Wednesday, November 14, 2012

Hati Lembu Goreng Bersama Kacang Panjang, Ikan Bawal Goreng Berempah, Sup Ayam Simple



Cewahhh! Tajuk Resepi, ala-ala Masterchef gitu..
 ni time rajin, macam-macam menu lauk pauk yang aku masak. Kalau tak, bantai jer masak apa pun, janji sedap tekak & mulut untuk mengunyah.

 Hati Lembu Goreng Bersama Kacang ni hubby aku suka sangat. Pagi kemarin pandai2 jer dia ke pasar & beli hati lembu ni. Kena plak dia belikan kacang tu tuk matching. Kakak plak suka makan kuahnya aje. Aku masak ni simple jer, campak2 bawang & halia dah siap..

 Ikan bawal goreng berempah ni aku suka juga, sedap makan dengan nasi putih panas2 campur plak dengan seredak-seredak bawang yang hangus tu. Hubby aku beli ni bawal putih, dia kata mahal juga harganya, RM 24/kg. Aku duk biasa beli bawal hitam jer murah sikit. Ikan bawal ni masak kari pun sedap jugak bagi selera aku la kan..


Sup ayam yang simple saja, tumis bawang & perkakas sup, campak ayam, carrot & cendawan. Bahan-bahan tu semua duk ada dah dalam peti ais, aku masak jer lah.

Dah siap kenyang semua, kami pi Tasik Bandar Darul Aman plak, bawa budak2 ni pi main2 kat sana. Ramai la orang kat sana, almaklumlah cuti kan semua orang nak bawa anak2 jalan-jalan & sedup udara nyaman kat tasik, pantai & sebagainya la. Kena plak kemarin hari tak hujan, semua pakat duk keluaq gamoknya. Termasuk la aku..hoho..



Tuesday, November 13, 2012

Jersi Baru Harimau Malaya Tersilap Tahun


NIKE telah memperkenalkan jersi baru skuad bola sepak negara atau Harimau Malaya 
untuk dipakai semasa AFF Suzuki Cup 2012 nanti.

Ringkas design jersi ni, kit terbaru daripada NIKE. Harga RM299

Sesi memperagakan bentuk badan yang tegap dan ada yang dan mula memboroi...
Corak jersi ini menyerupai pasukan kebangsaan 
yang memenangi kejohanan Pestabola Merdeka pada tahun 1958

Memori 1958: Rasanya inilah jersi yang dimaksudkan, tetap apa yang samanya? Adakah tersilap tahun?


Monday, November 12, 2012

Kelantan Restaurant Hatyai


Kelantan Restaurant Hatyai
Lokasi: Thanon Sangchan (Sangchan Road)
Ke Selatan Salma Restaurant (200m)

Kelantan Restaurant baru setahun lebih beroperasi
Restoran ini melalui pertanyaan kami di mana lagi ada kedai makan halal dengan orang kedai di Pusat Urut sebelah Hamid Restaurant.
Secara tak sengaja pada hari kedua, melalui satu lorong yang tidak jauh dari Lee Gardens Hotel. 
Rupanya cantik jugak tempat makan ni.
Masa ni sunyi, takde pelanggan mungkin masa tu dah terlepas lunch time.

Nasi campur - Lauk pilihan suami

Nasi campur - Lauk pilihe kawe

Nasi campur - Lauk ringkas pilihan Kakak, sedap betul...

Nescafe Ais, Teh O Ais, Air Minuman dalam botol...

Bergambar dulu sebelum makan, pilih meja berdekatan jalan boleh tengok kereta lalu lalang

Adik mula dah nak buat ragam, nak makan apa ntah?

Kakak memang berselera sungguh!

Kawe make dulu deh!

Hubby bayar total 275 Baht (RM27.50), rasanya masih mahal juga walaupun review bagus dari orang Pusat Urut tu...

Dekorasi hotel menarik, ceria, berselera nak menjamu di sini
Kalau ke Hatyai, jangan lupa cuba masakan di Kelantan Restaurant, nasi campur dia memang sedap dengan aneka pilihan. 
Buka seawal 7.00 pagi hingga 10.00 malam.
Waktu malam bolehlah try masakan panas di sini yang jenis goreng-goreng, tom yam, nasi goreng dan lain-lain.






AFF Suzuki Cup 2012 Broadcast Partners


AFF Suzuki Cup 2012 Broadcast Partners
Penyiar Bersama Piala Suzuki AFF 2012


Jadi di Malaysia, RTM dan Astro akan menjadi penyiar rasmi kejohanan bola sepak yang dinanti-nantikan!


Nak Tengok Istanbul Aku Datang



Ada sesiapa yang dah tengok ke filem Istanbul Aku Datang, lakonan Lisa Surihani yang cute ni. Rasa macam best jer dan teringin nak tengok la plak kat pawagam bila dah tengok the making of Istanbul Aku Datang. 

 





Istanbul Aku Datang merupakan sebuah filem hasil kerjasama Grand Brilliance dan Red Films berjaya membawa para penonton menikmati keindahan pemandangan negara Istanbul,Turki. Boleh diklasifikasikan sebagai satu bonus untuk sebuah filem romantik untuk berlatarkan pemandangan yang begitu memukau.

Kisah bermula apabila Dian (Lisa Surihani) ke Istanbul untuk mengejutkan teman lelakinya, Azad (Tomok) yang merupakan pelajar jurusan medik. Dian bertekad untuk mengambil kursus pendek di sana disamping merancang pelbagai taktik bagi menyakinkan Azad untuk melamarnya sebelum Dian pulang ke tanahair.

Namun perancangan dan kegembiraan Dian terbantut apabila Azad meminta Dian untuk menyewa rumah sendiri. Dian mencekalkan diri dan meminta bantuan seorang lelaki Turki untuk menyewakan sebuah bilik. Malangnya Dian telah ditipu sehingga memaksanya untuk berkongsi rumah dengan Haris (Beto).

Lakonan bersahaja Beto, Lisa dan juga Tomok dilihat telah berjaya menghidupkan watak masing-masing. Beto dilihat begitu berbeza kerana kebanyakkan adegan perlu dipersembahkan melalui ekspresi muka serta permainan emosi.

Walaupun nampak sedikit janggal penyatuan Tomok dan Lisa sebagai pasangan namun percubaan pertama Tomok menerusi filem romantik komedi dilihat menjadi. Tomok berjaya membuat penonton membencinya melalui lakonannya dalam filem tersebut.

Filem ini juga menampilkan Aizat buat pertama kalinya di layar perak sebagai watak pembantu. Selain itu, Tomok dan Aizat turut menyumbangkan suara mereka untuk mewarnai lagi keindahan filem romantik komedi ini.



kredit info: Gua.com

Praktikkan Dakwat Sotong ala-ala Masterchef Gitu



Praktikkan Dakwat Sotong ala-ala Masterchef Gitu


apa kene mengena tajuk dengan gambar sotong tu ye.. tu la dia penangan duk tengok Masterchef.. jangan main-main tau, rupanya sedap juga dakwat sotong nih.. sampaikan Mr. hubby gaul nasi dalam kuali yang masak sotong nih..

bahan-bahan:

4 ekor sotong (cukup la tuk kami berdua makan)
bersihkan sotong sekor2 tanpa buang kepala
5 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 sudu kecil pes cili kering
Sedikit susu cair
Garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
(bahan bertanda * tumbuk aje yer..)

Cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan bertanda * dan pes cili kering.
  2. Masukkan sotong dan gaul-gaulkan. kalo nampak kering sangat masukkan sedikit air, nanti hangit plak kan.
  3. Masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Agak2 sotong tu dah masak, angkat la ye..sedap di makan dengan nasi putih gituu..
 
p/s: Kuah sotong tu nampak macam hitam kan tapi tak bubuh kicap pun, tu hasil daripada dakwat sotong yang pecah semasa mengoreng. Mula2 tu aku rasa macam geli juga nak makan, tapi bila dah makan memang sedap beb..




Sunday, November 11, 2012

Amalan Yang Dituntut Selepas Kelahiran Bayi


Baby kami - Nur Kashif Aliya sewaktu usia 2 bulan lebih


Amalan Yang Dituntut Selepas Kelahiran Bayi


1. Sunat bagi seorang bapa melafazkan azan ke telinga kanan bayinya dan iqomah pada telinga sebelah kirinya. Perbuatan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sewaktu menerima kehadiran cucu pertama dari puterinya Fatimah. Sebuah hadis dari Ibnu Abbas beliau menyebut, bahawa Rasulullah telah melakukan azan di telinga Hassan b. Ali pada hari ia dilahirkan dan Baginda juga melakukan iqomah pada telinga kirinya.

Info tambahan: Jika bapa tiada kerana masalah yag tidak dapat dielakkan - jangan risau, ini hanya sunah Nabi, kita boleh minta sesiapa sahaja (lelaki) yang ada disitu berdekatan untuk bantu kita melafazkan azan.
Azan boleh dikedua-dua belah telinga, lebih baik dan tiada masalah.

2.Sunat mentahniqkan dengan sesuatu yang manis ke mulut bayi seperti buah tamar, pisang dan sebagainya. Caranya ialah dengan mencalitkan atau meletakkan sebahagian kecil sahaja dari cebisan buah tersebut ke mulut bayi. 

Info tambahan: Guna jari telunjuk dan sapukan pada keliling bibir bayi, dan bayi tersebut akan berinteraksi dengan rasa manis yang kita bagi pertama kali itu.

3.Sunat juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru mendapat cahaya mata dengan menyebut, 'Semoga Allah memberikan keberkatanNya kepadamu dengan kurniaan ini dan bersyukurlah kepada Allah.

4.Sunat mencukur rambut di kepala bayi pada hari ke 7 dan menamakan bayi itu dengan nama-nama yang baik serta melakukan aqiqah untuknya. Berat rambut bayi yang dicukur ditimbang lalu dikeluarkan perak seberat timbangan rambutnya. Rasulullah pernah mengarahkan kepada puterinya Fatimah dengan sabdanya, 'Hendaklah engkau timbang rambut Hussain ini dan bersedekahlah dengan perak mengikut berat timbangannya'. 

SUMBER* Sedikit sebanyak daripada bual bicara Imam Muda Ashraf dalam Selamat Pagi Malaysia pada Jumaat lepas, 9 November 2012.


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...