Raya ke-4 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Sambil menjamu selera |
Pantai Batu Buruk adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal khususnya di bandar Kuala Terengganu ni. Terletak lebih kurang 1 kilometer dari pusat bandar, pantai yang bersih dengan butiran pasirnya yang halus memang akan memukau mata memandang, menjadi tempat riadah pilihan ramai dan menikmati keindahan lautan yang terbentang luas.
Pada Hari Raya ke-4 baru-baru ini, kami ke sini kerana ingin berehat dan bersantai di tepi pantai. Maka di sinilah pilihan utama kami. Memang ramai kat sini pada musim Raya berbanding hari biasa. Mungkin perantau mengambil peluang melepas rindu dendam dengan pantai ni. Ramai yang bawa keluarga dan anak-anak kecil.
Anak-anaklah yang paling seronok, bebas main pasir |
Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara yang menarik semestinya Nasi Dagang, Nasi Ayam Yunan, pelbagai masakan panas dan betul-betul di tepi pantai (di seberang jalan dari pantai) terdapat makanan laut bersalut tepung yang digoreng rangup, atau dikenali sebagai Seafood Celup Tepung.
Ada yang sedap, ada yang biasa-biasa aje..pilihlah ikut citarasa |
Seafood Celup Tepung bermula dengan harga RM2 secucuk, biasanya yg macam fishball dan fishcake yang kita biasa tengok tu, yang lain kami pilih sotong besar (yang saiz sederhana), dan udang goreng. Total RM17. Sotong ikut saiz RM4 hingga RM8 kalau tak silap. Kalau udang RM3-4 macam tu.
Untuk minuman, kami ambil 2 gelas air setiap satu RM1.50 (kalau kat sini mahal laa..), biasanya RM1 jer segelas tu, itupun pendek jer gelasnya. Sebotol minuman seperti Coke dijual RM2.50..memang mahal kan!
Kat belakang tu, banyak betul jual layang2... |
Si Adik kusyuk bermain pasir |
13 comments:
salam salina....
selamat hari raya untuk salina sekerluarga...!!!!!eeee.....bestnya
melepak kat pantai camni heeee...!!!
salam lebaran salina...akk dah lama tak g pantai batu buruk, dulu masa sekolah selalu jugak melepak kat sana...kiranya akk ni otai pantai batu buruk tu laa....hihihii
Selama hari raya...maaf ye kalau ada terkasar bahasa..
Kakain blm pernah lagi sampi ketrengganu...kasiankannn
Kak Yan..Best dpt ucapan lagi..terasa dekat jer..
Wah, memang best, angin sedap jer..ramai giler org lepak..mungkin perantau yg nk lepas rindu..
Liza ni otai pantai rupanya..baru tau ni..
kak ain, kalau ada plan nk ke Terengganu..jgn lupa bgtau awal..
assalam kasih salina..seronok kan dapat bersantai ditepi pantai..raya keempat pun dah ada jual makanan macam ye salina..ditempat acik banyak kedai tutup lagi
bestnya dapat lepak kat pantai camni
selamat hari raya kak salina..
sempat tu g pantai raya2 ni yek! hehe
seronok kan sekali sekala ambil angin laut..selamat ari raya..
TerimA KASIH semua..meriahnyer ucapan..tak terbalas dengan kad Raya..
pernah p sana sekali thn 2005 masa lawan autoshow
Salam dan selamat hari raya kak Salina.
Dah lama sangat tak pergi PBB ni, kali terakhir rasa masa umur 12 tahun, jadi 10 tahun lepas la, nak gak tengok macamne bentuk tempat tu skarang sebab bandar Kuala Terengganu memang transform habis.
ehem..mama pernah kesana..auntie mama org sana..wah bestnya salina berjimba2 kat pantai dihari raya..
Post a Comment