Sunday, February 3, 2013

Wartawan Malaysia Mati Tertembak Di Lubnan


Wartawan Malaysia Mati Tertembak Di Lubnan

Wartawan Malaysia Claudia Theophilus, 42, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lubnan, Sabtu.

Duta Besar Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan berkata menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lubnan.

"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.

Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lubnan.

Laporan media menyebut mangsa tiba di Lubnan pada 28 Jan lalu untuk melawat kawannya di negara itu.

Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang 'bermain' dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.

Mendiang pernah bekerja dengan akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini.


-- BERNAMA

Nur Fathia Bangkit Semula


Nur Fathia Bangkit Semula


FATHIA mula mencuri tumpuan apabila selepas muncul dalam iklan syampu Sunsilk, dirinya dilamar sebagai pelakon. Bermula dengan drama rantaian Hani, namanya mula menjadi sebutan apabila berlakon drama Nur Kasih memegang watak Nabila iaitu sahabat Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah.

Bagaimanapun, baru mengecap populariti, Fathia mencetuskan kontroversi apabila mengamuk di lokasi dalam insiden baling telefon kepada pengarah Along Kamarudin ketika penggambaran drama Stanza Cinta pada 2011.

Bangkit daripada kesilapan, Fathia kembali mendapat kepercayaan penerbit dengan watak lebih mencabar. Kebolehannya terus diuji dengan membintangi filem Al Hijab dan bakal muncul dalam filem Darah Panas dengan karakter lebih mencabar apabila diberi watak gadis naif yang dijadikan pelacur.

Anak sulung daripada empat beradik ini mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pernah dicalonkan dalam senarai Top 5 Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) bersama Tasha Shila, Izara Aishah, Neelofa dan Najwa Latiff.


Biodata
Nur Fathia:
 
Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang

Drama: Stanza Cinta, Joe & Faridah, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut, Cinta Halal, Bertaut Kasih, Tongkah Arus Dosa
 
 
 
 

Buat Apa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0


Belilah apa yang patut...
Fakta: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekod kutipan cukai RM125 bilion tahun 2012.

1. Dengan BR1M, berbelanjalah secara berhemah di KR1M...


2. Dengan BR1M, gunalah untuk mendapatkan lesen memandu di bawah BL1M...


3. Dengan ada BR1M, jangan pula lupa ke K1M...


Bukan apa, uniknya nama 1Malaysia boleh jadikan pelbagai akronim yang sedap dan canggih bunyinya malah ada yang menyamai perkataan yang sedia ada. Contoh PR1MA iaitu Program Perumahan 1Malaysia bunyi macam 'prima' atau prime, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) seperti slim, MR1M (Menu Rakyat 1Malaysia), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PR1M) dan lain2 sekadar guna 1Malaysia sebagai satu perkataan penuh.

Apapun, penggunaan 1Malaysia semaksimum mungkin, boleh jadi akan mendatangkan 'kebosanan' atau 'kekeringan idea' dalam meletakkan 1Malaysia sebagai satu bentuk penjenamaan.




Saturday, February 2, 2013

Nazmi Faiz Mansor Pemain PKNS



Silap mata atau satu kesilapan?
Nazmi Faiz Mansor adalah antara pemain yang berbakat dan bagus selain Wan Zack Haikal (yang ni antara pemain muda bagus). Rata-rata pemain muda kita nampak bersemangat tinggi. Tak ramai ada bakat hebat dan dapat menimba ilmu di negara yang berpaksikan bola sepak seperti England, Sepanyol, Itali dan Jerman. Malah Portugal pun tak terkecuali, di mana Beira-Mar memberi peluang dan ruang kepada Nazmi untuk mempamerkan bakat hebatnya.

Pun begitu, Nazmi menjelaskan bahawa keputusannya meninggalkan kelab Portugal, S.C Beira-Mar adalah atas kehendak sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Tindakannya pulang ke tanah air memang mengejutkan penyokong setia bola sepak Malaysia dan pemerhati sukan, 


Nazmi Faiz kini sah pemain PKNS dengan jersi bernombor 33.

Gambar Majlis Akad Nikah Liyana Jasmay dan Fathuddin


Gambar Majlis Akad Nikah Liyana Jasmay dan Fathuddin

Dengan dua kali lafaz, pasangan Liyana Jasmay, 25, dan Fathuddin Mazlan, 29, selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Seri Pasific kira-kira pukul 10 pagi.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388. 













 
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang.

Selain wang hantaran, antara barangan lain yang diberikan Fathuddin kepada Liyana termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, tas tangan dan set barangan kemas.

Manakala Liyana membalas hantaran berupa kasut Prada, dompet, jam tangan Tag Heuer, manisan, tepak sirih dan juga cincin.

Liyana dan Fathuddin tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rona putih rekaan Jovian Mandagie manakala Fathuddin segak berbaju Melayu dari rona sedondon.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Sumber: mStar dan rotikaya


Gambar Anak Baru Norman Hakim dan Memey



Gambar Anak Baru Norman Hakim dan Memey
 
Tahniah kepada pelakon Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Memey telah selamat melahirkan anak lelaki pada jam 9.55 malam, 1 Februari 2013 di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak.

Bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim itu dilahirkan secara normal dan ia dua minggu awal dari tarikh Memey dijangka bersalin.
"Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan," 
kongsi Memey yang turut ditemani oleh Danish yang merupakan anak sulung Norman bersama Abby.

Anak lelaki yang baru dilahirkan itu merupakan anak keempat Norman Hakim. Sebelum ini, dia telah memiliki tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya bersama Abby Abadi.
 
 
 
 

Resepi Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api, Air Tangan Datuk Dr Fazley

Nasi AYam Salai Lemak Cili Api Dr. Fazley yang berharga RM 8.70

Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api, Air Tangan Datuk Dr Fazley

Peminat yang mengimpikan untuk merasai resipi daripada air tangan Juara Masterchef Selebriti Malaysia, Datuk Dr Fazley Yaakob boleh memenuhi impian berkenaan selepas beliau menghasilkan menu terbaharu iaitu Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api.

Menurut Fazley, menu itu digabungkan dengan masakan Negeri Sembilan yang dihidangkan dalam bentuk ayam salai bersama masak lemak cili api, sambal merah dan sambal terung hijau, sup serta beberapa ketulan nasi yang di gumpal seperti bebola.

“Ia adalah masakan berbeza yang saya ilhamkan sendiri dalam usaha saya untuk mengangkat makanan Negeri Sembilan ke peringkat antarabangsa,” kata Fazley selepas majlis memperkenalkan menu itu di restoran My Mom's Chicken Rice (MMCR) milik pengacara Linda Onn cawangan Ampang di sini pada Khamis.

MMCR satu-satunya restoran yang menyediakan menu berkenaan hasil kerjasama Fazley dan Linda untuk tempoh tiga bulan. Ia dijual dengan harga RM8.70 sepinggan.

Menariknya, ayam untuk resipi tersebut dipanggang terlebih dahulu manakala kuah masak lemak yang dimasak berasingan akan dituang di atasnya ketika hendak dihidangkan.

Resepi Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api ini sebagai memenuhi impian peminatnya yang sering meluahkan hasrat untuk menikmati makanan daripada air tangannya sendiri selepas beliau menjadi juara dalam pertandingan Masterchef Selebriti.

Buat masa ini beliau melakukan kolaborasi dengan menyediakan resipi berkenan di restoran milik Linda Onn cawangan Ampang dan akan meneruskan ke restoran-restoran terpilih tidak lama lagi dengan resipi berbeza.

Selain itu Fazley akan menghasilkan sebuah buku masakan iaitu Dari Rembau ke Padang pertengahan Jun depan yang turut menyediakan aplikasi video bagi pengguna telefon pintar. Pemilik telefon berkenaan boleh mengimbas menu-menu terpilih untuk melihat bagaimana beliau menyediakan resipi berkenaan dalam bentuk video suara.


mStar

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...