Showing posts with label Tips dan Petua dirumah. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua dirumah. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Tip Dan Petua Cili Kering Kisar Tahan Lama

Cili kering yang belum diksar
Ada orang lebih mengemari cili kering kisar buatan sendiri lagi berbanding yang beli di kedai, bimbang juga apa yang dicampur di dalamnya jika dibeli di kedai. Boleh dikatakan cili kisar kerap digunakan dalam masakan. Bagi mereka yang ingin membuat stok cili kering kisar yang banyak dan kekal lama, masukkan sekurang-kurangnya tiga sudu makan minyak masak, sedikit cuka dan garam ke dalam cili yang akan dikisar. Cili kisar boleh disimpan dalam tempoh yang lama dan tidak berbau. Simpan di dalam peti sejuk.


Tips dan Petua Berpindah ke Rumah Baru

 Tips dan Petua Berpindah ke Rumah Baru mengikut cara Islam yang kita hendaki dan bukannya tabur garam sekeliling rumah, beras jampi, letak lilin tengah-tengah rumah dan apa-apa lagi sewaktu dengannya. Perkara yang paling penting sekali ialah kena mengikut panduan dan cara Islam, bimbang jika apa yang kita lakukan akan menjadi khurafat. Beriukut adalah doa yang dibaca ketika nak pindah ke rumah baru:

Doa Semasa Berpindah Rumah Baru:
Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada bersabda:

إذا ولج الرجل بيته فليقل اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسمالله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا ثم ليسلم على أهله

(رواه أبو داود)

Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepada Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah seseorang itu memberi salam ke Atas keluarganaya.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Jika rumah yang hendak dimasuki itu tidak ada orang yang berada di dalamnya, maka berilah Salam ke ataas diri sendiri dengan mengucapkan:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين


Ertinya: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sahih.” Adapun salah satu hikmat membaca atau menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumah Itu adalah supaya mengindarkan syaitan turut masuk dan bermalam di dalam rumah.

Berikut adalah beberapa perkara yang sepatutnya diamalkan serta sesuai dengan ajaran Islam serta sunnah Rasulullah SAW ketika melangkah memasuki rumah baru :-

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-’Ammar) yang suka tinggal di rumah yg tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
“janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimanapu ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.

walahualam.

Sunday, December 18, 2011

Petua Menajamkan Gunting

Biasanya gunting yang dah lama kita pakai dan guna akan menjadi tak tajam dah bila lama kita menggunakannya..nak dibuang terasa sayang la pulak kan, maklumlah, benda yang dah lama kita guna, mestilah sedap dan selesa menggunakannya.Di sini kasih salina nak kongsi 2 petua supaya gunting lama boleh kembali tajam.

Petua No.1 

Ambil mana-mana botol kaca yang ada kat dapur kita jer, contohnya, botol kicap, botol sos, botol air gas dan sebagainya, asalkan botol tu kaca. Kemudian, ambil gunting dan leretkan mata gunting tu kat atas botol. Leretkan dari bahagian dalam gunting sampai ke bahagian hujung gunting. Dengan maksud yang mudahnya, gunting je botol kaca tu macam kita menggunting kertas. Buat beberapa kali sampai gunting menjadi tajam.

Petua No.2
Cara kedua ialah, ambil beberapa helai daun sireh (atau dalam 5 helai) dan gunting daun sireh tersebut dengan gunting yang tak tajam tadi. Gunting jer daun sireh tu berulang-ulang kali sampai hancur daun sireh tu pun takpe. Buat la berulang-ulang kali sampai gunting tu kembali tajam.



Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...