Monday, December 19, 2011

Tanyalah Ustaz TV9 - Sempurnakah Solatku Bersama Ustaz Zaharuddin

 HUKUM MENINGGALKAN SOLAT

Para ulama' telah sepakat mengatakan bahawa sesiapa yang ingkar kepada hukum wajib sembahyang, maka dia akan menjadi kafir dan dihukum murtad. Ini kerana kewajipanya telah disabitkan kepada dalil Al-Quran, Sunnah serta Ijma' Ulama'. Hukum menunaikan sembahyang adalah wajib ke atas setiap muslim yang telah berakal, baligh dan berada dalam keadaan suci. Bagi sesiapa yang meninggalkannya kerana malas dan menganggapnya satu perkara remeh dan sering meninggalkannya, maka dia akan digelar sebagai seorang yang fasik dan penderhaka. Bersabda Rasulullah, 'Yang membezakan seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang'.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda, 'Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya'. (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)

Firman Allah, 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang'. (Al-Mudassir : 42-43)

Bersabda Rasulullah, 'Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya'. (H.R. Ahmad)

Sumber: Doa Harian 
Bahagian 1: Tanyalah Ustaz TV9 Bersama Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman 
Dengan Tajuk Sempurnakah Solatku 9 Desember 2011

   


Bahagian 2: Tanyalah Ustaz TV9 Bersama Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman 
Dengan Tajuk Sempurnakah Solatku 10 Desember 2011



Bahagian 3: Tanyalah Ustaz TV9 Bersama Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman 
Dengan TajukSempurnakah Solatku 11 Desember 2011

Sunday, December 18, 2011

Petua Menajamkan Gunting

Biasanya gunting yang dah lama kita pakai dan guna akan menjadi tak tajam dah bila lama kita menggunakannya..nak dibuang terasa sayang la pulak kan, maklumlah, benda yang dah lama kita guna, mestilah sedap dan selesa menggunakannya.Di sini kasih salina nak kongsi 2 petua supaya gunting lama boleh kembali tajam.

Petua No.1 

Ambil mana-mana botol kaca yang ada kat dapur kita jer, contohnya, botol kicap, botol sos, botol air gas dan sebagainya, asalkan botol tu kaca. Kemudian, ambil gunting dan leretkan mata gunting tu kat atas botol. Leretkan dari bahagian dalam gunting sampai ke bahagian hujung gunting. Dengan maksud yang mudahnya, gunting je botol kaca tu macam kita menggunting kertas. Buat beberapa kali sampai gunting menjadi tajam.

Petua No.2
Cara kedua ialah, ambil beberapa helai daun sireh (atau dalam 5 helai) dan gunting daun sireh tersebut dengan gunting yang tak tajam tadi. Gunting jer daun sireh tu berulang-ulang kali sampai hancur daun sireh tu pun takpe. Buat la berulang-ulang kali sampai gunting tu kembali tajam.



Saturday, December 17, 2011

Resepi Ayam Goreng Berempah


Bahan-Bahannya:

1/2 ekor ayam

Bahan A

3 biji bawang putih
8 biji bawang merah
1 cm halia
3 batang serai
*Bland kesemua bahan2 A di atas


 Bahan B

1 sb cili kering kisar/ cili boh
1 sb serbuk kari daging
1/4 sk serbuk jintan putih
1/4 sk serbuk jintan manis
1/4 sk serbuk ketumbar
1/4 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara membuatnya:
  1.  Bersihkan ayam dan potong sederhana besar.
  2. Masukan semua bahan di atas ke dalam bekas ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaulkan sebati dan  perap selama 1 jam.
  3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam periuk.Guna periuk supaya senang untuk goreng macam deep frying. Guna kaedah deep frying supaya ayam masak elok sekata dan lebik enak gituuu..hihi..
  4. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  5. Dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan. 
kalau ke kedai mamak tu, memang ayam ni la yang kasih salina suka makan.

Doa Mohon Kedudukan Yang Lebih Baik Setelah Berusaha

 
Jika hidup anda masih susah, kekurangan serba-serbi, selalu dipandang hina atau ingin mendapat peluang yang baik dalam karier. Setelah puas berusaha dengan bersungguh-sungguh tetapi masih tidak juga berjaya atau berubah. Usaha yang bersungguh-sungguh mestilah diiringi dengan doa memohon kepada-NYA baru mendapat keberkatanNya. 

Dah lama kasih salina mencari doa yang sebegini untuk dihafal & mengamalkannya. Alhamdullilah, akhirnya jumpa juga dengan izin Allah s.w.t.

Dibaca tiga (3) doa dibawah ini sebanyak tiga (3) kali pada waktu pagi dan pada waktu malam, insyaAllah, Allah SWT akan menyempurnakan nikmat pemberian kepada mereka yang mengamalkannya.

Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah dengan redha-Mu kelemahan itu, tariklah menuju kepada kebaikan, jadikan agama Islam puncak kesukaanku. Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku ini hina, maka angkatlah darjatku ini, sesungguhnya aku miskin, maka berilah kekayaan kepadaku, ya Tuhan yang sangat kasih dan sayang kepada hamba-Nya."
Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku hadapi pagi hari yang Engkau berikan inii dengan kenikmatan serta afiah dan tertutup rapi, maka sempurnakan nikmat-Mu untukku serta afiah dan tutupan Engkau di dunia dan di khirat."


Maksudnya:

"Tuhanku adalah Allah, aku berserah diri kepada-Nya, tiada tuhan melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri dan Dia adalah Tuhan 'Arasy Yang Besar, tiada tuhan kecuali Allah Yang Maha Tinggi serta Maha Besar. Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan terjadi. aku mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu berkuasa ke atas segalanya dan sesungguhnya Allah telah meliputi segala sesuatu itu dengan pengetahuan."

Baucar Buku RM 200 Boleh DiGuna Mulai 1 Jan - 31 Mac 2012


gambar kredit - utusan online

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata baucar buku RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi mulai tahun depan akan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bagi mengelak ia dipalsukan. Menurut beliau juga, seramai 1.3 juta penuntut yang berdaftar sebagai pelajar aktif untuk tempoh Januari-Mac tahun depan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik dan pelajar Tingkatan Enam, sama ada sepenuh atau separuh masa layak untuk mendapat baucar tersebut.

Seorang penuntut akan mendapat empat baucar bernilai RM50 sekeping dan boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program tersebut dan hendaklah digunakan bagi membeli buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan pengajian masing-masing. Tempoh sah laku baucar tersebut hanya selama tiga bulan iaitu bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan.

Hikmat Ayat 1000 Dinar

Didinding-dinding restoren orang Islam selalunya tergantung ayat 1000 dinar yang tulisannya terang dan jelas untuk dibaca, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju.  Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. 

Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Makanya, kita mesti memahami maksud bertaqwa dan bertawakkal terlebih dahulu. Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. 

Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar. 

 

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

 

Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis. Di kala kita dalam kesusahan yang seperti dialami oleh pelajar-pelajar di Mesir yang terkini terkepung. Ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dibaca dan dihafal sewaktu dalam keadaan darurat.


Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.


Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.


Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.


Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.


Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.


Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah dihafalkan dan fahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan. Jazakallah Khairan. 
  
Sumber : resepirahsiaku.com 

Wednesday, December 14, 2011

Panduan|Tips Memilih Isteri Cantik


Kasih Salina Nak berkongsi tips ni sikit..


Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. 

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.
Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.
Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.
Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...