Friday, January 24, 2014

Resepi Ayam ButterMilk



Chicken Butter Milk sesedap namanya juga. Bagi sesiapa yang suka google resepi masakan mesti dah biasa dengar nama Ayam Butter Milk ni. 

Aku rasa nilah resepi yang paling senang nak buat dan bahan-bahannya pun tak banyak. kesedapannya memenuhi selera aku dan famili..kakak siap cakap macam ibu letak cheese jer..huhuuuuu... 



Bahan-bahannya: Resepi Ayam ButterMilk
  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari (aku suka cap Alagapas)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum 
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu. aku guna setengah bawang holand)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
  • 6 biji cili api hijau 
  • Minyak untuk goreng ayam
 Cara masaknya :
  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  2. Goreng ayam sehingga masak (guna minyak biasa yer..)
  3. Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  4. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  5. Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  6. Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  7. Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..
  8. Tapi aku suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit2 jer. 
  9. Dan kalo terlajak pekat sangat, tambah jer air sikit.
  10. Dah siap, makan dengan nasi panas2..

13 comments:

Knor said...

Tak pernah msk lg.nk cubalh nti..
tq for the resepi yew salina..

msredcheesecake said...

dengar butter tu memang sedap... ingredients dia pun senang2...

cik atie said...

wahhh... x pernah try.. in sha Allah nanti nak cuba...

Che Rosliza Che Mat said...

sedapnya....tak pernah buat lagi..

Ibu Lala said...

Nampak cam sedap je.same ke ngan milky sauce.

dhiera said...

tak pernah try. sedap ke?

Fiza Rahman said...

Sedap nih. Nnt bley try. Thanks for the resipi KS.

Khai♥Rin : anies said...

akk, ada belen x? ;-)

ANIM said...

Noted KS. Boleh dicuba...cuma tang serbuk kari tu je kak tukar, heee

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Salina...sedapnya.Anak2 mmg suka ayam..blh try resepi ayam ni.

NzA said...

TQSM 4 sharing.....mudah n sediakan ye n mesti sedapkan....

Nazaruddin Naza said...

thanks for sharing

nafisahnanas said...

sedapnya..nk try la..tq sharing

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...