Tuesday, February 5, 2013

Resepi Puding Kastard Berkuah


Puding Kastard Berkuah

Dah lama rasa nak mencuba resepi ni tapi belum berkesempatan lagi. 3 hari lepas aku rasa macam tepung kastard ada lagi lebih dan tersimpan lama dah, apa salahnya aku mencuba resepi ni. Tak sia-sia usaha aku membuatnya, memang sedap, mudah dan ringkas jer. Senang sangat nak membuatnya. Hubby aku siap mintak buat lagi nanti, makan sejuk-sejuk tengah cuaca panas memang sedap.


Resepi Puding Kastard Berkuah
  
Sumber: Inspirasiku

 
Bahan-bahan Untuk Puding

1 cwn tepung kastard
5 cwn air
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn gula 
 
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. 
  3. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  4. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan. 
 
Bahan Untuk Kuah

1 tin mix fruits ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
1 tin susu cair
1 tin air biasa (air masak)
1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
Ais secukupnya 
 
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan ke dalam mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais. 
 
**Aku guna air sejuk dalam peti ais campur dengan susu cair dan gula. Kacau-kacau la sikit bagi gula tu hancur. Lepas tu tuang mix fruit tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard




Monday, February 4, 2013

Menu Orang Demam dan Sakit Tekak



Menu Orang Demam dan Sakit Tekak

Dah 4 hari aku demam, sakit tekak, batuk dan selesema sekali la. Kepala pun dah macam ting tong jer rasanya sebab duk telan ubat batuk dan ubat selesema. Aku memang tak boleh makan ubat batu dan selesa, telinga rasa bergema dan hayal semacam jer, biasanya aku ambik kurang sikit dos dia, tak seperti yang doktor suggest. 

Demam tu takde la sangat tapi mulut rasa payau jer nak telan makanan. Dah sakit tekak rasa takde teringin nak makan apa-apa sangat pun, cukup la dengan semangkuk bubur.



Nazmi Balik Malaysia Kerana Tak Cukup Duit


Bakat muda tertekan di Portugal
Kesian dengar kisah Nazmi Faiz ni (belum tersebar lagi berita ni). Rupanya beliau tertekan di Portugal, tambahan pulak dengan kes buah hatinya baru-baru ni, lagilah tertekan. Dalam FB Fans Nazmi Faiz pun teruk dia dihentam tanpa usul periksa.

Namun menurut Fadzrie Hazis (Astro Awani), sumber yang rapat dengan Nazmi mendedahkan SC Beira Mar yang berpangkalan di Aveiro sebenarnya menghadapi masalah kewangan (mungkin kesan daripada krisis kewangan Euro).
Rupanya Nazmi dikatakan hanya menerima 500 Euro (RM2,110 sahaja) untuk tempoh enam bulan dia berada di Portugal dan mungkin sebab itulah ejen Nazmi tak pernah mendedahkan nilai kontrak 3 tahun Nazmi serta bayaran yang diterima ketika di Portugal. 

Salah satu sebabnya mungkin takut harapan rakyat Malaysia khususnya penyokong bola sepak fanatik yang beranggapan Nazmi umpama 'pemain bintang' dan pastinya mendapat bayaran berpuluh ribu ringgit sebulan seperti Safee Sali ketika di Pelita Jaya.

Selamat tinggal Beira-Mar...

Malah, sampai satu peringkat Nazmi dikatakan terpaksa keluar dari rumahnya dan menumpang berteduh di rumah rakan sepasukan, kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

Bapanya, Mansor Mustapha ada merujuk kepada FAM untuk membawa anaknya pulang dan diserapkan kembali ke skuad Harimau Muda A di bawah Ong Kim Swee. Namun FAM tak boleh berbuat apa-apa untuk menebus yuran perpindahan buat Nazmi kepada Biera-mar yang dianggarkan cuma 50,000 Euro (mesti ada yang terkejut, rupanya murah saja kontrak Nazmi di Portugal ni) dan ia mendorong bapanya menekan butang kecemasan dengan berbincang bersama PKNS atas nasihat ejen Nazmi, Marco Guimareas.

PKNS sahaja yang mampu menebus kontrak Nazmi daipada Beira-Mar
p/s: Setakat ini, Nazmi Faiz masih berahsia dengan media...




Harper Anak Beckham - Pemain Bola Sepak Terkaya Dunia

HARPER seronok bermain dengan bola.
Abang-abangnya, Brooklyn, Romeo dan Cruz menunjukkan minat mengikut profesyen bapa mereka de­ngan mengambil bahagian dalam kebanyakan latihan bola sepak di sekolah ma­sing-masing.

Dan nampaknya, anak perempuan Beckham dan Victoria, Harper sudah bersedia untuk turut sama dalam permainan itu.

Kanak-kanak perempuan berusia setahun itu dibawa ibunya untuk me­nyaksikan abangnya me­ngambil bahagian dalam perlawanan bola sepak baru-baru ini.

Harper juga turut berseronok apabila dilihat mempunyai bolanya sendiri.
 


Dia teruja untuk membebaskan diri daripada dukungan ibunya dengan mengutip dan bermain bola selepas perlawanan tamat.

Dengan memakai riben hitam di rambutnya, sandal dan jumpsuit, ia bukanlah imej yang tepat untuk permainan bola sepak.

Victoria dilihat bertepuk tangan dan bersorak di tempat duduk penonton sambil menyuap­kan snek kepada Harper.

Selain me­ngikut jejak langkah bapa­nya yang aktif, Harper juga mempu­nyai masa depan menjadi fesyenista seperti ibunya.


Tampil dengan tumit ting­gi wedges, Victoria yang berusia 38 tahun itu kelihatan lebih glamor berbanding wanita lain yang duduk di sekelilingnya. Mereka datang untuk menyaksikan anak masing-masing bermain bola sepak dengan hanya pakaian kasual.

Victoria dilihat meng­genggam erat telefon bimbitnya tetapi perhatiannya diarahkan kepada perlawanan itu.

Fakta: 5 Pemain Terkaya Dunia
  1. David Beckham (ketika di LA Galaxy) - RM 650.5 juta
  2. Rio Ferdinand (Manchester United) - RM 173.5 juta
  3. Ryan Giggs (Manchester United) - RM 144.5 juta
  4. wayne Rooney (Manchester United) - RM 144.5 juta
  5. Steven Gerrard (Liverpool) - RM 130.1 juta
 p/s: Beckham kini baru sahaja diperkenalkan sebagai pemain PSG 
Sumber: Metro 

Apakah Bukti Nabi Muhammad Itu Rahmat ke Seluruh Alam



Apakah Bukti Nabi Muhammad Itu Rahmat ke Seluruh Alam?

Terdapat beberapa riwayat yang membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw diutus kepada seluruh alam. Contohnya benda yang tidak bernyawa. Pada suatu ketika, Nabi Muhammad saw memanggil seorang Badwi datang kepada Baginda dan menawarkannya memeluk Islam. 

Lelaki Badwi tadi mengatakan, "kalau kamu boleh panggil pokok ini datang kepada kamu dan bersaksikan bahawa kamu adalah Rasul, maka aku akan beriman!"

Lalu Nabi Muhammad saw memanggil pokok itu dan ditanyakan siapa baginda. Pokok itu menjawab, "Aku bersakti tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi sesungguhnya kamu adalah Rasulullah." 

Setelah beriman, Badwi tadi kembali kepada kaumnya dan menyampaikan dakwah kepada mereka.


Sumber: Majalah Q&A, Isu No.13
Foto: Google image



Penciptaan Tujuh Petala Langit


Penciptaan Tujuh Petala Langit


SELEPAS dibincangkan sebahagian berkaitan dengan kekuasaan Allah SWT di mana boleh melakukan apa sahaja. Maka Allah SWT mengukuhkan lagi penghujahan dan alasan bagaimana kuasa-Nya Allah SWT tanpa boleh ditolak banding dan dipertikaikan lagi.

Firman Allah SWT: Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandingan-Nya, lagi Yang Maha mengetahui. (Yasin: 81)

Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman mengkhabarkan dan mengingatkan kita tentang kekuasaan-Nya yang agung dalam menciptakan tujuh lapis langit dan yang terkandung di dalamnya berupa bintang-bintang yang beredar dan tetap, serta mencipta tujuh lapis bumi dan apa yang terkandung di dalamnya berupa gunung-gunung, batu-batuan, lautan, hutan dan isinya. Dia pun mengarahkan untuk mengambil dalil tentang dikembalikannya jasad-jasad dengan penciptaan sesuatu yang agung ini."

Al-Maraghi berkata: "Allah SWT memperingatkan manusia, bahawa Dia mampu mencipta tujuh petala langit berserta bintang dan lain-lainnya serta bumi dengan segala isinya. Allah SWT juga memperingatkan bahawa Dia yang berkuasa mencipta alam semesta Yang Maha Besar itu, sudah tentu Dia berkuasa mengembalikan semua tulang-temulang manusia yang hancur menjadi seperti sediakala."

Sayid Qutub berkata: "Itulah matahari-matahari yang tidak terhitung banyaknya. Setiap matahari mempunyai jalan peredarannya masing-masing dan kebanyakannya mempunyai planet-planet pengikut yang beredar di sekelilingnya seperti bumi beredar di sekeliling matahari kita."

Semuanya beredar dan berlari dengan tepat dan tetap, tidak pernah berhenti sesaat pun dan tidak pernah kacau. Jika tidak, alam ini akan binasa dan bintang-bintang yang besar yang terapung-apung di angkasa itu akan berlanggaran satu sama lain.

Angkasa raya menjadi tempat terapung-apung jutaan bintang yang tidak terbilang itu adalah di luar keupayaan kita untuk menggambarkan dan memahaminya. Ia merupakan sesuatu yang memeningkan kepala manusia.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!." Maka ia terus menjadi. (Yasin: 82)

Ibnu Kathir berkata: "Iaitu, Dia memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu pengulangan dan penguat seperti kata penyair, Jika Allah menghendaki satu perintah, Dia hanya mengatakan satu perkataan, Jadi, maka ia pun jadi."

Al-Maraghi berkata: "Ayat di atas menunjukkan betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga boleh terjadi. Setelah menjelaskan akan keagungan kekuasaan-Nya, Allah SWT kemudian menyucikan diri-Nya daripada segala tohmahan batil orang musyrik."

Syed Qutub berkata: "Sama ada sesuatu itu langit atau bumi, lalat atau semut semuanya sama sahaja di hadapan kalimat kun dan semuanya akan terus muncul ke alam al-wujud. Di sana tiada yang mudah dan tiada yang payah, tiada yang dekat dan tiada yang jauh."

Sebaik sahaja wujudnya iradat Allah SWT untuk menciptakan sesuatu sudah cukup untuk mewujudkan biarpun apa sahaja sesuatu itu. Allah hanya mendekatkan gambaran urusan penciptaan itu kepada manusia supaya mereka dapat memahaminya dengan ukuran manusia yang terbatas.



Sunday, February 3, 2013

Didik Anak Ikut Al-Quran



Didik Anak Ikut Al-Quran


KELUARGA adalah asas yang paling kecil dalam pembentukan sesebuah masyarakat, manakala masyarakat yang baik akan membentuk bangsa dan negara yang kuat dan sejahtera. Keluarga yang kuat dari segi akidah, pendidikan dan ekonomi akan menyumbang kepada kehidupan masyarakat yang aman dan sejahtera. Oleh itu, pendidikan kekeluargaan sangat penting dalam Islam.

Islam sangat mengharapkan ibu bapa yang mempunyai keluarga, terutama keluarga yang ramai dapat dididik dan dibentuk ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

Konsep pembentukan keluarga bahagia mesti bermula daripada pendidikan dan bimbingan daripada ibu bapa yang bertanggungjawab dalam hal pendidikan anak-anak.

Tujuan pendidikan dalam al-Quran adalah untuk:
  • mengabdikan diri kepada Allah SWT
  • menjauhi syirik kepada-Nya
  • mensyukuri nikmat-Nya
  • bertakwa
  • bertawakal membentuk insan soleh
  • menegakkan amar makruf nahi mungkar
  • mewujudkan kemakmuran di muka bumi
  • kebahagiaan hidup.

Pendidikan bermula dari rumah iaitu pendidikan anak-anak dan juga keluarga. Oleh itu, didiklah ahli keluarga dan juga anak-anak dengan pendidikan menurut al-Quran.

Ada pendapat mengatakan bahawa, keluarga adalah inti peradaban. Ini bermaksud pembentukan keluarga melalui pendidikan akan menyumbang kepada peradaban bangsa dan ummah pada masa akan datang.

Oleh itu, setiap ibu bapa berperanan penting membentuk keluarga bahagia dan kemudiannya menyumbang kepada peradaban bangsa.

Lantaran itu, pendidikan iman, akhlak dan amalan yang baik sangat penting diterapkan dalam kehidupan berkeluarga. Melalui pendidikan adab dalam Islam akan mencapai budi pekerti yang baik dalam kalangan ahli keluarga. Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak dalam ibadah yang menjurus kepada kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Pendidikan anak-anak dan pembentukan keluarga yang beriman dan bertakwa adalah amanah kepada ibu bapa. (rujuk al-Anfal: 27-28)

Jelas bahawa, mendidik keluarga dan anak-anak adalah amanah yang besar. Dalam menjalani ujian ini telah dijanjikan pahala yang besar terutamanya dalam pengurusan harta dan juga pendidikan anak-anak. (rujuk al-Anfal: 75)

Dalam hubungan ini, hubungan kekeluargaan itu sangat penting. Asas pembentukan orang yang beriman adalah bermula daripada keluarga. Keluarga yang terdidik dengan iman dan takwa akan dapat mengelakkan api neraka.

Tokoh pendidikan, Khursid Akhmad menyatakan, jatuh bangunnya sesuatu umat bergantung pada jatuh bangunnya pendidikan kerana jalan utama bagi persiapan masa hadapan adalah pendidikan.

Pemimpin dalam keluarga, iaitu ibu bapa adalah pendidik yang mesti menjaga masa depan keluarga iaitu anak-anak daripada terjebak ke lembah kemaksiatan yang boleh mencampakkan mereka ke neraka.

Sikap tegas dan peranan penting ibu bapa dalam menangani persoalan pendidikan anak-anak yang bakal mewarisi generasi hari ini dan generasi akan datang. Ini mesti dilakukan dalam hal berkaitan akhlak dan adab anak-anak.

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Ibu bapa berperanan membentuk potensi diri mereka ke arah kebaikan. Pendidikan mestilah menjurus kepada pendidikan tauhid, ibadah, keimanan, akal, akhlak, budi pekerti, jasmani, rohani, keterampilan dan kemasyarakatan.

Ibu bapa mestilah mendidik anak-anak dengan bersikap adil, memahami jiwa anak-anak, tegas dalam hal berkaitan ibadah dan akhlak, kasih sayang, berdisiplin dan persamaan. Anak-anak mestilah dididik dengan keimanan yang kukuh dan mantap bagi menghadapi apa juga cabaran dalam hidup.

Imam Syafie pernah berwasiat iaitu benteng iman dengan lima kekuatan iaitu: "Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, perlulah dibaja keimanan dengan lima perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah."

Sumber: Utusan


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...