Thursday, September 13, 2012

Bagaimana Rasulullah Memakai Cincin?



Bagaimana Rasulullah Memakai Cincin?


Soalan:

Bagaimana cara memakai cincin yang mengikut sunnah? Memakai di tangan kanan atau kiri dan di jari mana?


Jawapan:

1. Memakai cincin harus di tangan kanan dan juga tangan kiri.

Menurut Imam an-Nawawi; “Telah ijmak para ulamak bahawa harus memakai cincin di tangan kanan atau tangan kiri. Di sebelah mana kita memakainya tidaklah dimakruhkan.”
- (Syarah Soheh Muslim).

Merujuk kepada hadis-hadis, terdapat hadis menceritakan Nabi memakai cincin di tangan kanannya dan ada juga hadis baginda memakainya di tangan kiri.


2. Dalil keharusan memakai cincin di tangan kanan ialah:

a) Dari Saidina Ali r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai cincinnya di tangan kanannya”.
- (Riwayat Imam at-Tirmizi)

b) Hammad bin Salamah menceritakan; “Aku telah melihat Abi Rafi’ memakai cincin di tangan kanannya, maka aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Lalu ia menjawab; ‘Kerana aku telah melihat Abdullah bin Jaafar r.a. (seorang sabahat) memakai cincin di tangan kanannya dan ia (yakni Abdullah) berkata kepadaku; ‘Adalah Rasulullah s.a.w. memakai cincin di sebelah tangan kanannya’”.
- (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad).


3. Adapun dalil bagi tangan kiri;

a) Dari Anas dan Ibnu Umar keduanya menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincin di tangan kirinya”.
- (Riwayat Imam Muslim dari Anas dan Abu Daud dari Ibnu Umar)

b) Dari Jaafar bin Muhammad yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Adalah Hasan dan Husain (cucu Nabi), kedua-dua mereka memakai cincin di tangan sebelah kiri mereka.”
- (Riwayat Imam at-Tirmizi. Kata Imam at-Tirmizi, hadis ini soheh).

Menurut ulamak; Kemungkinan kedua-dua mereka telah melihat datuk mereka (yakni Nabi s.a.w.) memakai cincin di tangan kiri, lalu mereka mengikutinya.


4. Mana yang paling baik, memakainya di tangan kanan atau di tangan kiri? Menurut Imam Nawawi; ulamak-ulamak Salaf ramai yang memakainya di tangan kanan dan tidak kurang ramai juga yang memakainya di tangan kiri. Imam Malik menyukai memakainya di tangan kiri dan ia memakruhkan memakainya di tangan kanan. Di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie terdapat khilaf; ada yang menyukai di tangan kanan dan ada yang menyukai di tangan kiri. Namun yang rajih ialah; memakainya di tangan kanan kerana cincin adalah perhiasan, maka tangan kanan lebih mulia dan lebih berhak diberi perhiasan dan dimuliakan dari tangan kiri.
- (Syarah Soheh Muslim)


5. Mengenai jari pula, sepakat para ulamak menyebutkan; sunat cincin dipakai di jari kelingking berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincinnya di jari ini, sambil beliau (yakni Anas) menunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya”.
- (Riwayat Imam Muslim)

Terdapat hadis melarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah, iaitu hadis dari Saidina Ali yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah menegahku dari memakai cincin di jari ini atau jari sebelahnya, sambil ia (yakni Ali) menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya.”
- (HR Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai)

Namun menurut ulamak; Larangan di dalam hadis di atas adalah larangan makruh, bukan larangan haram.
- (Syarah Soheh Muslim)


6. Bagi kaum wanita, harus memakai cincin pada mana-mana jari tanpa makruh.
- (Syarah Soheh Muslim, Tuhfah al-Ahwazi, 'Aunul-Ma'bud)

Wallahu a’lam.


Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Juz. 14, kitab al-Libas wa az-Zinah, bab Fi Khatam al-Wariq Fassuhu Habasyiy.
2. Tuhfah al-Ahwazi, juz. 4, bab Karahiyati at-Takhattum fi al-Usbu’aini.
3. ‘Aunul-Ma’bud, juz. 9, bab Ma Ja-a Fi Khatamil-Hadiid.


Credit to: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Wednesday, September 12, 2012

Mad Markets Bersama Hanis Zalikha


Blogger Selebriti
Mad Markets, sebuah shopping travelogue yang dihoskan oleh blogger terkenal Hanis Zalikha mula malam ni jam 10.30 malam di TV9. Rancangan ni membolehkan Hanis Zalikha berjalan, bershopping dan makan-mana di serata negara di Asia. Tercapai impian Hanis Zalikha untuk menjadi hos dengan konsep rancangan seperti yang Hanis Zalikha impikan. Shopping, Dining dan Travelling secara FREE!
Apapun tunggu episod 1 malam ini, kita tengok sejauh mana keupayaan Hanis Zalikha yang sendirinya mengaku gementar. Apapun dia akan ke Hong Kong pada ketika kita menunggu siarannya malam ini dalam Mad Markets.




 
 

Lirik Lagu Muara Hati – Siti Nurhaliza & Hafiz | OST Adam & Hawa


Demam Drama Adam & Hawa makin terasa kehangatan dan semestinya ramai yang layan drama ni sebab hero nya Aaron Aziz bukan! hoho.. termasuk la aku & hubby duk layannnn jugal la cite Adam & Hawa ni.. Romantik gitu, lagu tema yang berjudul Muara Hati ni pun kena jer dengan ceritanya dan merupakan gandingan mantap Siti Nurhaliza & Hafiz. Suka sangat-sangat lagu ni, kakak pun siap menari-menari & ulang-ulang dengar lagu Muara Hati nih..

Jom layan video klip 'Muara Hati'

 

Lirik Lagu Muara Hati – Siti Nurhaliza & Hafiz | OST Adam & Hawa

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta


Ingat Allah Dalam Sembahyang

 Ingat Allah Dalam Sembahyang

Rasulullah S.A.W bersabda “Tiada sesuatu yang diperolehi oleh seseorang hamba dari sembahyangnya, melainkan apa yang dibuatnya dengan akal yang penuh kesedaran (hati). Sesungguhnya seseorang yang menunaikan sembahyang itu, adakalanya sembahyang, tetapi tidak dicatat baginya satu perenam atau satu persepuluh darinya dari sembahyang itu.”
Tanpa ingatan kepada Allah swt semasa melakukan ibadah sembahyang, sembahyang itu kosong isinya. Pahala yang diberikan bergantung kepada selama mana dan sebanyak mana ingatan kita kepada Allah dalam melakukan sembahyang.
Hassan al-Basri r.a. pernah berkata yang maksudnya 
“Setiap sembahyang yang tidak disertai oleh hati yang hadir, maka lebih cepat ia mendapat seksa”.
Sembahyang sepatutnya mendekatkan seseorang kepada rahmat (kasihan belas) Allah swt, tetapi sembahyang yang dilakukan tanpa ingatan kepada Allah lebih dekat kepada seksaannya.
Imam al-Ghazali berkata ” Dan yang paling penting diberi perhatian di dalam sembahyang ini ialah khusyuk atau hadir hati bersama dengan bacaan dan zikir”. 

Hendaklah “hadir hati” iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Bagi orang awam, hendaklah cuba sedaya upaya untuk ingat Allah semasa sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan balik kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain). 

Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepatlah kembalikan ingatan kepada Allah.
Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.


Sumber

Kereta Zed Zaidi Dicuri Depan Rumah



Menurut dari sumber Mstar, pelakon Zed Zaidi kehilangan kereta kedua kesayangan dipercayai dicuri dalam kejadian di Kondominium Perdana View, Damansara Perdana di sini, petang Selasa.

Zed menyedari kehilangan kereta itu ketika pulang dari sebuah pusat beli-belah bersama isteri, Natalia Mustafa Kamil, 29, dan anak mereka Ryan Ziqry yang baru berusia dua bulan.
“Semasa pulang bersama keluarga, saya mahu melihat kereta kedua saya sebelum masuk ke kondominium dan mendapati ia hilang sedangkan kuncinya berada dalam simpanan isteri saya.

“Ia diletakkan di tempat letak kereta luar kondominium kerana pihak pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal.” 

Zed yang enggan memberitahu jenis kereta itu berkata, ia merupakan kejadian kedua selepas kehilangan sebuah kereta Toyota pada tahun 2007.

Dia turut kecewa kerana alat pengesan yang dipasangnya dalam kereta itu tidak berfungsi selain beranggapan penjenayah berkenaan mempunyai kepakaran dalam mencuri kenderaan.

Saturday, September 8, 2012

Kisah di Kenduri Sama Kak Nani Mak Hanis Zalikha

Di majlis perkahwinan anak kenalan rapat suami..
Kenangan kenduri pada Aidilfitri ke-7
Cerita ni cerita dalam bulan Syawal, harapnya tak basi lagi.
Pada Raya ke-7, kami ke kenduri anak perempuan kenalan rapat suami seorang pensyarah di UUM di Kangar, Perlis. Suami memang sangat rapat, rasanya seperti keluarga angkat dengan keluarga mereka ni.

Kami baru jer sampai di Kedah sehari sebelum kerana wajib hadir kenduri ni, lagipun ini anak sulung dan satu-satunya anak perempuan.
Tetamu ramai tapi tak sesak sebab kami pilih masa yang 'tepat' untuk datang lewat sikit dari peak hour, maklumlah tuan rumah ni bukan calang-calang.

Ketika sedang menjamu selera, suami aku ternampak seseorang...

"Yang, tu Hanis Zalikha lah..pi lah bergambar dengan dia". Sambil dia memuncung mulut ke arah seorang gadis yang sedang membasuh tangan. 

"Oh, tengok dari tepi macam dia". Balas aku balik sebab aku sempat tengok dia dari arah belakang. Gadis tu nampak macam Hanis Zalikha, blogger terkenal tu. Gadis tu baru nak menjamu selera.

Sampailah suami aku dah habis makan, dari tadi lagi dia asyik pandang kat gadis jelita tu, kata-katanya seperti berseloroh. Berkali-kali dia kata ayat hampir sama.

"Yang, memang macam Hanis lah." Masa tu gadis tu memang dah nak bangun dari tempat duduk, hadir dengan keluarga yang besar, berpakaian sedondon.

Kalau tak silap pakaian kaler ni lah yang datang segroup, ramai-ramai yang aku tak perasan petang tu, ambik lauk selepas aku! Gambar kredit untuk Hanis Zalikha Raya 2012.


"Eh bang, betul lah tu Hanis!" Lantas aku bingkas bangun, hampir berlari anak untuk ke meja Hanis. Siapa tak kenal Hanis Zalikha melalui blognya http://inibelogsaya.blogspot.com 

Ya, aku cam benar, Hanis selepas tengok seorang lagi rupawan disebelahnya, siapa lagi kalau bukan mak Hanis Zalikha. 

"Kak Nani!" Separuh jerit ku dalam hati. Kak Nani juga blogger terkenal dengan blognya Model-80an di http://nanirostam.blogspot.com 

Inilah Kak Nani, masih cantik lagi...
Aku terus bersalam-salaman dengan Hanis dan Kak Nani, cuma tak sempat bergambar dengan Hanis sebab dia bergegas bergambar dengan pengantin baru (kecewa habis aku). Tapi sempat pulak beramah mesra dengan mamanya, Kak Nani yang kelihatan anggun tu.

"Kak Nani cantik nampak mudalah, berapa umur?" Pergh..stret jer soalan aku petang tu, tanya umur orang terkenal tak tapis-tapis. Tapi memang Kak Nani ni sangat ramah, lembut jer tutur katanya dan masih cantik lagi.

Kak Nani tergelak, tersipu-sipu dengan soalan stret aku tu.

"Muda apanyer, dah 50-an nak dapat cucu dah pun...". Memang terpegun aku dengan keanggunan Kak Nani yang seperti baru berusia 40-an, senang cakap nampak muda 10 tahun jer.

Kak Nani asal Johor, manakala suami dia asal Alor Setar. Hadir kenduri tu sebab menziarahi rumah bapa saudara Hanis yang tinggal berdekatan rumah pengantin.

Sempat bersembang dengan mama Hanis Zalikha, tak sempat pulak nak kejar Hanis untuk bergambar. Suami aku jenis sporting, suruh aku pi jer kat Hanis tu, tapi dah agak jauh di hujung khemah sebab diorang nak balik. Cuma Kak Nani jer tertinggal...






Agaknya Apa yang Difikirkan Pada Masa Itu





Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.

"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.

Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.

“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.

Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.

"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.

Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.

"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya. SINAR HARIAN


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...