Friday, August 3, 2012

Sangat Bahaya: Facebook tempat intip bekas kekasih





Salam Ramadhan Semua,
 
Aku amat setuju jika ada pendapat yang menyatakan Facebook banyak membawa keburukkan daripada kebaikan. Daripada Facebook juga boleh mewujudkan persengketaan, ada sesetengah orang add  friends tapi tak mengenali pun orang tersebut. Saja suka-suka, entah apa tujuannya. Ini samalah juga dengan kajian yang di Ottawa di mana kira-kira sembilan daripada 10 pengguna Facebook menggunakan kemudahan rangkaian sosial itu untuk mengintip aktiviti bekas kekasih masing-masing.

Tesis sarjana seorang mahasiswa Universiti Ontario Barat menunjukkan, 88 peratus pengguna Facebook memeriksa halaman bekas kekasih mereka untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Kajian mendapati, ramai pengguna Facebook mendaftar masuk ke laman sosial popular itu menggunakan akaun rakan mereka bagi memudahkan aktiviti mengintip dilakukan.


Sesetengah mereka juga memadamkan gambar yang boleh mengingatkan kepada detik bercinta.

Sebahagian pengguna Facebook pula membaca kembali catatan yang dimuatkan dalam akaun bekas kekasih masing-masing.


Selain itu, ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk merosakkan hubungan bekas kekasih dengan orang lain. Penulis tesis itu, Veronika Lukacs, berkata dia membuat analisis mengenai Facebook kerana ia memberi kesan sosial yang serius. Kata Veronika, 25. hampir setiap pengguna Facebook melakukan aktiviti mengintip bekas kekasih itu. “Kajian sama menunjukkan, 48 peratus pengguna Facebook terus bersahabat dengan bekas kekasih mereka, manakala 74 peratus pula cuba mengetahui setiap perkembangan buah hati bekas kekasih mereka,” katanya. - DM (Metro)
 
 
 

3 comments:

NEKCIK said...

mula mula intai intai..kemudian ketuk ketuk..lepas tu drama bersiri pulak..isteri orang..suami orang..hingga jauh pelayarannya..rumahtangga tunggang langgang..
ingatlah... Allah sentiasa memerhati segala ketidakjujuran itu..dan setiap perbuatan itu akan ada balasannya..kalau tidak di dunia..disimpan diakhirat nnti..akibat menzalimi suami atau isteri masing masing...sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak..insyallah..semuga dilindungi Allah dari segala jenis kemungkaran!!

miss daya said...

agree!! ramai my friends yg stalk ex diorg haha ;p

dear anies said...

bkn fb je kak,laman sosial yg lain pon sm jg

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...