Showing posts with label Resepi Ayam. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ayam. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Resepi Soto Ayam


Aku dan anak-anak suka makan soto ayam ni tapi nak membuatnya jarang-jarang sekali sebab hubby tak berapa nak suka sangat. Dia tak suka makan nasi impit tu dengan sup, tak kena gaya katanya. Mood memasak tengah rajin, boleh jer buatkan.

Resepi Soto Ayam

Sumber Resepi: Mat Gebu


BAHAN KUAH SOTO:
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan (aku tak timbang pun berapa gram rangka ayam)
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras* (aku tak bubuh)
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji* (aku tumbuk dgn lesung)
(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus 
(- ayam ni aku rebus dengan halia, bawang putih, serai dan sedikit garam)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA:
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Biasanya orang makan soto dengan sambal kicap kan, aku main bedal camtu jer..



Resepi Begedil  

Sumber resepi: blogresepi
 
Bahan-bahan:

300g daging cincang
2 biji kentang – potong dadu n dgoreng. then lenyek2kan.
1/2 biji bawang besar
* 
1 inci halia * 
1 sudu kecil ketumbar* 
1 sudu kecil jintan manis* 
1 sudu jintan putih * 
sedikit lada sulah
garam
daun bawang/daun sup
bawang goreng

1 biji telur 
 

Cara membuatnya:
  1. Kisarkan bahan yang bertanda *.
  2. Gaul bersama daging, masukkan semua bahan-bahan kecuali telur. Bulat-bulatkan dan tekan nipiskan skit.
  3. Panaskan minyak dalam non stick pan dan jangan guna minyak bayank sangat. Agak-agak 3/4 tenggelam begedil.
  4. Celupkan begedil ke dalam telur, goreng hingga masak.
  5. Jangan balikkan selagi bahagiann bawah tak garing lagi, takut begedil akan hancur. Api kecik je, takut luar dah garing tapi dalam tak masak lagi.



Wednesday, November 14, 2012

Hati Lembu Goreng Bersama Kacang Panjang, Ikan Bawal Goreng Berempah, Sup Ayam Simple



Cewahhh! Tajuk Resepi, ala-ala Masterchef gitu..
 ni time rajin, macam-macam menu lauk pauk yang aku masak. Kalau tak, bantai jer masak apa pun, janji sedap tekak & mulut untuk mengunyah.

 Hati Lembu Goreng Bersama Kacang ni hubby aku suka sangat. Pagi kemarin pandai2 jer dia ke pasar & beli hati lembu ni. Kena plak dia belikan kacang tu tuk matching. Kakak plak suka makan kuahnya aje. Aku masak ni simple jer, campak2 bawang & halia dah siap..

 Ikan bawal goreng berempah ni aku suka juga, sedap makan dengan nasi putih panas2 campur plak dengan seredak-seredak bawang yang hangus tu. Hubby aku beli ni bawal putih, dia kata mahal juga harganya, RM 24/kg. Aku duk biasa beli bawal hitam jer murah sikit. Ikan bawal ni masak kari pun sedap jugak bagi selera aku la kan..


Sup ayam yang simple saja, tumis bawang & perkakas sup, campak ayam, carrot & cendawan. Bahan-bahan tu semua duk ada dah dalam peti ais, aku masak jer lah.

Dah siap kenyang semua, kami pi Tasik Bandar Darul Aman plak, bawa budak2 ni pi main2 kat sana. Ramai la orang kat sana, almaklumlah cuti kan semua orang nak bawa anak2 jalan-jalan & sedup udara nyaman kat tasik, pantai & sebagainya la. Kena plak kemarin hari tak hujan, semua pakat duk keluaq gamoknya. Termasuk la aku..hoho..



Sunday, October 14, 2012

Resepi Ayam Goreng Berempah - Menu Makan Malam



Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Dah lama rasa nak makan ayam goreng berempah, malam ni ada kerajinan sikit tu yang masak.. Ayam goreng berempah sedap di makan dengan nasi lemak atau nasi kukus mengikut selera aku la kan..alaaa, nak makan dengan nasi putih biasa pun sodap..

 
Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong 12 /18 atau potong kecik2 pun boleh
- bersih dan toskan
5 ulas bawang putih*
7 biji bawang merah kecil*
4 batang serai*
1 inci halia*
bahan bertanda * di blend
 1 sudu kecil ketumbar**
1 sudu kecil Jintan Manis**
1 sudu kecil Jintan Putih**
bahan bertanda ** ditumbuk atau dikisar kering

1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
 1 sudu besar pes cili kering
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.

Cara Membuat:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan semua bahan-bahan yang disediakan tadi.
2. Kemudian perapkan ayam selama 2-3 jam.
3. Sediakan minyak yang banyak supaya dapat menengelamkan ayam semasa mengoreng.
4. Goreng ayam hingga kekuningan atau garing. Semasa mengoreng ayam gunakan api yang perlahan.

Saturday, June 9, 2012

Resepi Gulai Itik Serati


Bahan-Bahan:

Sedikit minyak masak
5 biji bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
2.5 cm halia dihiris halus
5 cm belacan, dibancuh dengan 1/2 gelas air
1 Ekor itik serati dipotong dan dibersih
350 ml pati santan
2 keping asam gelugur
sedikit gula dan garam

Bahan dogoreng dan ditumbuk:

20 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
8 biji cili kering
1 batang serai dihiris
2.5 cm lengkuas

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah bersama bawang putih dan halia hiris sehingga keemasan.
2. Masukkan bahan rempah yang sudah digoreng dan kacau sehingga wangi.
3. Masukkan bancuhan belacan, kacau dan tutup periuk seketika.
4. Masukkan itik bersama santan, asam gelugur, gula dan garam.
5. Masak sehingga itik empuk dan kuah pekat.


Sunday, August 21, 2011

Resepi Ayam Percik Terengganu


Bahan-bahan:
1 ekor (2kg) ayam (belah 4)
3 cawan santan pekat (klu boleh perah santan dgn air kelapa)
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula
1 sudu teh halba
Garam secukup rasa

Bahan Mesin Halus:
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara:

  • Lumurkan ayam dgn tepung ubi & sedikit garam, kemudian bilas bagi menghilangkan hanyir ayam.
  • Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba & air asam jawa sehingga sederhana masak (kuah agak sedikit pekat). Pastikan segala bahan sebati dgn ayam.. dgn selalu membalik2kan ayam supaya masak sekata & tidak hangus.
  • Bila kuah agak pekat, alihkan ayam ke dalam ketuhar/oven & bakar/panggang pada suhu 200C sehingga ayam berwarna kecoklatan.
  • Letakkan ayam dlm pinggan yg sesuai, kemudian curahkan lebihan kuah tadi ke atasnya.
  • Hidang bersama salad, timun & tomato.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...