Friday, June 17, 2011

Selepas Nora Elena, kini kembali lagi cerita cinta yang diadaptasi daripada novel. Syabas aku ucapkan kerana drama yang diadaptasi dari novel akan mengangkat martabat penulis2 novel yang sangat berbakat dalam penulisan mereka. Novel Stanza Cinta adalah hasil nukilan dari Nurull Halawati.

Sekali lagi nama Aaron Aziz meniti dibibir peminat2 tegar beliau termasuk la aku nih..hahaaaaa..

Apa pun, jangan lupa tonton drama Stanza Cinta yang dibintangi oleh pelakan Aaron Aziz, Nur Fathia & Fizz Fairuz disaluran TV3 pada setiap ahad, jam 9 malam bermula 19 Jun 2011.


Sinopsis Stanza Cinta
Amni Sorfina(Ketenangan yang suci) seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia. tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”
Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”
Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina

Dah Sebulan Dalam Pantang

Sekejap jer masa berlalu, hari ni dah 32 hari aku dalam pantang. Maknanya Nur Kashif Aliya pun dah 32 hari lah melihat muka bumi ciptaan Tuhan ini.

Semenjak dah ada baby baru ni aku memang tak cukup tidur langsung. Dua2 orang anak aku memang duk buat perangai camni, malam2 tak mau nak tido. Si Kashif pulak duk buat perangai jer tak mau nak tido tak kira malam ataupun siang. Asyik nak duk atas riba ibu jer, tak mau nak duk sorang2 atas tilam.

Si kakak (Kamila) pulak suka buat kacau. Keje dia nak cium pipi Kashif jer. Kalo duk dalam buaian pun keje nak berenjut jer. Naik lenguh tangan ibu nak buai dia. Dengan kepala plak pening tak cukup tido. Lipat kain, basuh baju, masak & jaga kakak, ibu kena buat semua tu. Kadang2 tu ada rasa nak marah & nak menjerit jer kat Kashif sebab tak tahan nak dengan jeritan yang menbingitkan telinga semua orang tu.

Aku & hubby selalu jugak fikir susahnya duk berjauhan dengan keluarga ni coz nak mintak tolong pun susah. Nak mintak tolong gan org lain tu boleh tapi faham2 jer lah kan. Macam esok ni kan aku dah la ada exam untuk jawatan di UUM & hubby aku pulak ada kelas pada masa yang sama plak tu. Jenuh aku nak mencari orang tuk jaga Kashif & Kamila. Nasib baik la ada kawan hubby aku sanggup tolong jagakan dua2 orang anak aku ni. Risau jugak takut menyusahkan orang jer dengan kakak yang tak reti duk diam & Kashif plak suka melalak. Aduiiiiii...

Ni wajah terkini adik (Nur Kashif Aliya) bersama doremon kakak dia.

Thursday, June 16, 2011

DraMa NoRa EleNa (Slot Akasia TV3) DaH TaMat

Drama Nora Elena dah pun tamat. Tapi aku tak suka sangatlah ending nya camtu jer. Simple sangat lah, cam tergesa2 jer nak tamatkan cite ni. Adakah ia akan ada pulak Nora Elena 2. Kalau ada sambungan lagi cite ni tahniah aku ucapkan & kembalia cerialah peminat2 Elena & Seth Tan termasuklah aku. hehe..

Dalam cite ni aku respek la dengan inspektor Amir tu, baik sungguh kalau ada sahabat cam gitu.

Kalau cite ni takde sambungan akan tinggal la persoalan:

1. Adakah Yvonne akan dibebaskan atau dipenjara atas tuduhan menculik anak Seth & Elena?
2. Kalau Yvonne dibebaskan, bahagiakah rumahtangga Seth & Elena?

Kita tunggu & lihat nanti kot2 ada sambungannya. Tapi yang pastinya akan ada la pulak kain nama Nora Elena macam cite Sembilu dulu2 kan ada orang jual kain Sembilu. Sayang sekali Elena ni tak pakai tudung. Kalau tak mesti akan keluar trend tudung Nora Elena plak kan.

DraMa NoRa EleNa (Slot Akasia TV3)


kan betol aku kata episod semalam Elena jumpa seluar dalam Yvonne dalam kete seth. Huhuuuuuu.. baru jadinya. Cuba bayangkan kalo kita terjumpa benda yang sama dalam kete laki kita. Tapi aku x boleh bayangkan rasanya.

Aku nak puji gak cite ni dalam pada cite ni serius & romantik ada jugak lawaknya. yang lucunya masa tengok seth campak seluar dalam Yvonne dari dalam kete dia. Tergelak aku gan hubby aku nengoknya.

Satu lagi part yang lucu masa Malik (staf seth) cakap dengan Lin (staf baru) seth yang bos diorang baik orangnya & tak penah marah2. Tup..tup lepas jer Malik cakap camtu terus muncul seth tengking si Yvonne. Tak ke haru biru jadinya.

Kita tunggu seterusnya esok episod yang last apa pulak kes nya. Mesti tegang jalan citenya esok ni.

Tuesday, June 14, 2011

Kerisauan Dihati Ibu

Kadang2 rasa sayu jer hati ibu bila pandang wajah kakak yang seakan2 dah mengerti sangat2 walaupun usianya baru nak masuk 3 thn. Dah la kakak bercakap pelat & banyak perkataan lagi dia tak tahu. Faktornya sebab kakak terlampau manja sangat2. Dah ada adik ingatkan bertambah ok tapi sebaliknya kakak pulak yang nak jadi baby. adehhhh..

Hati ibu mana yang tak sayu mengenangkan anak nampak sempurna dimata orang lain tapi hakikatnya ada sedikit kekurangan. Kakak ni memang sihat & sempurna semuanya, cuma satu jer kekurangan sebab kaki kakak pendek sebelah kanan hampir2 3 cm.

Segala ujian semua dah dibuat untuk mengesan sebarang penyakit berkaitan dengan tulang dan sebagainya. Hasil pemeriksaan memang xde tanda2 sebarang penyakit cuma hasil dari ct-scan memang jelas nampak tulang kaki kakak sebelah kanan lebih kecil dari sebelah kiri. Tulang kaki sebelah kanan pun nampak lebih pendek.

Doktor kata kes ni jarang berlaku & doktor cuma boleh buat pemantauan setiap 6 bulan sekali ada pemeriksaan. Cuma doktor nasihatkan kakak kena pakai kasut flat & tambah tapak kasut belah kanan supaya seimbang dengan belah kiri. Apa yang paling risau sekali takut effect tulang belakang.

Ibu tak kesah kalo itu yang ditakdirkan untuk kakak ibu masih lagi bersyukur sebab kakak sihat walafiat sekarang ni & tak penah sakit2. Tapi bagi ibu & abah selagi ada peluang ibu & abah usaha tuk sempurnakan kaki kakak. Lagipun dapat kesan kaki kakak camtu masa umur dah setahun lebih. Masa kecik2 tak perasan. Insyallah, ibu akan berdoa sentiasa supaya kaki kakak akan pulih macam kanak2 lain.

Nora Elena Lagi

Suka aku nak buat posting lagi pasal drama Nora Elena petang tadi. Dah makin tak sabo nak tunggu ending nya.

Aku tak tau pun sebelum ni Elena tuduh si Amir yang rogol dia. Patut lah Elena tak suka & benci sangat dengan Amir. huhuuuu..

Agak2 nya apa yang Elena jumpa tadi ye? bagi sape2 yang baca novel Kasih Yang Suci mesti dah boleh agak kan apa yang Elena jumpa? Daring betol la setiausaha seth tu kalo cite tu in reality la kan. So, kita sama2 tunggu la esok apa yang seth nampak masa dia jenguk ke dalam keretanya tadi.

AbaH MandikaN KashiF

huhu.. ni yang aku bangganya ni. Ada ke laki korang mandikan anak. hehe.. Mesti adanya kan?

Syukur gak la time aku bersalin anak kedua ni hubby aku tengah sambung belajar Sarjana. Dapat la banyak masa dia spend kat aku & anak2. Kalo tak naya aku nak menguruskan dua orang anak yang masih kecik masa dalam pantang ni.

Family aku jauh sekali nak menjenguk kami. Family hubby aku plak nung jauh di Sarawak. Lagi pun adik ipar aku pun beranak jugak 30 Mei baru ni. Lewat 15 hari daripada akulah. So, takde sape lah yang boleh diharapkan nak aku dalam pantang. Pandai2 la aku membawa diriku. huhuuu.. sedih aku pedih.

Alhamdullilah la aku sihat walfiat sejak keluar dari hospital. Walaupun beranak Ceaserean, tapi aku boleh buat keje yang ringan2 jer lah macam basuh baju (guna mesin kan!), masak makanan yang aku nk makan jer lah.

Hubby aku pun banyak tolong tuk bengkungkan perut aku, urut2 badan aku dengan minyak supaya tak masuk angin badan aku ni. Dan yang paling best sekali masa bertungku la. Aku guna tungku batu sungai jer tak guna tungku herba pun. Hubby aku rajin bakar tungku & tekap kat seluruh badan aku. Terasa sedap & panas seluruh badan. Layanan super class tu.

Biasanya hubby aku yang mandikan baby (Kashif Aliya). Bukannya apa hubby aku lebih excited kali ni banding dapat kakak dulu (Kamila Qistina). Lagi pun dah ada pengalaman jaga kakak dulu sebab tu hubby aku tak kekok jaga 2nd baby ni. Ringan la sikit beban tugas aku.

Tengok tu Kashif dah macam ayam duk menongeng dalam tub mandi. Kakak peneman setia abah mandikan Kashif.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...