Saturday, July 16, 2011

Nak Kurus & Kempiskan Perut Buncit


huhuuuuuuuuuu..rasa macam tak percaya jer diusia aku 30 tahun perut ku menjadi buncit & mengeleber berbanding sebelum kawin tubuh aku memang kurus kering & melidi jer..

Sebelum mengandung anak kedua ni perut aku macam ok jer lagi & berat pun 55 kg. Lepas dah bersalin berat jadi 61.5kg. Dua bulan lepas bersalin aku timbang lagi berat = 60kg. Tapi yang aku sakit atinya nape lah perut aku masih besar, buncit & mengeleber jer..semua baju & seluar aku sebelum ni tak muat nak pakai..cam la aku banyak duit nak beli baju kain lagi ni..aduhh..pening kepala memikirkannya..

Aku ada tengok dalam majalah produk keluaran Vasia, teringin aku nak mencuba kerana harganya murah la jugak. Dah 3 hari aku cuba apple Slym Dietary ni & harganya Rm 25 untuk 10 sachet. tapi aku tak berapa suka sangat rasanya, tekak rasa loya jer..

Untuk mendapatkan keberkesanan yang lebih cepat aku gabungkan pemakaiannya dengan losyen Yusmira pati halia plus limau nipis..memang hot la perut aku rasa bila pakai losyen ni..dah seminggu aku sapu losyen yusmira ni nampak la kesan streach mark kat perut aku semakin pudar..harap2 aku dapat kesan yang memuaskan nanti.

Kesian jugak dengan Kashif coz anak aku ni breast feeding. aku takut dia plak yang dapat kesannya nanti..harap2 benda ni tak effect kat anak aku lah..tapi heran jugak aku makin aku nak diet ni makin kuat pulak nafsu makan aku. Dugaan betol la ye..


1 comment:

Sis Zzz said...

Berkesan ke awak minum appleslym ni? Saya pun baru je belini

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...