Salam Ramadhan Semua,
Bulan Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya, mesti dah tak sabar-sabar nak balik beraya di kampung kan.. Aku ler tu..kikiki.. Kami nak balik kampung Khamis malam, hubby kata penat balik siang, baik balik malam la sejuk sikit. Tahun ni giliran balik beraya di Terengganu la yer.. sebab tahun lepas dah balik Kuching. Kalo balik Kuching rimas dan risau jer rasa sebab ada connecting flight dari Alor Setar ke KL tu yang lecehnya. Ni balik Ganu free & easy jer rasa (alasan la tu).
Barang-barang semua belum packing lagi nih, tu yang aku nak kemas-kemas rumah dulu kasi clear dan bersih sebersihnya. Walaupun nak balik beraya di kampung rumah pun bersih dulu, langsir pun basuh juga. Kalau dah namanya aktiviti mengemas ni memang memenatkan, nasib baik hubby ringan juga kudrat dia mahu menolong vakum rumah dan basuh langsir.
Semua habuk-habuk bawah kerusi dah sedut habis dengan vakum, banyak giler habuk, geram aku menengoknya, yang paling aku tak tahan habuk-habuk bawah tikar sarawak ni lah, habuk-habuk tu masuk ikut celah-celah lubang. Hubby aku dah berapa kali cakap tak payah pakai dah tikar sarawak ni tapi degil nak pakai jugak. Sebabnya aku memang suka dengan tikar ni, unik dan menarik bagi pandangan mata aku walaupun tikar sarawak ni mengumpul habuk-habuk. Cakap suka pakai tikar ni kan, tapi tiap kali mengemas rumah, tikar sarawak ni lah yang aku selalu bebelkan.
Sahabat-sahabat alam maya camne? dah kemas rumah ker?
6 comments:
belummmmmmmmm
kemas juga...peti ais lama tak berbasuh pun dibasuh juga...he he he
Selamat Hari Raya buat salina sekeluarga...
p/s..akak pun dah siap kemas rumah wpun nak balik beraya kat kampung...:)
lampu lip lap x pasang lagi nih
gilamodified.blogspot.com
cantik tikar sarawak ni....
Tk x kemas lg...excitednya dgr org nak blik kampung.
Post a Comment