Wednesday, July 20, 2011

Huski Arau

Balik dari Lembaga Hasil kat Kangar, nak cari la western food restaurant. Rasa cam dah lama tak makan kat Kopitiam, asyik ikut cakap kakak jer nak makan kat Restaurant tok janggut jer (KFC). Boring la jugak kan..then, aku teringat kat Arau ada western food restaurant baru "Huski". Teringin la jugak nak test food nya..Kami pun drive back headed to C-Mart arau.



Customer tak ramai, so jap jer lah makanan yg di order siap dimasak.



Kakak wat peel betol kalo nak bergambo..pandai jual mahal deh..kecik lagi tu kakak weiii..



Sabar menanti menu yang dipesan tiba untuk dingap..


Air untuk ibu - Hot Chocolate RM 5. Best la jugak.


Air pilihan abah - Apple Juice RM 6.50. Sedap & dapat gelas besar..best..best..



Fun Fries - RM 6 untuk kakak. Berselera bebenor kakak makan, puas hatilah coz fun fries besar2, sedap & ranggup.



Pilihan menu abah Oriental Chicken Chop. RM 15 - tak sedap sangat, ayam dia tak ranggup. Kat Kopitiam lagi best, ayam pun besar & murah sket reganya..



Ibu makan Grill Chicken Rice - RM 5.50 - Ayam dia best..nasi & sup biasa2 jer lah..



kakak enjoyed with fun fries..



abah mengomel kata sweet corn tapi tak sweet pun..



tu dia habis semu sapu, tinggal tulang berulang jer..jangan membazir ye..tu pesanan yg abah selalu cakap dalam bab makan ni..



Kesian kat adik Kashif duk dalam stroller jer lah, lom mengerti apa2 lagi kan. Sabar dik nanti dah beso makan la apa yang adik nak makan selagi benda halal.



Dah siap makan minum semua kat Huski tu kami pi cuci mata plak kat dalam C-Mart tu. Saja2 window shopping nak nengok apa yang bezanya gan C-Mart Changlun ni..Ok la jugak nampak happening nya & ada la jugak kelainannya. Syabas aku ucapkan kepada taukeh C-Mart ni kerana berjaya memajukan pekan kecil yang tidak sangat dikenali ramai seperti Changlun & Arau ni.



Balik dari C-mart arau kami masuk dalam UUM plak, ibu nak massage kaki. Rasa sakit sangat tapak kaki semenjak dua menjak ni..mengada2 la pulak kan..sama la cam kakak tu dia pun nak massage kaki gak..tapi tak aci lah kakak pakai kasut..

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...