Monday, January 23, 2012

Korban Terbaru di Pantai Sepat!


Pantai Sepat yang sering menjadi tumpuan..
Baru semalam kita dengar kes budak mati lemas kat Pantai ni, hari ni tragedi sama berulang lagi.

Sedikit petikan dari BERNAMA:

*Pantai Sepat di sini hari ini meragut satu lagi nyawa apabila seorang remaja lelaki mati lemas ketika mandi-manda bersama ahli keluarga yang lain, petang tadi.
*dikenali sebagai R. Alvin, 16, dari Tanah Putih di sini meninggal dunia pada pukul 6 petang manakala saudara perempuannya R. Thanusa, 13, dari Batu Arang, Selangor berjaya diselamatkan daripada lemas.
*mangsa bersama empat keluarga yang terdiri daripada keluarganya dan saudara maranya berkelah di pantai itu sempena cuti Tahun Baru Cina.


Pihak berkuasa perlu buat pemantauan atau pasang peringatan, nak halang mungkin tak boleh sebab masa cuti ni lah nak berkumpul kat tempat macam ni.
-----------------------------------------------

- Ingat nak pi the Carnivall Sungai Petani lah minggu depan, bawa anak2 main air puas2, walaupun berbayar asalkan selamat dan terkawal.


Jam Loceng Gaya Inggeris, Habis Rosak Dah..

Ni lah jam loceng yang rosak tuu..

Gaya Inggeris ni memang banyak orang tergila-gilakannya, tapi barangnyer pun al-maklumlah boleh tahan juga nilainya, aku rasa kalau kat Lembah sana bukan susah sangat nak dapat barang2 hiasan gaya Inggeris ni..tapi lain lah dekat utara ni lagi2 kalau area Kedah ni. Kebetulan hari tu (tahun lepas sebenarnya) baru jer 'terbeli' satu jam loceng ala-ala Inggeris dengan angka Roman dan hiasan bunga Rose pink sebagai background. Nak jadikan cerita, anak sulung aku tu (Kamila/kakak) nak jam lain atau beli barang lain yang tak pekdah sangat. Lalu bila balik rumah, jam loceng ni lah jadi 'mainan' dia dibawa kulu kilir..last2 tak sampai 1 hari terus buat jatuh dan rosak!



Sunday, January 22, 2012

University of Incheon, Korea Selatan

                                   
Universiti Incheon (UI) asalnya ialah sebuah kolej swasta yang dikenali sebagai Incheon Technical College pada tahun 1979, mula dikenali dengan University of Incheon sejak tahun 1994 selepas dinaiktaraf dan baru 2 tahun lepas berpindah ke kampus baru di New Songdo City. Kolej akademik untuk pelajar Sarjana Muda ialah College of Humanities, College of Natural Sciences, College of Social Sciences, College of Law, College of Engineerin,  College of Information & Technology, College of Business, College of Northeast Asian Economics & Commerce dan College of Arts & Physical Education. Universiti ni juga ada menawarkan 35 program peringkat Sarjana (Master) dan 28 program peringkan Doktor Falsafah (PhD). Apapun nak masuk ke UI ni kenalah mahir bahasa Korea dulu dengan Korean Proficiency Test certificates mestilah melebihi TOPIK 4th rank.

Bangunan Pentadbiran Universiti
Bangunan Kolej Sains Sosial
Sedikit info KasihSalina kumpulkan kat sini:

Matawang: Won 1,000 = RM2.70.
(dengan 1,000 Won umpama RM1 kat Malaysia, boleh beli air mineral jer).

Bahaya tak kalau nilai duit ni ada sekeping kat Malaysia dalam Ringgit?
Lalu ker nak minum ni..
Makanan Halal: Susah nak dapat sebab jauh dari Seoul, khususnya di sekitar Itaewon jer. Kos makan ikut buffet lebih kurang 10,000 Won - 30,000 Won (dalam RM27 - RM81 sekali makan!). Try kat Incheon ada Dong-Incheon agak murah sikit banding kat Seoul. Ada sebuah restoran Halal milik orang Pakistan iaitu Restaurant Seven Ways (ada Nasi Beriyani, Tandoori, Roti Naan dan kari/dal, Grill Lamb).

Makanan halal untuk dilantak di Restaurant Seven Ways, Incheon
Jumlah penduduk: 2.8 juta orang.

Ni lah rupa orang Korea Selatan, kalau tak tau lagi lah
Penerbangan dari Malaysia: Boleh naik MAS atau AirAsia X, lebih kurang 6 jam perjalanan..ke Incheon Airport

MAS dan AirAsia sama padan...

***Jika korang pernah bercuti di Korea Selatan, atau sedang/ pernah study dan kerja kat Incheon atau sekitar Korea Selatan.. harap boleh kongsi pengalaman ye..untuk panduan semua

Ally Iskandar Beli Rumah Sebagai Hantaran


Semua dah tahu dan masih ingin tahu perkembangan pasca-pernikahan Pengacara TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, yang telahpun selamat diijabkabulkan dengan Nurfarahin Romli, 23, pada majlis akad nikah di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di Kuala Terengganu pada 20 Januari lepas. Salah satu hantaran beliau ialah sebuah rumah di Damansara.

Kalau ada idea nak kongsikan panduan membeli rumah (kediaman) atau pengalaman2 lepas, bolehlah kita sama2 share sebab ada yang mempunyai rahsia memiliki lebih dari sebuah rumah sama ada untuk disewa, sebagai peluang pelaburan mahupun untuk persediaan di kemudian hari..(contoh macam Ally ni beli rumah untuk dijadikan sebagai hantaran).


Saturday, January 21, 2012

Video Rakaman Solat Jenazah Arwah Izwan Pilus di Hospital Ampang

 


Kelihatan ada juga rakan artis yang menunaikan solat jenazah untuk Arwah Izwan,  'MARILAH SEMBAHYANG SEBELUM KITA DISEMBAHYANGKAN'




Info Terkini: Takziah Buat Keluarga Allahyarham Izwan Pilus

Gambar: Saat-saat akhir Allahyarham sebelum menghembus nafas terakhir


Berita pemergian Allahyarham Izwan Pilus semalam benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga terdekat, sanak saudara dan rakan-rakan beliau. Kasihsalina juga mengikuti perkembangan terbaru dan melalui beberapa media yang boleh dipercayai.

INFO terkini: Jenazah Allahyarham dijangkan akan dikebumikan pada 10 pagi ini (Sabtu 21 Januari 2012) di Tanah Perkuburan Kampung Palembang, Jasin, Melaka. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Ampang pada tengah malam Khamis selepas mengalami demam kuning. Menurut Aril AF7 abangnya disahkan mengalami jangkitan kuman dan kesan daripada kencing tikus. Doktor yang merawat telah mengesyorkan untuk ICU namun tidak berkesempatan apabila Allahyarham akhirnya menghembuskan nafas terakhir di atas katil wad pesakit.


Awas: Perhatikan persekitaran kita, segala kebersihan di dalam dan di luar rumah agar tidak menjadi kawasan pembiakan tikus atau sebagai tempat tikus berteduh. Periksa juga sumber air bersih di kediaman, elakkan makan di lokasi yang mungkin agak kotor atau berdekatan longkang dan parit besar.

Friday, January 20, 2012

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia




Berita ini mengejutkan banyak pihak khususnya dalam industri hiburan di Malaysia.
Selanjutnya mengenai Allahyarham Izwan Pilus ini yang juga abang kepada Aril AF7 meninggal dunia pada 6.15pm tadi akibat jangkitan kuman dan pengesahan dibuat melalui twitter adik Allahyarham, Aril.

Al-Fatihah untuk arwah Izwan Pilus & Takziah untuk Aril AF7 dan keluarga.

Info daripada Twitter: @KhairilAzam (Aril AF7) 

UPDATE: 9.15 pm - Rakan artis dan wartawan berada di sekitar bilik mandi jenazah Hospital Ampang. Jenazah Allahyarham Izwan Pilus akan dibawa ke Melaka untuk dikebumikan malam ini atau pagi esok.



 gambar - kredit harian metro




Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...