Wednesday, April 5, 2017

Swimming Pool EDC Hotel, UUM, Sintok


Ni kisah cuti sekolah bulan Mac 2017 baru ni. Kakak & adik nak sangat pi swimming pool. Dua beradik ni memang suka sangat dengan air. Main air plak berjam-jam lamanya. Minggu cuti sekolah ni kebetulan plak hujan je belah petang sepanjang minggu tu. Jadinya, memang takde la aktiviti outdoor depa ni masa cuti sekolah.  So, kami cakap dengan anak-anak kalau nak ke swimming pool kena bangun awal pagi. Makanya, jam 9.30 pagi bertolak la ke Hotel EDC UUM, Sintok. Dari rumah kami 15 minit saja. Swimming suit dah pakai siap-siap dari rumah. Tinggal nak jump saja. 


Adik plak complain kenapa kolam budak-budak kecik sangat. Tak puas nak main katanya. Kakak memang terjun kat kolam dewasa dah. Terpaksa la kakak melayan kerenah adik. Dua beradik ni boleh tahan juga kuat bergaduh. Sangat stress nak handle depa berdua ni.
Harga Tiket masuk ke kolam renang EDC Hotel, UUM
Dewasa - RM 8
Kanak-Kanak - RM 5
Sauna pun ada juga tapi aku lupa harganya. 


Zayan dah mula merengek sebab lama sangat teman kakak-kakak dia main air. Mana taknya, pukul 12 tgh baru kakak & adik keluar dari pool. Itu pun dengan kuasa veto abah suruh naik. Bertabah la wahai ibh dan abah. Memang penat melayan kerenah anak2. Tapi inilah yang akan dikenang bila anak2 dah besar nanti.


No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...