Thursday, January 5, 2012

Lirik Lagu OST Filem Ombak Rindu



 Lirik Lagu OST Filem Ombak Rindu 
Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia 
Untuk terima ku seadanya 
Kerna ku tak sanggup 
Kerna ku tak mampu 
Hidup tanpa dia di sisi ku 
Hafiz:
Tuhan aku tahu banyak dosa ku 
Hanya ingat Kamu kala duka ku 
Namun hanya Kamu yang mampu membuka 
Pintu hatinya untuk cintaku 
Malam kau bawalah rinduku 
Untuk dirinya yang jauh dari ku 
Agar dia tidak kesepian 
Selalu rasa ada cinta agung 
Adira:
Hujan bawa air mata ku 
Yang mengalir membasuh luka ku 
Agar dia tahu ku terseksa 
Tanpa cinta dia di hatiku 
Hanya mampu terserah 
Moga cahaya di penanti 
Tuhan tolong lembutkan hati dia 
Untuk terima ku seadanya 

Hafiz:
Kerna ku tak sanggup 
Kerna ku tak mampu 
Hidup tanpa dia di sisi ku

Rumah Apek Hadiah Dari Nik Aziz (Kerajaan Negeri Kelantan)


Apa yang kasihsalina baca dalam Utusan Online, Nik Aziz @ Menteri Besar Kelantan ada menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang dilanda dengan pelbagai kontroversi peribadi, dinasihat segera mendirikan rumahtangga agar kehidupan peribadinya lebih terkawal. Tepat sekali nasihat Nik Aziz tu. Apek kan dah ada rumah banglo, kira berkemampuan la tu kerana Islam amat menggalakkan golongan muda yang berkemampuan untuk berkahwin demi menjaga maruah diri dan mengelak hubungan sosial melampaui batas. Nik Aziz berjumpa beliau semasa majlis penyerahan kunci rumah kepada Apek di Taman Kurnia Jaya di sini, semalam.
Apek menerima hadiah sebuah banglo setingkat bernilai RM200,000 daripada kerajaan negeri selepas membantu Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF 2010. Ini juga merupakan kali pertama keluarga mereka akan tinggal di rumah sendiri setelah berpindah randah dari sebuah rumah sewa ke rumah sewa lain selama lebih 20 tahun.
Nasihat bapa Apek pula, supaya Apek memberi fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu sebelum mendirikan rumahtangga dan berharap calon menantu atau bakal isteri KFCM juga berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. 

Perbezaan Nur Amalina Dulu Dan Sekarang

 

Setiap anak lahir dalam keadaan suci, ibubapa akan berperanan besar untuk menjadikannya seperti Yahudi, Nasrani, Majusi atau menjadi Muslim yang sebenarnya. Ibubapa DERHAKA kepada Allah dan anak apabila mengabaikan takrif kejayaan sebenar yg boleh membantunya & anak untuk melepasi alam dunia ini. Bukan sekadar kejayaan atas kertas. Wahai ibubapa, insaflah kita, telitilah tugas kita, didiklah mereka dengan sifat malu bersalut AGAMA. Jangan sesekali dibelikan seluar @ baju 'berlubang untuk si anak gadis', kelak nanti musibah bertambah pedih. Nabi sabda :"Jika kamu sudah tiada malu, (pasti kamu akan) lakukanlah apa shj (Ini pendapat yg kasihsalina petik dari FB Ustaz Zaharuddin.net).

 

Pandangan kasihsalina pula, kita tak perlu pandang jauh ke bumi asing, disekeliling kita pun jelas nampak, ibubapa amat ambil berat soal akedemik anak-anak tapi soal akhirat anak-anak langsung tidak dipedulikan. Begitu juga dari kecil anak-anak tidak diajar untuk bersolat dan berpakaian menutup aurat. Apatah lagi nak diajar membaca alquran. Bila ada yang menasihati ada pula yang kata aku nak tengok anak dia tu jadi ustazah / ustaz tak nanti. Sesungguhnya, takde manusia yang sempurna kat dunia ni kalo kita nak menunggu orang yang sempurna untuk menasihati kita. Wahai ibubapa sekelian, asuhan dan contoh yang salah dari kecil akan membawa tabiat/rutin harian yang salah diusia dewasa anak-anak. Maka, akan jadilah anak-anak yang derhaka kepada ibubapa & Allah s.w.t.. Ini cuma pendapat & pandangan kasihsalina dan tidak menunding jari pada sesiapa kerana kita semua adalah insan yang lebih. Dan yang lebih penting adalah kita semua sentiasa muhasabah diri dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Sunday, January 1, 2012

Intro: Kasihsalina Blog Cartoons



Kasihsalina akan mula buat posting Kasihsalina Blog Cartoons pada 1 Januari 2012 sebagai inti resepi baru nk bagi nafas pudina untuk blog kasih sayang ini. Kasihsalina Blog Cartoons itu nanti mungkin akan dipost dalam 2-3 kali seminggu sebab bergantung kepada pelukisnya Encik Papankey yang mempunyai pengalaman melukis sejak kecil lagi, pernah score lukisan A dalam SPM pulak tu! Itupun tidak digilap langsung sejak bergelar laki orang. Kasihsalina Blog Cartoons akan memaparkan cartoons berupa sindiran mesra, sinis, sadis, peringatan, kehangatan, lawak jenaka, kelakar, tanpa dialog box, tiada sambungan, unsur-unsur alam, kelam, dan dalam maknanya. Nantikan kemunculannya pada 1.1.2012!

Amaran Hujan Lebat Di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis



Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kawasan rendah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berisiko mengalami banjir berikutan hujan lebat berterusan yang melanda di negeri-negeri terbabit. Berikutan
Menurut kenyataan jabatan itu, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli manakala di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik dan Langkawi, manakala di Perlis melibatkan kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau. Ni laporan yang kasihsalina baca dari BERNAMA.

Motel Bajet di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS)


Pernahkah kita terfikir untuk menginap di tempat yang tidak menyediakan kemudahan bilik air? Mungkin konsep hotel atau motel jenis ini begitu asing bagi kita kan!

Namun, itulah kemudahan baru yang disediakan di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini khusus untuk orang ramai tidur atau merehatkan tubuh buat seketika sebelum menaiki bas bagi perjalanan jauh. Motel bajet yang ringkas itu disediakan oleh Southest Poineer Rest & Go (SPRG) dengan menyediakan 13 bilik dan beroperasi di dalam bangunan kompleks TBS-BTS yang serba canggih itu. Seperti Jepun, permintaan terhadap percutian ringkas yang menjimatkan semakin menjadi pilihan sehingga membawa kepada kewujudan hotel bajet.


Motel ini berkonsepkan ‘rest & go’ dan tidak menyediakan bilik air seperti hotel bajet lain, tetapi konsep ini  relevan kerana terletak di kawasan hub transit moden seperti di TBS-BTS. Orang ramai boleh menggunakan kemudahan tandas awam di dalam terminal dan terletak tidak jauh dari motel berkenaan.

Kewujudan motel ini amat tepat sekali kerana orang ramai yang tiba di sini sekitar tengah malam dan awal pagi, tiada tempat berehat sementara menunggu waktu siang dan pengangkutan awam lain seperti sistem transit aliran ringan (LRT) atau komuter mula beroperasi. RM70 sehari atau RM15 sejam, motel yang beroperasi 24 jam ini mempunyai 13 bilik, terdiri daripada ‘standard room’ (memuatkan maksimum dua orang dewasa) dan ‘family room’ (dua dewasa dan dua kanak-kanak atau tiga orang dewasa).

Selain itu, motel ini turut menyediakan kemudahan kafe untuk melayari Internet, simpanan bagasi serta khidmat refleksologi. Dengan menggunakan tilam, katil, cadar yang berkualiti serta disusun mengikut dekorasi menarik, pemiliknya dilihat cuba memberi kepuasan pelanggan yang maksimum dengan kadar bayaran minimum.
Sumber: Mymetro

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...