Thursday, September 6, 2012

Penyanyi Anuar Zain Masuk UUM Sesi Ini


Foto UUM Online

Siapa kata dah terkenal tak boleh dah nak pasang impian masuk ke menara gading?

Haa, itulah yang akan dibuktikan oleh penyanyi tersohor tanah air, Anuar Zain tapi bukan sebagai pelajar baru Universiti Utara Malaysia (UUM), tetapi akan mengadakan persembahan sempena Konsert DiRaja Menjunjung Kasih 2012  bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang bakal berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, UUM pada 15 September ini.

Konsert ini adalah sebenarnya satu kelangsungan diadakan bersempena dengan Hari Pengasasan Universiti seperti sebelum ini.

Tuanku Canselor UUM, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong  ke 14, berkenan untuk berangkat menyaksikan konsert ini nanti.

Konsert ini yang akan berlangsung selama sejam setengah itu bakal menyaksikan Anuar menyampaikan enam lagu hits beliau iaitu Ketulusan Hati, Lelaki Ini, Kau Bunga Cintaku, Ajari Aku, Cinta Harus Memiliki dan Sedetik Lebih.

Masih ada lagi bagi yang nak buat tempahan atau pembelian kupon berharga RM30 dan RM50.








Semua Dosa diampunkan kecuali Dosa Syirik





ALLAH pengamun segala dosa. Jangan putus harap dengan ALLAH.

Az-Zumar [53] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Semua dosa diampunkan kecuali dosa syirik.

An-Nisa [116] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Orang yang mati dalam syirik masuk neraka sekalipun syirik kecil.Contoh syirik kecil seperti mengatakan “makan panadol boleh sembuh penyakit”. Hakikatnya ALLAH yang menyembuhkan. Syirik ini boleh disettlekan dengan istigfar.

Syirik yang paling besar ialah KAFIR. Namun orang kafir yang masuk ISLAM dihapuskan segala dosanya sebelum masuk ISLAM. Buka buku baru.

Bertaubatlah dan menyesal, berazam tidak buat lagi. Sekiranya “terbuat” lagi, taubat lagi. Selagi nyawa masih ada(belum dihalkum) atau selagi qiamat belum tiba.

Kembalilah pada ALAH dan RASUL, jangan sakiti orang ISLAM yang lain, samada dengan anggota, mulut.


Sumber



Kek Lapis Kukus Cream Cheese




Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Resepi : Kak Yatie - Sinar Kehidupanku

Bahan A :
250 gm cream cheese

60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.


Bahan B - Kek Coklat.
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar @ cair
1/2 cwn minyak jagung @cmasak
1 cwn tepung gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder


Cara :

  1. Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum, b.soda dan b. powder yang telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:

  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....

 
 

Wednesday, September 5, 2012

Aaron Aziz ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Esok


Dengan gaya korporat...sesuai dengan persekitaran UUM
Mesti bising pelajar UUM yang minat dengan pelakon kacak Aaron Aziz, kerana mereka belum lagi kembali ke kampus untuk pendaftaran masuk semester baru yang dijadualkan Jumaat ini. Aaron akan muncul di majlis Perasmian Penutup Bengkel Kesedaran HIV AIDS di Universiti Utara Malaysia (UUM) esok. 

Malam ini Aaron dijangka sampai di Alor Setar dalam jam 9.30 pm dan melalui Tweeter nya pada jam 8 lebih tadi, turut mengesahkan. 

Kehadiran artis popular tersebut pada majlis berkenaan sebagai tetamu kehormat selebriti riben merah. Majlis berkenaan dijadual bermula pada pukul 4 petang dan bakal berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Kegiatan Pelajar UUM di Sintok, Kedah. Turut dijadual hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Prof. Dr. ISmail Baba dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak.





Adam dan Hawa Mustika HD Merapu


Adam dan Hawa hanya sebuah adaptasi
Satu siri adaptasi novel yang menjadi bualan ramai, kerana melibatkan Aaron Aziz!
Tapi kini yang menjadi bualan hangat sebab ramai yang mengeluh apabila siri ni cuma disiarkan di Astro Mustika HD!

Dah namanya, Astro. Itupun belum tentu semua rumah ada.
Dah namanya Beyond. Itupun belum tentu semua pelanggan Astro upgrade kepadanya.
Dah namanya Beyond, tak guna juga kalau TV kat rumah bukan jenis LCD atau LED.
Dah namanya pun Mustika, tak langgan pun tak guna juga ada Astro pun...
Dah namanya pun Mustika HD, kalau tak langgan Beyond pun tak guna juga...
Dah apa yang aku merepek ni? Bukan aku yang merepek..Astro yang sebenarnya mengarut!

 
Sinopsis dari versi NOVEL:

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
 
 
 

Kenangan Aidilfitri di Terengganu



Kamila, Salina, Kashif
Hari ni baru 18 Syawal..masih tempoh beraya lagi kan..? Hik2..Rasanya tak terlambat kot untuk aku berkongsi gambar Raya famili di sini. 

Raya kami di Terengganu baru-baru ni biasa ajer. Boleh lah nak tengok2 gambar famili aku di Terengganu. Ramai rakan juga bertanya, mana gambar Raya, beraya di mana..dan ada yang tak terbalas SMS..jadi sedikit gambar kenangan untuk dikongsikan. Jika korang ada blog, jika ada gambar Raya yang sudi dikongsikan, bolehlah tinggalkan link sekali di ruangan komen.

Mak dan bapak aku (tengah-tengah kerusi), adik beradik dan ipar




Semua dah kepenatan, lewat sangat bergambar...huhu
Mengabadikan kenangan di sebuah perkampungan FELDA
Lepas makan-makan, si Adik muncung mulut

Ok tu jer, so kenangan Raya aku bersama blogger terkenal (wanita) akan aku update selepas ini, nak tau siapa...tunggu!




Monday, September 3, 2012

Pelajar Baru UUM 2012

Selamat Datang! Itu ungkapan buat pelajar baru di kampus UUM, Sintok Kedah awal pagi semalam.
Minggu suaikenal atau orientasi akan diadakan pada 3-8 September 2012.

Kemeriahan seperti pesta di kampus hijau UUM, sesak dengan kenderaan seawal pagi.
Ibu bapa atau waris sibuk...
Pelajar baru juga sibuk, ada yang resah...
Urusetia dan pegawai universiti lagi sibuk...
Staf keselamatan tidak terkecuali, mengawal lalulintas, panduan jalan dan parkir...juga sibuk dalam kepanasan. Panas, ya memang panas.

Harapan?
Seribu harapan sejuta impian.
Harapan ibu bapa dan waris agar si anak berjaya dan tidak leka
Itulah harapan sebenar...membawa seribu harapan yang lain...tak cukup dengan kata-kata...





Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...