kali jer dia makan nasi saja bersama sup. Ikan dan telur kadang-kadang jer makan. Ayam dan daging memang dia tak pernah sentuh langsung. Ayam KFC jer dia makan, itupun empingan yang ranggup jer dia bedal, isi ayamnya tinggal bogel cam gitu jer.

Jenis-jenis Makanan Utama Bagi Kanak-Kanak. Aku refer website Kevin Zahri untuk panduan:

a) Karbohidrat: merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.

b) Protein: adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protin perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik adalah; telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.

c) Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).

Panduan Asas
  1. Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku
  2. Jangan jadikan makanan segera atau makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu
  3. Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat

Cadangan Dan Contoh Plan Pemakanan Sihat Untuk Kanak-Kanak:

Pagi = Secawan Cornflakess, kismis, badam & susu
Snack Pilihan.
Tengahari = Nasi, ayam & sayuran
Snack Pilihan.
Malam = Roti Pita, fillet ikan dan sayuran 
‘snack’ berkhasiat untuk anak kita nikmati seperti Buah, susu dan badam

Saturday, August 6, 2011

Kelebihan & Kebaikan Susu Ibu


World Health Organisation (WHO) meyarankan supaya para ibu memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi mereka sehingga mereka berumur 6 bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan susu ibu kepada bayi:
1. Makanan terbaik untuk bayi . Mengandungi kesemua zat-zat makanan yang penting untuk tumbesaran
2. Menagndungi zat khusus untuk perkembangan otak
3. Susu pertama (kolustrum) kaya dangan antibodi semulajadi yang penting untuk melindungi bayi daripada penyakit-penyakit berjangkit
4. Megurangkan risiko untuk mendapat kolik dan ketidakhadaman

Kebaikan susu ibu keapda ibu/kelauarga:
1. Megeratkan kasih sayang
2. Membantu mengecutkan rahim dan megelakkan tumpah darah selepas bersalin
3. Mengurangkan risiko mendapat barah buah dada dan ovari
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya merupakan kaedah untuk menjarakkan kelahhiran.
5. Ekonomikal.

Adalah penting untuk para ibu berazam untuk memeberi susu ibu selama mungkin bagi mendapatkan kebaikan sepenuhnya.

Sumber: Blog Dr. Saiful

Friday, August 5, 2011

MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) For Family planing




Produk amalan tradisi keluarga sejak 35 tahun untuk dikongsi kepada puan-puan khas untuk yang telah berkahwin.

Jika puan-puan berhajat untuk merancang keluarga dengan cara tradisional, bolehlah mencuba dengan Maajun Anggun Bistari ini dimana kejayaannya adalah 100% dengan syarat mengikut disiplin makan yang betul.

Telah diamalkan sebagai tradisi keluarga sejak 35 tahun dulu. Dahulu ianya dijual hanya dari rumah ke rumah sahaja. Tidak dijual dimana-mana kedai ubat atau farmasi.

Bagi yang kurang selesa family planning dengan kaedah moden adalah dipelawa untuk mencuba kaedah tradisi ini dan setelah mendapat kejayaan & keyakinan boleh membuat perbandingan dengan kaedah moden.

Khasiat Maajun ini adalah spt di bawah mengikut keutamaan:

1. Family planning/menjarak kehamilan/merancang keluarga.
2. Merawat keputihan yg teruk.
3. Menjaga peranakan - menyempitkan faraj wanita.
4. Membuang darah kotor/toksin melalui period.
5. Menstabil hormon kewanitaan dlm badan-mencantikan kulit.
6. Menormal & teraturkan period setiap bulan.
7. Mencantik & menegangkan payu dara.
8. Melancarkan perjalanan darah.
9. Melawaskan pembuangan air besar - menjaga usus.
10. Menambah tenaga sepanjang hari.
11. Mengawal kolestrol dalam darah.
12. Menurun & mengawal berat badan.
13. Awet muda.

Khasiat2 MAB dlm merawat masalah dalaman wanita:

1. Kacip Fatimah
- Dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- Dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
- Dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
- Dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid
- Juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir

2. Serapat
- Meningkatkan hormon estrogen
- Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)
- Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin
- Memperkemaskan saluran peranakan
- Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
- Memperbetulkan perjalanan haid
- Melegakan senggugut dan medu
- Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
- Mencantikkan Payudara dari dalaman tubuh

3. Senduduk
- Mempunyai nilai perubatan yang tinggi
- Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
- Mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama

4. Inai
- Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan) - untuk menghentikan pendarahan.
- Untuk luka bersalin dan pembedahan - dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
- Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin

5. Habatussauda
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh
- Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
- Meningkatkan bioaktivitas hormon
- Menetralkan racun dalam tubuh,
- Mengatasi gangguan tidur dan stress,
- Anti histamin/anti alergi
- Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
- Melancarkan air susu ibu
- Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
- Anti tumor
- Nutrisi bagi manusia
- Anti Oksidan
- Anti infektif dan broncodialating

6. Manjakani
- Menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
- Dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
- Dapat mengurangkan lelehan mukus
- Membantu menstabilkan hormon
- Melancarkan darah dan memberi tenaga
- Begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
- Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
- Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
- Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
- Dapat menghilangkan jerawat
- Amalan setiap hari dapat mengempiskan perut

7. Madu
- Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
- Menghentikan batuk dengan cepat
- Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
- Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
- Menghentikan kesakitan sendi
- Baik untuk sistem pernafasan
- Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
- Membunuh kuman dan virus didalam darah
- Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
- Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
- Meningkatkan prestasi mental
- Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.

Untuk pertanyaa, Klik di Sini (MAB)

Saturday, January 8, 2011

Gizi SeimbanG IbU MenGandunG


Piramid Gizi Seimbang diambil dari google


Mengikut rekod kesihatan ibu yang mengandung pertambahan berat badan yang sihat ialah bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama - 0.5kg/month dan bagi jangkamasa kandungan seterusnya - 0.5kg/week..


yang aku nak sekarang ni berat aku semakin meningkat.. sebelum pegnan 54 kg.. minggu lepas masa wat check up dah 59.6 kg.. naik 2 kg lebih banding gan bulan yang sebelumnya.. huhuuuuuuuuu.. camtu la dulu masa pegnan kan kamila.. situasi yang sama gak.. aku memang berselera makan time mengandung.. xde alahan muntah2 dah perut 3 bln ke atas..


sebelum perut 3 bln memang ada alahan cam org len gak.. pastu2 tu ok jer lah.. masa pegnan kamila dulu selalu kena marah gan nurse.. siap aku kena check tekanan darah tiap2 ari berturut2 selama seminggu.. penatnya kalo camtu lagi..

bagi aku berat tak menjadi masalah asalkan aku & baby sihat walafiat.. bukannya aku ada darah tinggi ke.. kencing manis ke.. diabetis ke.. ataupun lain2 penyakit x pe la nurse nak bising2 pun kan..


kalo dulu memang aku makan nasi banyak.. sekarang ni aku makan nasi sket jer & lebihkan sayur.. tiap2 ari makan sayur & buahan tapi berat aku bertambah sama cam pegnan dulu gak.. kenapa ye.. di mana silapnya tu.. heran sungguh deng.. kadang2 mlm2 pun aku x makan nasi.. bihun atau mee jer aku sapu.. itupun gan kadar yang sket jer.. x kan x makan langsung kot.. mati la aku kalo camtu.. lapo weiiii time2 mengandung ni.. rasa sentiasa x cukup makan jer..


bestnya buah buahan ni.. segar bugar semuanya.. ni baru diet yang betol.. sejak mengandung ni memang aku makan banyak gak buah buahan..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...