Roh Pulang ke Bumi di Bulan Puasa
Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.
Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita, sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sumber

7 comments:
Doa kakak tak putus buat arwah mak kakak setiap kali solat atau bila ada lintasan ingatan di kepala akan dia..
tq share kak..
alhamdulillah,selalu,boleh kata setiap hari berdoa utk arwah ayah dan mak...lamanya kak tak pernah beraya dgn mak,ayah ni..sbb dah berpuluh thn mereka pergi..nak raya dgn mak mertua thn ni,tapi tiba2 aje mak mertua pg singapura dgn tiba2..beraya dgn anaknya di sana..semoga mak bahagia..
tq mmengingatkan ye!
salam Ramadhan. semoga Allah mengampuni ruh muslimin Dan muslimat yg telah pergi terlebih dahulu.
Doa tak putus buat arwah kakak.. sedih la pulak huhuhu
** tak masak kak.. tunjuk2 je :)
semoga kita sama2 jadikan ingatan...TQSM 4 sharing...
Post a Comment