Monday, June 13, 2011

Babak Nora Elina Arini

huhu.. Nora Elena lagi.. rasanya cite ni tinggal 3 episod jer lagi & last week dah la minggu ni. yang aku herannya tu masa mana Elina ni perut dia nak membesar, nak beranak, anak Elena & seth plak kena culik & last sekali setiausaha Seth tu plak meninggal xcident. itu jalan cerita sepertimana yang aku baca dalam Novel Kasih Yang Suci tu.

ermmm.. kita tengok aje lah esok ye..

Aku tengok cite ni gan hubby aku ler. yang lucunya tadi bukan main lagi muka si Seth tu serius jer masa balik dari Penang. kononnya ada modal ler nak marah kat Elena.

Tengok2 Seth yang kena sembur gan Elena. kalo tak silap aku baca dalam novel Elina panggil baboon kat seth sebab nak marah sangat kot. ye la kan sape yang tak sedih kalo berlaku peristiwa hitam cam gitu.

Kesian kat Elena, bukan main lagi dia seronok masa dapat tau yang dia peknen. to me, Elena sepatutnya rasa bersyukur kawin dengan seth kerana dia kawin dengan orang yang menodai kesucian mahkota kewanitaannya. seth pun kira dapat la menebus dosa dia kerana dia mengahwini Elena.

Sesungguh Allah akan mengampunkan dosa kita sekiranya kita bersungguh bertuabat & tidak mengulangi perbuatan tersebut. hehe.. pandai la aku cam ustazah pulak. aku menyampah juga dengan seth tu, walaupun bestfrend gan setiausaha dia tu tak kan nak bersentuh & berpegang2 plak tu. pelik kan?

Hazama AF9 (Juara Akademi Fantasia Akhir)

Tahniah Buat Hazama Juara AF9 !!

Rasanya dah ramai yang menjangkakan Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi akan menjuari akademi fantasia musim akhir yang telah diadakan di Dataran Putrajaya, Precint 3 malam tadi. Seronok sangat aku rasa masa nama Hazama diumumkan sebagai juara malam tadi.

tapi yang geramnya si Lena atau Lenabir Haidir pulak yang dapat tempat kedua. Aku harap2 Fina lah yang dapat tempat kedua. memang orang sabahan ni suka sangat kat Lena kot. adeiii takpe la Fina asalkan ko banyak dapat job bila dah keluar nanti ok la tu. syabas juga buat Fina sasuuus.

tak lupa juga tahniah buat Azri walaupun ditempat keempat. tapi kesian aku tengok si Azri ni lagu yang diorang bagi entah apa2 jer. dah la kena komen negatif jugak dengan pengkritik. hehe..cam aku la yang pandainya ye..memang betol pun kesian jer aku duk tengok muka si Azri tu.

yang bestnya gak coz ada persembahan istimewa dari bekas-bekas juara akademi fantasia yang lepas2 seperti Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6) dan Hafiz (AF7). dan yang paling tak bestnya awat la si Shahir (AF8) pulak yang takde. ai bz bebenor ke si Shahir ni. ke dah demand sangat ke sakarang ni. ikut suka ko la Shahir. haha..cam kucewa aje bunyinya ekk..

ok la tu, jom kita sama2 layan video klip Hazama ni




Cinta Teragung – Hazama AF9

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ulang Chorus

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Saturday, June 11, 2011

28 Sen For Every 10 Mins (New Celcom xpax Plan)

28 sen untuk 10 minit panggilan yang dibuat. Aku rasa itu dah cukup murah bagi aku lah yang tak pernah compare dengan mana2 rangkaian telekomunikasi yang lain. Sebelum ni pun aku & hubby aku merupakan pengguna Celcom Postpaid.

Tak sengaja hubby aku tengok New Celcom xpax Plan ni. Aku dah guna plan baru ni tak sampai sebulan la tapi rasanya memang berbaloi2 & kini anda tak perlu tergesa2 untuk menamatkan perbualan telefon anda.

Melalui plan baru Celcom xpax ni anda boleh menikmati kadar voice call & video call antara celcom & celcom ialah 28 sen untuk setiap 10 minit dan kadar antara celcom dengan rangkaian telekomunikasi lain ialah 28 sen untuk setiap 5 minit.

Manakala kadar sms pula 1 sen /sms antara celcom dengan celcom & 5 sen /sms antara celcom dengan rangkaian telekomunikasi lain.

Bukan itu saja, jika anda merupakan pengguna celcom xpax Plan yang lama (atau pengguna sebelum 8 April 2011) juga boleh bertukar ke plan baru tersebut dengan hanya taip "MAG X2" dan hantar ke "28882" dan selepas itu anda berhak menikmati kadar yang sama dengan pengguna plan xpax baru.

LaGu TeMa DraMa NoRa EleNa (Slot Akasia TV3)


"Nora Elena" itulah cerita yang masih hangat diperkatakan di mana2 saja walaupun hanya tinggal seminggu je lagi cerita di slot akasia saluran tv3 tu akan bersiaran dikaca tv anda..

siapa yang tak suka kalo cerita cinta romantis camni..tambah lagi heronya ialah Aaron aziz yang menjadi kegilaan ramai tak kiralah anak dara ke, mak orang ke ataupun makcik2 memang tergila2 kan si Aaron ni.. mak mertua aku pun tak terkecuali.. ditambah lagi seri dalam cerita ni heroin nya yang cun melecun tu (Siti Saleha)..sape dia pun aku tak kenal heroin ni.. pelakon iklan ke?

aku malas nak komen bab sinopsis cite ni coz semua orang dah tau kan.. tapi yang bagusnya kalo ada drama romantis yang menjadi kegilaan ramai ni pasti akan ada lagu temanya yang mana sebelum ni orang lain tak tahu pun lagu2 tersebut..misalnya lagu "Dan Bila Esok" aku tak pernah ambik port pun lagu ni & tak sangka pulak kumpulan Sofaz yang nyanyinya.. lepas ni mesti meletup lak lagu ni.. cam lagu Dealova dulu la lepas Dato Siti Nurhaliza nyanyi lagu terus menjadi siulan muda mudi..

jom kita layan lagu2 ni..






Preview Novel Kasih Yang Suci

Sememangnya dah lama aku tak baca novel cintan cinton cam gini.. sejak aku masuk U la.. kira2 nya dalam 10 tahun gitulah aku tak menyentuh sebarang novel pun kecuali majalah jer dek kerana kesibukkan & kesuntukan masa..

tapi dah sekali tengok cite Nora Elena tu membuak-buak pulak rasa nak mencari novel yang tengah hangat diperkatakan sekarang ni iaitu Novel Kasih Yang Suci yang ditulis oleh Meen Zulaikha.. ada jugak hubby aku menjenguk ke kedai buku kot2 ada lagi novel Kasih Yang Suci ni.. ermmmm.. jangan harap ler nak adanya..

nasib baik la sekarang ni zaman dunia tanpa sempadan dapet la jugak merasa bacanya dari Google Books.. tapi itupun preview nya ajelah.. sape2 yang nak baca preview Kasih Yang Suci boleh la klik link di Sini

Wednesday, April 20, 2011

ReDaH BaNjiR @ HTF KanGaR

saja la aku nak stori pasal banjir kat kangar ritu.. masa ni 1 april 2011 aku ada temujanji nak jumpa Dr. pakar kat HTF ni.. aku saja pilih kat sini dekat sket banding kalo nak pi ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sana.. bukan main lagi kami ready awal2 lagi coz sebelum ke hospital dah janji gan kakak nak bawa dia breakfast kat KFC.. tu janji sebab dia mau bangkit tido.. mana penah kakak bangun tido awal2 pagi.. so, layan jer lah kerenah dia sekali sekala kan..


dalam kul 7.15 am dah sampai kat pekan Kangar.. patut la jalan cam sunyi & lengang jer.. rupa2 nya tengah2 pekan tu banjir.. pelik gak aku sepanjang jalan xde lak air banjirnya.. tup..tup.. tangah2 pekan tu ada air banjir.. dah la air banjir tu jalan nak menuju ke KFC & hospital.. aduihhh pening dah kepala dibuatnya.. bukannya apa takut temujanji tu dibatalkan tapi pihak hospital tak maklum jer.. aku malas dah nk pi len kali..




seronok sangat kakak dapat rendam kaki dia dalam air banjir tu...







sebelum balik sempat lagi kakak & ibu posing kat depan pintu masuk hospital tu...




ni lupa la pulak pemandangan dari arah mana ye...




playground yang kakak suka singgah ni pun dipenuhi dengan air yang tingginya hampir mencecah lutut ibu






jauh jugak ibu terpaksa berjalan dalam air meredah banjir ni.. kat area ni airnya sejuk jer.. ni nak menuju ke wad bersalin tingkat 1.. nasib la ibu lom nak bersalin lagi waktu ni.. kalo tak haru biru la jadinya.. semua orang risau tengok ibu jalan dalam air banjir tu.. siap ada yang suruh ibu pegang kat dinding tu.. ala...ibu leh kawal imbangan badan lagi.. air tu bukannya deras mana pun..


Friday, April 8, 2011

RaMbuT BaRu KaKaK

awal bulan april ritu pi potong rambut kakak.. abah dia kesian tengok rambut kusut masai cam singa jer kalo bangun tido.. rambut kakak dah lah halus mulus..


lama dah abah dia suruh potong rambut kakak tapi ibu kesian tengok dia rambut pandek.. tengok2 rambut pendek lagi cun gitu anak dara ibu ni..


mula2 sampai kat kedai tu ok jer dia.. dia x tau lagi apa tujuan ke kedai tu kot.. tapi kakak cam takut2 jer tengok ada customer lain tengah potong rambut.. tiba jer giliran dia, tak mau duk atas kerusi.. puas nak memujuknya..


last2 ibu yang kena dukung & duk tepi dia.. baru la ok sket.. bukannya apa, saja2 nk buat manja.. tukang gunting rambut tu kata bahagian bawah rambut kakak kering & mudah kusat musai.. nak sikat pun payah.. pah dah potong easy comb jadinya..


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...