Sunday, January 19, 2014

Makanan Arab Murah




Makanan Arab sememangnya telah lama mendapat tempat di hati penggemar makanan tersebut terutamanya di bandar-bandar besar di Malaysia ni. Tidak terkecuali kami antara peminat makanan Arab ini walaupun duduk jauh dari bandar besar. Mujurlah terdapat ribuan pelajar antarabangsa UUM khususnya dari tanah Arab melanjutkan pengajian di sini dan menetap di sekitar UUM serta pekan Changlun.

Sebuah cafe yang agak baru diberi nama Red Cafe terletak berdekatan bangunan HEP UUM, menyajikan makanan Arab secara buffet. Walaupun makanan adalah secara buffet, pada kami kualiti masakan dan beras yang digunakan menyamai restoren makanan Arab yang ada. Harga pulak sangat berpatutan. Maka berduyun-duyunlah pelajar antarabangsa tidak kira dari negara Arab mahupun Afrika, malahan juga pelajar negara Thailand, Indonesia, China dan Malaysia sendiri bersama-sama menjamu selera di cafe ini. Penuh sesak ketika waktu makan tengahari!

Hanya RM15.00 untuk hidangan yang kami makan seperti di atas. Okay tak harga ni?
Cuma di UUM.




15 comments:

msredcheesecake said...

Rm 15 memang murah.... Portion nya besar tak? Kalau kat kl harga mau rm 20 lebih tapi portion besar bule makan 2 org 1 pinggan...

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

Knor said...

Wah enaknya...
suka sgt nasi arab...bt mcm tk jdi arab plk...

Fiza Rahman said...

Murah tu. Dah lama tak pekena nasi arab.

MulutPayau said...

Wahhh mmng murah sangat tu..berbaloi2..

Kakzakie said...

Waahhh... murahnya.Kalau tempat kakak memang tak adalah harga macam itu.

Kakak pun suka nasi arab. Nasi mandy + kambing sedapnya:)

yan's cottage said...

mmmmm...sedapnya....memang murah berbaloi2 gitu....

Khai♥Rin : anies said...

jauh tu kak nk g ;-)

NzA said...

murahnyaaaaaa.....nmpk sgt2 menyelerakan.
Akak sekeluarga peminat nasi arab...Mayb darah keturunan dr abah kot.....he3x...

Ena's Stories said...

sy tak biasa mkn nasi arab ni..tak pasti harga tu berbaloi atau tidak

ANIM said...

kat SP boleh dapat rm13 untuk mandy kambing dan rm10 untuk mandy ayam..
masih murah lagi yg KS makan. maybe kat utara ni, nasi arab boleh dapat kat restoran yg diuruskan oleh orang kita, berbeza dengan restoran nasi arab di ipoh dan tempat lain, orang2 depa yang urus dari a to z. so, harga standard biasa dalam rm18-20. biasanya kalau makan berempat cecah seratus jugak

BUNDA a.k.a KN said...

rm15 murah tu...tapi bunda jarang pergi makan kat restoren...

kalau pergi majlis akikah dan yassin pernah lah makan..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Murah jika nak dibandingkan degan harga di kedai-kedai lain. Boleh makan selalu jika teringin.

Kesuma Angsana said...

not badlah, nampak pun cam sedap je

QasehnyaRania said...

murah la

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...