Saturday, February 2, 2013

Lakukan Sebanyak Mungkin Kebaikan Kerana ia Boleh Menghapuskan Dosa-Dosa Kecil


Lakukan Sebanyak Mungkin Kebaikan Kerana ia Boleh Menghapuskan Dosa-Dosa Kecil

Al-Quran jelas menyatakan bahawa kita hendaklah melakukan sebanyak mungkin kebaikan kerana ia boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Ini bererti amal kebaikan bakal menyelamatkan kita daripada azab dan sesaan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah Hud ayat 114 :
"Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat".
Manakala perlakuan dosa pula adalah sesuatu yang bakal mengundang malapetaka dan kemurkaan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 40 mengingatkan kita tentang ancaman ini:
"Maka masing-masing (daripada kaum itu) Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu, ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang kuat (yang menggegarkan bumi), ada yang Kami benamkannya di bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."
Justeru, bencana yang menimpa umat manusia sejak dulu hingga hari ini seperti gempa bumi, ribut taufan, Tsunami dan sebagainya adalah peringatan daripada Allah yang berpunca daripada dosa-dosa dan keingkaran kita yang mencabar keagungan Allah SWT. Dosa juga akan mengganggu ketenangan jiwa kita kerana jiwa manusia akan resah dan gelisah dengan bebanan dosa.

Hadis daripada Al-Nawwas bin Sam'aan al-Ansari R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
"Dosa adalah apa yang menimbulkan keresahan di jiwamu dan kamu benci ia dilihat manusia." (Riwayat Muslim)


Sumber: Jais

 

Apa Beza Susu Dutch Lady Coklat dan Susu Dutch Lady Milo



Apa Beza Susu Dutch Lady Coklat dan Susu Dutch Lady Milo

Saja nak cite pasal si kakak ni, aku rasa pelik juga dengan budak sorang ni. bercakap bukan main lagi kata nak susu coklat, dah kali kedua belikan untuk dia. Kali pertama beli memang dia tak isap langsung susu dutch lady coklat tu, tak sedap katanya. Membazir camtu jer.

Tak berapa lama lepas tu dia mintak lagi nak susu coklat juga. Aku dan abah dia tak berapa nak percaya sangat permintaan kakak ni. Jadinya, aku campurkan susu dutch lady biasa dengan milo, jadilah susu milo namanya. Sedapnya kata kakak. Setiap kali dia mintak susu, mesti dia cakap nak susu coklat sebab dia tak tahu susu yang aku bancuh tu susu + milo.

Kerap sangat dia mintak camtu, abahnya kata beli la susu coklat tu plak. Rupanya silap sangkaan kami tu, sekali lagi susu coklat tu membazir dan tak sedap katanya. Dan yang aku tak fahamnya Apa Beza Susu Dutch Lady Coklat dan Susu Dutch Lady Milo tu?



Hentikan Drama Sahara yang Menghina Islam


Hentikan Drama Sahara yang Menghina Islam

DRAMA terbitan sebuah saluran TV berbayar, Sahara dikritik penonton berikutan lakonan wanita berpurdah dalam drama tersebut yang didakwa menghina Islam.

Sehubungan itu, mereka menggesa agar pihak saluran TV terbabit menghentikan penerbitan drama itu.

Sebuah akaun fanpage Facebook yang berdaftar atas nama Hentikan Drama Sahara telah diwujudkan.

Pemilik akaun tersebut membangkitkan soal kesucian Islam yang cuba ditonjolkan pengarah drama terbabit.

"Pengarah sepatutnya memikirkan bagaimana nak menonjolkan kesucian Islam bukan memperlekehkan pakaian sunah.

“Mungkin drama ini konsepnya dakwah komedi tetapi harus terang perkara-perkara yang merosakkan akidah,” tulisnya.

Isu ini juga mendapat perhatian Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Beliau memberi respons kepada laman fanpage itu dengan menulis, “drama ini patut dikritik dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab.”

Zaharuddin juga menyentuh soal penghinaan Islam yang dilakukan oleh orang beragama Islam sendiri.

“Wanita berhijab tidaklah sedemikian murah untuk bertemu janji, berpegangan tangan dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram.

“Kalau kita marah orang bukan Islam menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah ALLAH dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Isalam sendiri,” tulisnya.

Drama 30 episod yang mengisahkan tentang seorang gadis liar yang terpaksa tinggal di sebuah sekolah pondok itu sudah mula disiarkan sejak awal bulan ini.



p/s: Aku pun tak pernah tengok drama Sahara ni, cuma mengetahui kewujudan drama Sahara ni melalui link FB Hentikan Drama Sahara.

walau apa pun alasannya, kalau ia akan mencemarkan dan menghina Islam, orang Islam kena bertindak menggesa supaya menghentikan drama yang berunsurkan macam tu.


Aznil Nawawi Dapat Datuk Sempena Hari Wilayah


Aznil Nawawi Dapat Datuk Sempena Hari Wilayah

Pengacara terkenal tanah air, Aznil Nawawi menjadi antara individu yang menarik perhatian daripada 283 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat, dalam istiadat penganugerahannya yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Beliau merupakan antara 41 individu dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sekaligus membawa gelaran Datuk.

Lepas ni tak boleh panggil Pak Nil dah la, kena panggil Tuk Nil..haha..
 
 
 
 

Friday, February 1, 2013

Kerajaan Negeri Mana Berhutang Lebih RM80 billion



* Ini bukan posting politik tau...

Jangan ingat semua free walaupun diperintah oleh kerajaan yang sama bulu dengan Kerajaan Pusat. Bisnes tetap bisnes, pinjam meminjam ni tetap dikira sebagai hutang. Cuma mungkin kaedah nak meluluskan pinjaman tu tak sama bagi negeri yang diperintah oleh pihak lain. 


Hutang itu adalah pinjaman yang disalur kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Contoh terbaik ialah projek bekalan air, perumahan awam kos rendah, projek pembetungan dan penyediaan tapak infrastruktur industri. Kalau dikira dari 2006 hingga sekarang rasanya sudah mencecah hampir RM85 billion.


Apakah Bentuk Pertama Bagi Kejadian Manusia


Apakah Bentuk Pertama Bagi Kejadian Manusia

Dalam hadis ada menyebut proses pertama kejadian manusia disebut sebagai nutfah. An-Nutfah pada erti sebenarnya bermaksud air yang bersih. Menurut Imam Qurthubi dalam tafsirnya, nutfah bermaksud jumlah yang sedikit daripada air mani, bermaksud sperma.

Ini bersesuaian dengan A Dictionary of Modern written Arabic, perkataan Nutfah diterjemah sebagai setitik (drop) atau sperma. Dalam surah al-Insan pada ayat kedua, Allah swt menyatakan bahawa 'nutfatin amsyaajin' adalah nutfah yang bercampur bermaksud  sperma daripada mani lelaki dan benih (ovum) daripada wanita.

Pada peringkat ini proses tersebut disebut sebagai persenyawaan (fertilization). Rasulullah saw mengambarkan bahawa satu kejadian insan itu bermula di dalam rahim ibu dengan berlakunya percampuran antara air si ayah dan si ibu. Kemudian air tersebut terus berkembang sehingga menjadi ketulan darah atau alaqah. 


 Majalah Q&A, Isu No.13, oleh:Ustaz Zul Ramli Mohd Razali


 

Tahun Melawat Malaysia 2014

Visit Malaysia 2014


Tahun 2013 masih ada 11 bulan lagi, tetapi dengan usaha Kementerian Pelancongan maka bersiap sedialah kita menerima kedatangan pelancong asing ke Malaysia ini.

Seperti kata Perdana Menteri kita, "Saya mahu Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dijadikan misi nasional yang membabitkan peranan semua pihak bagi mencapai sasaran kunjungan 28 juta pelancong tahun depan. Untuk rekod, tahun ini, kita dah terima 25.03 juta pelancong. Hampir sama jer dengan negara jiran seperti Thailand yang dikatakan mempunyai produk pelancongan jauh lebih hebat dari Malaysia.

DS Najib juga kata "Kemudahan infrastruktur saja tidak cukup, tetapi kemesraan, keceriaan, kesopanan serta sikap ingin membantu pelancong dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pelawat dari luar negara."

Antara Duta Kecil bagi produk pelancongan kita ialah:
Pemandu Teksi dan Penarik Beca



Mereka inilah yang menjadi pemandu pelancong sebenarnya. Selain daripada Tour Guide sebenar (seperti dalam bas atau feri). Rata-rata pakcik atau abang pemandu teksi di Malaysia boleh bertutur dan menulis dalam basic English. Di pekan kecil sekalipun, tetap bukan satu masalah besar untuk bekomunikasi dalam bahasa dunia itu. Secara tidak langsung itulah kelebihan Malaysia berbanding dengan Thailand atau Indonesia. Saya pernah ke dua-dua negara ini, jadi bukan sekadar perbandingan yang tidak realistik. Pelancong asing khususnya akan lebih terasa dialu-alukan apabila kita pandai bertutur basic English.

Kalau ke Thailand, nak berkomunikasi dengan 10 orang peniaga dan pemandu Tuk-tuk, boleh dikatakan kesemuanya tidak dapat berkomunikasi dalam sepatah dua bahasa dunia itu. Pelik jugak kan? Ya itulah negara yang meletakkan bahasa kebangsaannya sangat tinggi sehingga tidak dapat tidak, kita kena pandai berbahasa 'isyarat' yang tidak rasmi untuk bertanyakan arah atau membeli sesuatu.

Sebenarnya bukan Thailand sahaja, Jepun, Korea, China, Jerman, Itali dan juga Perancis pun sama, kerana Malaysia meletakkan English sebagai antara 'bahasa rasmi' atau bahasa kedua yang sering digunakan.

Apapun sasaran negara ialah untuk menerima 36 juta pelancong ke Malaysia menjelang 2020.

-KasihSalina-



Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...