Wednesday, August 8, 2012

Azizulhasni Awang Kalah Sebab Dia Pendek


Ya dia pun bangga dengan keupayaan dia walaupun pendek
The Pocket Rocketman
Tahniah, walaupun gagal membawa sebutir pingat, apabila menduduki tempat keenam dalam acara keirin individu lelaki Sukan Olimpik 2012 baru-baru ini. Itu acara kegemarannya.

Apapun sukan ini bukan untuk atlit lelaki yang tinggi sepertinya...
Fizikal sepertinya...

Dia paling rendah di kalangan pelumba basikal trek di Malaysia
Dia juga paling rendah di kalangan pelumba China dan Korea Selatan...
Dia paling rendah di acara trek Olimpik London, rendah sangat-sangat...

Blogger sukan terkenal, Rizal Hashim
Tapi dia sama tinggi (jer rupanyer) dengan blogger sukan tu (Rizal Hashim)...
Dia sama tinggi dengan isterinya...
Dia sama tinggi dengan Nicol David...
Dia sama tinggi (jer) keupayaan dengan pelumba-pelumba handalan dunia yang lain...itulah peliknya.

Azizulhasni Awang tetap pelumba basikal trek terbaik dunia, siapa nak bagi kita pelumba di kedudukan 6 terbaik dunia kalau bukan disebabkan usaha hebat dan luarbiasa daripada Azizul ni yang sememangnya terlalu rendah dan kecik di kalangan pelumba trek dunia. Tapi kekuatan luar biasa dan minda yang terkawal, emosi yang stabil menyebabkan dia yang terbaik di dunia dari segi fizikal! Dialah pelumba no 1 dunia jika perkiraan dan congakan matematik dilakukan (fizik dan biologi diambil kira).

Usah bersedih Azizul...
Usah bersedih dan kecewa rakyat Malaysia (dan penduduk Dungun)...
Sebab di Olimpik 4 tahun lagi dia baru berusia 28 tahun...






Lee Chong Wei Usah Bersedih Lagi



Tempoh bersedih telah berlalu bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan sukan badminton di Olimpik London tempoh hari. Aku pun masih terasa sedih dan pedih, kecewa tapi redha. Itulah adat pertandingan (betulkah?). Jaguh No. 2 dunia, Lee Chong Wei sebelum ini pernah mengumumkan bahawa Olimpik London adalah penyertaan terakhirnya dalam temasya sukan terbesar dunia dan dia bercadang untuk bersara pada 2014.

Apapun, Lin Dan memang bukan pemain badminton yang biasa kita jumpa di dunia. Dia memang seperti ada aura tersendiri, rekod dia dengan Chong Wei pun umpama langit dan bumi. Memang nampak Lin Dan seperti sombong, bersandiwara, lagak seorang hebat dan lain-lain yang mungkin seperti berlebih-lebih tapi itulah kehebatan Lin Dan. Bukan aku tak patriotik dan hilang sokongan dengan Chong Wei, tapi kenyataannya begitulah.

Maka Chong Wei ingin melunaskan dendam ke untuk kembali ke pentas Olimpik di Rio, Brazil 2016 andai kudratnya masih mengizinkan.


Laporan akhbar mengatakan Chong Wei sendiri bersedia menangguhkan persaraan demi memenuhi impian memburu emas pertama Olimpik dengan syarat tahap fizikal dan kesihatannya masih baik mengizinkan. 



Monday, August 6, 2012

Kebijaksanaan Suami Menjaga Hati Isteri




Pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah Umar bin Khattab ra. hendak mengadu keburukan isterinya. Namun setiba di samping rumahnya, ia mendengar isteri Umar bin Khattab mengeluarkan kata-kata yang keras dan kasar kepada suaminya, sementara Umar tidak menjawab sepatah kata pun. Akhirnya orang itu berfikir, sebaiknya ia membatalkan saja niatnya.

Ketika orang itu hendak berbalik pulang, Umar baru saja keluar dari pintu rumahnya. Umar segera berteriak memanggil orang itu. Umar langsung berkata kepadanya, "Engkau datang kepadaku tentu hendak membawa satu berita penting!"

Orang itu lalu berkata terus terang , "Ya sahabat Umar bin Khattab, aku datang kepadamu hendak mengadu keburukkan isteriku terhadapku. Akan tetapi setelah aku mendengar kelancangan isterimu tadi terhadapmu, dan sikap diammu terhadap perbuatannya, aku jadi mengurungkan niatku untk melaporkan hal itu."

Mendengar perkataan yang jujur itu, Umar tersenyum kecil seraya berkata, "Wahai saudaraku, isteriku telah memasakkan makanan untukku. Dia juga telah mencuci pakaianku, mengurus urusan rumahku, dan mengasuh anak-anakku sehingga tiada hentinya. Maka apabila ia berbuat satu dua kesalahan, tidaklah layak kita mengenangnya, sedang kebaikan-kebaikannya kita lupakan. Ketahuilah, wahai saudaraku, antara kami dan dia hanya ada dua hari. Kalau kami tidak meninggalkannya dan terbebas dari perangainya, maka dia akan meninggalkan kami dan terbebas dari perangai kami pula."

Setelah mendengar penuturan yang amat bijak dan penuh hikmah itu, orang itu pergi meninggalkan Umar bin Khattab dengan hati gembira dan puas.

Pengajaran dari cerita di atas

Setiap lelaki di bekali dengan sikap kesabaran dan kematangan dalam menghadapi setiap situasi yang sukar. Lelaki lebih berjaya dalam membuat keputusan-keputusan untuk keluar dari masalah yang dihadapi. Lelaki yang bijak adalah lelaki yang faham akan situasi isterinya dan tahu cara mengurus isterinya. Sebab itulah lelaki merupakan ketua keluarga. Suami perlu bersikap sabar apabila dimarahi dan dileter oleh isterinya, kerana suami yang sabar akan tingkah laku isterinya yang suka bercakap atau beleter, akan dihapuskan segala dosa-dosa masa lalunya. Hal ini berlaku kepada Nabi Allah Ilyas yang berdoa supaya dianugerahkan kepadanya isteri yang kuat beleter, kerana ia mengetahui inilah cara beliau menghapuskan dosa dan cara mudah untuk masuk kedalam syurga Allah.

Setiap suami kena bijak menghadapi isterinya, kadang-kadang isteri buat perangai atau marah tak tentu pasal mesti ada sebabnya, ada pepatah mengatakan bahawa wanita ini makhluk emosi dan angin tak tentu pasal. Jadi suami kena bijak menghadapinya, tindakan yang lebih baik adalah diam apabila mendengar isteri beleter atau sedang marah-marah, kerana isteri ini akan diam dan terasa perbuatannya itu salah dan dia akan segera memohon maaf kepada suaminya, waktu itulah kita kaunselingkan dia dengan nasihat-nasihat yang lembut dan kata-kata hati ke hati. Selalunya isteri lebih terbuka ketika mana ia minta maaf kepada suaminya atas perbuatannya.

Sering-seringlah menghargai diri isteri kita yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaganya untuk suaminya, seperti memasak, membasuh pakaian, menjaga anak, mengemas rumah, mengurus rumah dan sebagainya. Cara penghargaannya ialah setiap kali gaji, bawa isteri pergi makan di mana-mana restoran yang berkongsepkan romentik, kalau cara ini tidak mampu, maka keluarkan kata-kata penghargaan kepada isteri disebabkan tugas-tugas yang telah dilaksanakan. Selalunya suami payah untuk mengeluarkan kata-kata pujian dan penghargaan, kerana suami bersifat ego atau menganggap kata-kata tersebut sebagai buang masa. Hadiahkan isteri apa-apa barang yang berpatutan pada setiap saat-saat hari bahagianya seperti hari lahirnya, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.

Sebenarnya dari sudut psikologi isteri akan rasa lebih dihargai dan lebih disayangi ketika mana suami tahu menghargai dirinya. Malah setiap perkara yang kita suruh mesti akan dibuat oleh isteri kita dengan hati yang penuh taat dan tidak membantah.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa wanita ini diibaratkan seperti kulit bawang yang sangat halus, kalau nak menanggalkan kulit bawang tersebut perlu berhati-hati dan lembut kerana kulitnya mudah terkoyak. Kesimpulan dari falsafah ini, wanita itu sangat lembut dan mudah terasa dan berfikiran sensetif setiap kali ia diabaikan.

Waktu yang paling bahaya ialah waktu ia dalam keadaan haid atau tidak suci, selalunya wanita ini seringkali berkeadaan tidak menentu emosinya, kadang-kadang tak pasal-pasal dimarahi oleh isteri. Jadi waktu sebegini suami kena faham dan kena bersikap berdiamkan diri, berdiamkan diri ini adalah lebih baik, atau keluar dari rumah pergi mengeteh dan sebagainya. Waktu seperti ini kebiasaan wanita ia akan reda sendiri kemarahannya, dan dia sendiri tidak sedar akan kelakuannya.

Bagi suami janganlah terlalu garang dengan isteri dan terlalu kasar atau keras suara dengan isteri. Perbuatan ini akan menyebabkan isteri merasa dirinya tidak dihargai dan tidak berguna untuk suami dan paling bahaya apabila isteri mengatakan suaminya hanya baik ketika ingin bersama dengannya sahaja. Semua perbuatan ini akan menyebabkan kerenganggan dan keberontokan rumahtangga. Isteri takut menegur suami kerana takut dimarahi, suami pula anggap isteri tidak memberikan layanan yang sepatutnya. Kalau masakan isteri tawar atau terlebih garam, jangan terus melenting dan memarahi isteri. Gunakan cara yang hikmah untuk menegur isteri. Pernah ketika isteri Rasulullah menghidangkan kepadanya air yang tawar tanpa gula disebabkan isterinya terlupa masukkan gula dalam minuman Rasulullah. Apabila Baginda minum minuman tersebut sehingga berkedut kening Baginda, isterinya perasan disebabkan ternampak kening Rasulullah. Lantas isterinya bertanya, bagaimana rasa air tersebut, Baginda mengatakan ok sahaja, dan isterinya merasa sedikit air yang dibancuhnya dan tersenyum kerana airnya sangat tawar. Baginda tidak berkata apa-apa dan mendiamkan diri sahaja.

Setiap kali ada pertelingkahan, pergaduhan dan selisih faham, lebih baik suami yang dahulu memohon maaf atas kejadian tersebut dan menceritakan perkara yang sebenarnya tercetus pergaduhan tersebut. Kalau boleh cuba fahamkan isteri tentang situasi yang dihadapi oleh suami. Contoh situasi tersebut seperti dimarahi bos, banyak kerja yang belum siap, kesesakkan lalu lintas, bebanan hutang dan sebagainya. Kalau boleh peluk manja kepada isteri ada setiap sesi penjelasan dan memohon maaf, ini membantu untuk menurunkan kemarahan isteri dan membantu untuk memberikan kefahaman kepada isteri atas sebab-sebab berlakunya pertengkaran.

Yang penting di sini, setiap perkara yang dihadapi oleh suami, jadikanlah isteri itu sebagai teman bercerita dan meluahkan segala kepayahan yang dialami. Situasi seperti ini akan memberikan motivasi dan dorongan kepada suami untuk keluar dari masalah tersebut dengan disokong oleh isteri.

Jangan sesekali ada konsep seperti “isteri perlu diajar dengan secukupnya, pukul isteri, pulau isteri” ini semua akan mendatangkan masalah lagi dalam rumahtangga, ingatlah kepada anak-anak ketika timbul masalah rumahtangga, ia juga dapat menenangkan diri kita dan sekaligus menurunkan kemarahan kita. Islam sangat melarang suami memukul isteri dan menengking isteri, kecuali nasihat suami atas perkara-perkara yang wajib tidak dilakukan oleh isteri barulah boleh dimarahi dan seterusnya dipukul isteri tanpa mencederakan isteri. Sebab pukulan itu adalah untuk mengajar isteri bahawa perbuatannya itu adalah salah.

Penutup

Jadikan isteri sebagai teman yang paling rapat dan disayangi, jadilah isteri kita sebagai tempat penyejuk hati dan penunjuk jalan jika kita menghadapi kesukaran. Suami juga perlu bijak mengurus rumahtangganya, kerana suami yang bijak dapat mengurus rumahtangganya dengan baik. Suami yang bijak juga adalah suami yang mempunyai akhlak yang baik dan tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah. Keluarga yang baik adalah keluarga mawardah warahmat dan menganggap rumahnya seperti rumahku syurgaku.
 

(Konspirasi Yahudi) Kesilapan Apabila Islam di Haramkan di Malaysia


Perkongsian peribadi aku khususnya dalam bulan mulia ni, ada sesuatu yang masih bermain difikiranku. Kita tahu, bagaimana penerimaan 'sebenar' dunia Barat terhadap Islam. Jangankan kata di Barat, begitu juga di bahagian lain di seluruh dunia.

Di bawah ni aku kongsikan contoh bagaimana 'tunjuk perasaan' dengan Islam 'diharamkan' oleh negara-negara bukan Islam. Sedangkan kita sebagai negara Islam (mana-mana negara Islam sekalipun) tetap 'menjaga kebajikan' penduduk atau rakyat yang bukan beragama Islam sejak dulu lagi. Contoh terbaik ialah bagaimana Piagam Madinah yang telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia dengan jelas menyatakan penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.

(Logo ini bukan dari Malaysia)
(Logo ini bukan dari Malaysia)
(Logo ini dipercayai dari Amerika Syarikat)
(Wording ini ditujukan khas untuk negara-negara Eropah)
TETAPI yang masih mengejutkan ialah unsur-unsur ke arah 'ban Islam' masih ada lagi di Malaysia walaupun telah lama dibuang. Kenapa aku kata macam tu, begini ceritanya - Terus terang aku katakan, semalam 2 Ogos 2012 ketika aku nak print penyata bank di mesin Bank Islam cawangan Universiti Utara Malaysia (UUM) alangkah terkejutnya melihat masih ada logo seperti di bawah tertera di letterhead penyata tersebut.

(Logo ini adalah betul di Malaysia masih wujud dalam diam sampai sekarang)
Sedangkan seingat aku logo yang baru Bank Islam (ketika itu) memang jelas tertera perkataan 'Ban Islam' yang mana kreativiti penciptanya untuk menjadikan huruf 'K' sebagai gabungan huruf dan anak bulan seperti tidak menjadi. Itu cerita tahun 2008, ya dah lama dah. 

Tapi kenapa kertas penyata tersebut masih diguna pakai sampai hari ini? Tiada pihak yang mempersoal?
Aku tahu banyak kos telah dikeluarkan sejak 'kegagalan' Bank Islam mengenalpasti 'kecacatan' imej Islam pada bank itu sendiri. Tetapi soal akidah jangan main-main walaupun mungkin secara halus.

Tak faham? Okay...begini, sila rujuk perkara di bawah pulak.

Kenal tak jata di atas? Itu adalah jata negara Yahudi iaitu Israel. 

Isi jata

  • Menorah, lambang agama Yahudi
  • 2 daun pohon zaitun, simbol sebagai keamanan
  • Tulisan Ibrani yang membawa maksud Israel.
Menorah
Menorah merupakan tapak kaki lilin yang bercabang tujuh. Ia merupakan satu perkakasan upacara yang digunakan di Kuil Suci di Baitulmuqaddis. Ia merupakan simbol kepada agama Yahudi hampir 3000 tahun. Menorah merupakan salah satu simbol yang paling lama digunakan oleh orang Yahudi.

Okay, tak apalah sebab perkara mengenai jata Yahudi ni tak penting pun sebab itu hak mereka. Tapi perkara ni juga pernah menjadi serius pada tahun 2008 juga apabila muncul dalam laman web Bank Islam! Bukan aku nak ungkit cerita lama, tetapi luka lama berdarah kembali angkara letterhead penyata bank itu sendiri masih kekal ke hari ini.

Header ini telahpun dibuang sejak itu
Jadi, percayakah jika benar-benar ada konspirasi Yahudi dalam negara kita yang sebenarnya menyusup secara diam. Perkara ini banyak diperkatakan dalam serba-serbi. Hati-hati.



Sunday, August 5, 2012

Final Badminton Sukan Olimpik London 2012


Pertembungan dahsyat badminton malam ni
Badminton Olimpik London hari ini, melibatkan pertemuan terpenting pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei yang akan menentang Lin Dan dalam final acara badminton Sukan Olimpik London 2012 di Arena Wembley.

Inilah peluang Malaysia untuk mencatat rekod menang pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan negara di Sukan Olimpik.

Di Olimpik Beijing empat tahun lalu, Chong Wei tewas 12-21, 8-21 kepada Lin Dan.
Manakala rekod Chong Wei tak begitu memihak kepadanya kerana hanya memiliki rekod menang 9 kali ke atas Lin Dan yang mengatasinya sebanyak 20 kali. 

Jom sokong Chong Wei yang membawa nama baik negara malam ni jam 8 malam waktu Malaysia. Siaran langsung pasti ada di RTM (bagi yang tidak melanggan Astro).


Saturday, August 4, 2012

Anak-anakku Dapat Duit Raya Sebelum Raya


Selasa lepas anak-anakku dah dapat duit Raya sebanyak RM50, kena bahagi dua. Jadi, kiranya sorang dapat RM25. Duit Raya tu dapat awal daripada seorang kawan suami, katanya dia lebih suka bagi duit Raya ketika dalam bulan Ramadhan berbanding dalam bulan Syawal...sebabnya dalam bulan ni, ganjaran bersedekah dan amal kebajikan dijanjikan pahala berlipat kali ganda. 

Bagi aku walaupun tradisi bagi duit Raya bukan amalan kita (secara perbandingan dalam sesuatu perayaan), tetapi amalan bersedekah dan membuat amal kebajikan memang dituntut dalam Islam. 

Sabda rasulullah SAW:
”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.



Lailatul Qadar Hadiah Allah Kepada Kita




Lailatul Qadar adalah merupakan satu hadiah Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. Lailatul Qadar adalah makhluk Allah. Ia adalah malam yang paling tinggi kedudukannya dalam Islam, diikuti oleh malam Nisfu Syaaban. Malam ini diturunkan atau dijadikan Allah untuk meningkatkan kedudukan atau pangkat manusia kerana siapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat atau memikirkan kebesaran Allah, dia mendapat pahala seperti beribadat selama 1000 bulan atau 84 tahun.
Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Namun siapa yang tidak bertemu dengannya, dia tetap mendapat pengampunan daripada Allah asalkan dia berusaha untuk mendapatkannya. Tidak ada ruginya sesiapa yang mencari Lailatul Qadar samada dia mendapatnya atau tidak, dia tetap beruntung.
“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan Muslim
Lailatul Qadar adalah satu suasana, iaitu suasana yang sepi. Walaupun ada ulama berpendapat ia bermula selepas waktu Maghrib, namun ada yang berpendapat ia adalah sepertiga akhir malam, kerana selepas waktu inilah suasana sepi malam mula terasa, misalnya sekitar jam 3.30 pagi. Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:
Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)
“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))
Majoriti ulama berpendapat ia berlaku pada bulan Ramadahan, walaupun ada sahabat yang bertemu dengannya di luar Ramadhan. Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir. Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah mendapat tahu dari Malaikat Jibril tentang bilakah malam Lailatul Qadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.
“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))
Berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar. Allah akan beri hadiah yang besar kepada mereka yang mencarinya dan ia juga adalah satu hadiah. Allah akan pertemukan mereka yang mencarinya, hargailah malam ini. Sekirnya bertemu dengannya, berdoalah seperti yang diajar oleh Rasulullah kepada Aisyah r.a. Siti Aisyah r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatul Qadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang terawih.

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)
 

 
 

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...