Friday, December 23, 2011

Resepi Kerang Bakar Sempoi Ala Kasih Salina

tu dia eh tajuk resepi macam dalam rancangan Master Chef jer kan..huhu..kasih salina & hubby memang suka makan kerang bakaq kata orang utara no..kalo makan kat kedai area Changlun ni RM 4 untuk setengah kilogram dan kalo beli yang mentah kat pasar tu RM 3/kg..

kalo kat rumah tak perlu lah nak guna arang bagai untuk membakar kerang ni, just bakar dalam non-stick pan aje..bakar agak-agak dalam 8-10 minit camtu..jangan sampai kering sangat, nanti isi kerang tu tak sedap nak makan dan susah nak mengopeknya..habis lah rosak kuku alamaknya..

untuk kelainan juga, kadang-kadang tu, kasih salina ada campurkan mentega dalam 1/2 s/b nak bagi berlemak sket..

dah masak, cicah la dengan sos cili Thai..hihi..

Resepi Terung Goreng Pedas Ala Kasih Salina


sebenarnya kasih salina tak berapa gemar sangat dengan terung ni, tapi hubby yang suka makan..biasanya terung pajeri, terung bakar, terung kari dan terung masak lemak kasih salina makan la, tapi terung goreng tu kureng la sikit..

terung ni kasih salina goreng simple jer untuk hubby..

bahan-bahannya:

2 biji terung panjang
1 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji cili besar
1/2 s/k belacan
1 s/b sos tiram
garam secukup rasa
ajinamoto secukup rasa
minyak untuk menumis

cara membuatnya:

1. Tumbukkan semua bahan-bahan di atas kecuali garam dan ajinamoto la..
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
3. Tumis sampai naik bau, kemudian masukkan terung, belacan, sos tiram, garam dan ajinamoto.
4. Kalau rasa nak berkuah, masukkan sedikit air. Dah masak, siap untuk dihidangkan untuk famili tersayang.

Resepi Kangkung Goreng Belacan Ala Kasih Salina


kangkung goreng belacan ni sedap dan menyelerakan makan dengan nasi putih panas-panas..


Bahan-Bahan:

Seikat kangkung (beli di pasar atau tanam sendiri)
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit cili besar
1 biji cili padi
1/2 s/k belacan
garam secukup rasa
ajinamoto secukup rasa
sedikit air (jika nak ada kuah sikit)
sedikit minyak

potong semua bahan-bahan tadi seperti gambar di atas..panaskan kuali, masukkan minyak, tumiskan semua bahan-bahan tadi, kecuali belacan, garam & ajinamoto.

belacan tu dibancuh dengan sedikit air supaya tak berketul-ketul. Kemudian, masukkan kangkung, garam, ajinamoto dan belacan ke dalam kuali.

kacau sampai rata dan terus angkat. jangan terlalu layu sangat kangkung tu, nanti tak sedap nak makan..dah siap sedia untuk dimakan bersama family tersayang..

Khabarnya Fasha Sandha Akan Menjadi Bakal Pengantin 2012

Siapa tak kenal dengan si jelitawan Fasha Sandha ni kan? Cantik, anggun dan menawan yang menjadi kegeliaan si jejaka Malaysia. Sama ada gosip atau sememangnya betul, kasih salina tak tahu lah kan yang mana terdengar khabarnya, tahun depan aktres ini bakal menamatkan zaman solo. Betul atau tidak tu kasih salina tak pastilah. kita tunggu dan lihat tarikh bahagia yang bakal Fasha Sandha umumkan nanti ye..

agak-agaknya siapalah jejaka bertuah tu ye, mesti bukan calang-calang orang yang bakal menjadi suami aktres ni, maklumlah orang cantik mesti cari jejaka yang setaraf kan..apa2 pun, semoga Fasha bahagia la nanti.
sebelum Fasha bergelar isteri orang, jom kita layan dulu gambar-gambar beliau. Kredit gambar kepada oh bulan.






Gambar Anak Marion Caunter Dan SM Nasaruddin

saat bahagia Marion Caunter & SM Nasaruddin ketika diijab kabul dan sah bergelar suami isteri. sama cantik dan sama padan.


Wajah Marion Caunter ketika mengandungkan bayi perempuan sulungnya, Leia Rose Caunter Nasarudin.



Inilah dia si bayi comel Leia Rose Caunter Nasarudin, anak perempuan Marion Caunter dan SM Nasaruddin. Cute miut muka anak kacukan ni. Bayi comel ni dilahirkan 16 Desember 2011.

Tuesday, December 20, 2011

Messi atasi Neymar

Messi bersalaman dengan Neymar - REUTERS
- Piala Kelab Dunia di antara Barcelona dan Santos di Jepun baru-baru ni yang akhirnya mempertemukan Lionel Messi-Neymar dalam final.

- Apapun Messi jauh mengatasi Neymar dari segi skill yang dipamerkan dengan menjaringkan 2 gol cantik apabila membantu kemenangan 4-0 Barcelona di Jepun.

- Messi disifatkan jelmaan Maradona. 

- Ini kejuaraan kedua Barcelona dalam kejuaraan kelab dunia ini dalam tempoh 3 tahun. Pada 2009 menang ke atas Estudiantes.


- Neymar direkrut kelabnya sekarang iaitu Santos sejak beliau berusia 11 tahun lagi pada tahun 2003, dianggap pemain muda paling menyerlah ketika ini di Brazil, baru berusia 19 tahun.

- Neymar pula dianggap jelmaan Pele.

- Neymar, sibuk dikaitkan dengan kelab kaya Eropah, dengan Barcelona dan Real Madrid antara pasukan yang tak terkecuali. Apapun dia masih muda, 5 tahun lebih muda dari Messi. Messi pun pada usia Neymar baru nak menyinar, tunggu lagi 2-3 tahun lagi jika kena gayanya, bermain dengan kelab terbaik dunia, maka Kasih Salina yakin Neymar akan berdiri sama tinggi dengan Messi seperti mana Messi sering 'dibandingkan' dengan Ronaldo (Real Madrid).

Monday, December 19, 2011

Doa Supaya Dapat Membayar Hutang



Kita sebagai manusia, harus berusaha untuk melepaskan diri daripada hutang.



Maksudnya:

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...