Showing posts with label Nora Danish. Show all posts
Showing posts with label Nora Danish. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Gambar Terbaru Anak dan Nora Danish Bercuti Bersama Keluarga Bekas Mertua di Dubai


 Gambar Terbaru Anak dan Nora Danish Bercuti Bersama Keluarga Bekas Mertua di Dubai

 Nampak gayanya Nora Danish masih sebahagian daripada keluarga Jejai. Dalam instagram Nora Danish memuatkan gambar percutian beliau, anak nora bersama bekas suaminya Jejai, ibu nora Danish dan keluarga mertua sedang menikmati percutian bersama-sama di Dubai.




 






Tuesday, June 5, 2012

Gambar Terbaru Nora Danish Dan Anaknya Dengan Jejai

Dah besar panjang anak Nora Danish, Putra Rayqal Ramli
Sangat hebat dugaan dan kontroversi yang melanda diri Nora Danish sejak beliau berada di Tanah Suci lagi. Ternyata ketenangan yang diperolehi ketika berada di Mekah baru-baru ini tidak berpanjangan apabila kepulangannya disambut dengan kontroversi. Sebaik sahaja kaki mencecah ke bumi tercinta, namanya terpalit sebagai ‘orang ketiga’ yang hampir menyebabkan keruntuhan rumah tangga rakan selokasi, Adi Putra yang membuat keputusan untuk bercerai dengan isterinya hanya selepas dua hari pulang mengerjakan umrah.

Namun begitu, Nora tidak mahu terlalu ambil pusing dengan gosip itu. Malah dia mengakui pemergiannya mengerjakan umrah telah memberikan satu ketenangan hakiki yang tidak mampu dijual beli.

“Jika tahun lalu saya lebih banyak berdoa untuk kehidupan, kebahagiaan dan jodoh namun kali ini saya lebih banyak berserah kepada-Nya," katanya yang ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan tidak mahu lagi memikirkan soal jodoh namun kata Nora, adalah lebih baik untuknya berserah kepada Yang Maha Esa kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya.

Sebagai duta syarikat Triways Hujjaj International Services Sdn. Bhd. (This), Nora turut memberitahu, sepanjang 13 hari di sana pada April lalu, dia sangat senang dengan para jemaah lain yang tidak lokek berkongsi ilmu denganya.

Optimis dengan keadaan itu, Nora berkata, sudah lumrah dunia artis untuk dihambat gosip dan kontroversi. Namun tegasnya, selagi termampu dia akan terus bertahan dan menjelaskan keadaan sebenar kepada khalayak.

Selepas dikaitkan menjadi orang ketiga dalam masalah rumah tangga Adi Putra, dia dikejutkan pula dengan penyebaran gambar dirinya sedang berhibur di kelab malam dan lebih mengelirukan gambar tersebut diambil selepas dia pulang dari menunaikan umrah.

“Itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya saya sendiri bingung dengan motif penyebaran gambar itu.

“Seperti yang kita tahu, selepas pulang dari Mekah, malaikat akan berada bersama kita selama 44 hari. Sudah tentu saya mahu berkelakuan sebaik mungkin selepas pulang dari sana," katanya tersenyum.

Sambungan cerita Nora Danish yang lebih menarik, ikuti di SINI.


Thursday, May 3, 2012

Aksi & Foto Nora Danish yang Melampau & Terlampau




Tak nak kata apa dah.. Cuma kesian jer melihatkan aksi Nora Danish yang terlampau nih.. kalo ye pun makan hati dengan Jejai & Fasha, agak2 lah sikit nak goda laki lain pun.. Semoga balik dari Umrah ni, Nora Danish akan lebih insaf.





 


Monday, April 30, 2012

5 Gambar Comel Nora Danish Semasa Mengerjakan Umrah


 Umum telah mengetahui bahawa Nora Danish telah bertolak ke Mekah untuk mengerjakan umrah bersama ahli keluarga semasa hari persandingan Fasha dan Jejai. Bukan membawa diri ye..Mengerjakan Umrah adalah niat yang baik dan penuh dengan keberkatannya. Semoga Nora Danish mendapat hidayah dan dapat memperbaiki hidup ke arah yang lebih baik.

Pelakon kecik molek Tentang Dhia ini ditemani oleh ibu tercinta ketika menunaikan umrah. Rombongan umrah itu juga disertai juga oleh model Azura,Adi Putra dan juga Hizbur Imam Muda musim pertama. 

Nora Danish akan berada di Mekah selama 13 hari dan mengharapkan semuanya dapat dipermudahkan dan berjalan dengan lancar sehingga semuanya selesai. 

Nora Danish mengatakan kali ini dia lebih teliti kerana telah mempunyai pengalaman pertama melaksanakan umrah tahun lalu.
 
 


 
 
 
 
 

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...