Monday, December 3, 2012

Jambu Batu Jeruk Madu



 Inilah rupanya Jambu Batu Jeruk Madu tu, ada sape-sape pernah makan ker? Sebungkus tu RM 5, ada tiga biji, besar-besar juga buahnya. Rasanya memang sedap & manis sangat-sangat. Buah jambu jeruk madu ni datangnya dari Thailand, aku beli masa pi Danok ritu. Kalo pi sana tak sah kalo tak beli jambu batu jeruk madu nih.



Inilah rupanya bila dah potong-potong, bila makan terasa keranggupan buahnya jambu..




Resepi Ikan Bakar Berempah


Ikan bakar berempah sebelum dibakar

Resepi Ikan Bakar Berempah

Resipi : Ana Suzana
sumber : K.Nor@SecubitGaram / DayangJack
 
Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap/kerapu/bawal (dibersihkan) - aku guna ikan talapia pun sedap jugak.
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)~ takde daun kunyit, aku bubuh bunga kantan macam Ana buat.. hihi..
2 helai daun limau purut (diracik halus)

Bahan-bahan dikisar bersama:


3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)~ 

1 sudu besar rempah kari ikan 
3 sudu makan air asam jawa ~ resepi plak diganti dgn 2 ketul kiub tomyam knorr
1 sudu besar kicap pekat ~ Aku tak masukkan
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas 

gula dan garam secukupnya
sedikit air



 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  2. Sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. (Aku guna pemanggang ajaib jer dan taburkan bunga kantan & daun limau purut).
  3. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit. Aku tak perap & terus bakar dalam pemanggang ajaib.
  4. Kemudian bakar ikan sehingga masak.


Tip Memilih wangian Yang Sesuai Dengan Kita

Bottle perfume - Foto: imanshowcase

Tip Memilih wangian Yang Sesuai Dengan Kita


1. Tiga Haruman Sahaja - Dinasihatkan mencuba tiga wangian sahaja pada satu-satu masa bagi mengelak terjadinya kelemahan rangsangan apabila menghidu berkali-kali hingga akhirnya memilih pewangi yang salah untuk 'bergaya'. 

2. Sembur Minyak wangi di kepingan kertas - Jangan sembur minyak wangi d ipergelangan tangan sebaliknya sembur lah di kepingan-kepingan kertas khas yang disediakan sebelum menghidunya. ni kalo test perfume mahal boleh la kan!

3. Biarkan Seketika - Selepas membuat semburan, sebaiknya tunggu beberapa saat bagi mengelak bau alkohol yang pertama. Ia bertujuan untuk mengelak kekeliruan antara haruman yang kurang digemari. 

4. Elak Menggosok - Apabila menyembur haruman pada tangan, biasanya kita akan menggosok-gosoknya dengan kedua pergelangan. Teknik tersebut kurang sesuai dipraktikkan kerana jika ia dilakukan secara serta merta, bau yang pelik akan timbul sekaligus mengubah wangian asal pewangi berkenaan.

5. Peruntukkan Masa - Seeloknya biarkan lima hingga sepuluh minit untuk menghidu wangian dari bahagian atas.


 
Mingguan wanita 


Sunday, December 2, 2012

Resepi Sate Daging



Resepi Sate Daging
Resepi: Potret Kasih
 
Bahan-bahan:
  • 1 kg isi ayam/daging batang pinang} dihiris kepingan
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar minyak masak
  • lidi sate
  • minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)
Bahan dikisar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 biji buah keras
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 4 cm halia
  • 2 batang serai
  • 4 cm lengkuas
  • 1 sudu besar ketumbar } disangai
  • 1 sudu kecil jintan manis } disangai
  • 1 sudu kecil jintan putih } disangai

Cara-Cara: 

  1. Campurkan gula, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
  2. Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam.
  3. Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
  4. Macam biasalah sate pasti sedap & lazat disajikan sersama kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila sate dibakar.




Tahniah Izyan: Juara MasterChef Malaysia 2


Saat manis Izyan dinobatkan sebagai juara Masterchef 2

Tahniah Izyan: Juara MasterChef Malaysia 2

Akhirnya MasterChef Mlalaysia 2 sudah pun melabuhkan tirai dan sekali lagi tahniah buat Izyan, 25 yang merupakan seorang Pegawai Geoligi merangkul gelaran Juara MasterChef Malaysia musim ke 2. 
Izyan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi MasterChef. Tahniah juga kepada Along dan Ah Hong,  mereka berdua juga adalah antara yang terbaik tapi tuah milik Izyan.


Saat debaran menunggu permarkahan daripada juri yang merasa masakan

Chef Izyan ke ni? Eh! Sekali pandang macam Chef Dr. Ezani pun ada kan..

Izyan sedang menyediakan pemanis mulut


Foto: FB MasterChef




Resepi Biskut Semperit

Biskut Semperit

Biskut Raya: Resepi Biskut Semperit

Bahan-bahan:

200 gram mentega
100 gram gula
2 biji telur
100 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
50 gram tepung kastard
100 gram tepung ubi 
Sedikit esen vanila

Cara membuatnya:

  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati. Kemudian, masukkan telur dan pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan kesemua jenis tepung dan esen vanila lalu digaul sehingga sebati.
  3. Tekan di dalam acuan semperit dan hiaskan.
  4. Bakar biskut pada suhu 180 darjah Celcius selama 15 minit.


Saturday, December 1, 2012

Doa Tidak Dimakbulkan




Doa Tidak Dimakbulkan

Kadang kita berburuk sangka dengan Allah tanpa kita menyedarinya. Sudah banyak kali kita berdoa. Tapi mengapa doa kita tidak kunjung dimakbulkan. Tak kan Allah tidak dengar doa kita sedangkan Allah Maha Mendengar. Mungkin ada yang salah dengan doa kita.

Doa kita tidak akan dimakbulkan jika minda kita tidak percaya apa yang kita minta. Doa kita tidak akan dimakbulkan jika hati kita tidak rasa apa yang kita minta. Doa kita tidak akan dimakbulkan jika komitmen kita tidak dijalankan dengan sepenuhnya.

Apa yang kita minta, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, dan apa tindakan yang kita lakukan, disitulah kunci makbul. Itulah sunnatullah. Ada sebab, ada akibatnya.

Jika kita minta dengan jelas, seiring dengan apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan, dan komitmen dengan tindakan yang kita lakukan, ianya akan membuka pintu rezeki atau peluang seperti yang kita kehendaki. Kadang-kadang peluang itu datang daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
"Dan dia memberi rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak menjangkakan. Dan sesiapa mempercayakan (tawakkal) kepada Allah, Dia akan mencukupnya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran bagi segala sesuatu."
(Surah at-Talaq ayat 2-3)

Teringat pada satu kisah penduduk Basra yang pada masa itu sedang dilanda masalah sosial. Kebetulan mereka didatangi oleh ulama besar yang bernama Ibrahim bin Adham. Penduduk Basra pun mengadukan nasibnya kepada Ibrahim bin Adham.
"Wahai Abu Ishak (gelaran Ibrahim bin Adham), Allah berfirman dalam al-Qur'an agar kami berdoa. Kami penduduk Basra sudah bertahun-tahun berdoa, tetapi mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah?".

Ibrahim bin Adham menjawab, "Wahai penduduk Basra, kerana hati kalian telah mati dalam sepuluh perkara. Bagaimana mungkin doa kalian akan dimakbulkan oleh Allah?".

  1. Kalian mengakui kekuasaan Allah, tetapi kalian tidak memenuhi hak-hak-Nya.
  2. Setiap hari kalian membaca al-Qur'an, tetapi kalian tidak mengamalkan isinya.
  3. Kalian selalu mengaku cinta kepada Rasul, tetapi kalian meninggalkan sunnahnya.
  4. Setiap hari kalian membaca ta'awuz, berlindung kepada Allah dari syaitan yang kalian sebut sebagai musuh, tetapi setiap hari pula kalian memberi makan syaitan dan mengikut langkahnya.
  5. Kalian selalu mengatakan ingin masuk syurga, tetapi perbuatan kalian justeru bertentangan dengan keinginan itu.
  6. Kalian takut masuk neraka, tetapi kalian justeru mencampakkan diri kalian sendiri ke dalamnya.
  7. Kalian mengakui bahawa maut adalah satu kepastian, tetapi pada kenyataannya kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  8. Kalian sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, tetapi terhadap kesalahan sendiri kalian tidak mampu melihatnya.
  9. Setiap saat kalian menikmati kurniaan Allah, tetapi kalian lupa mensyukurinya.
  10. Kalian sering menguburkan jenazah saudara kalian, tetapi kalian tidak mengambil pelajaran daripadanya. 
 
"Wahai penduduk Basra, ingatlah sabda Rasulullah saw, "Berdoalah kepada Allah, tetapi kalian harus yakin akan dimakbulkan. Kalian harus tahu bahawa Allah tidak berkenan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan main-main".
 
 
 

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...