Saturday, August 11, 2012

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan



Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan


Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.

Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!

Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Tips

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.
 
 
 
 
 

Friday, August 10, 2012

Dah Habis Shopping Kelengkapan Raya ke Belum


Gambar raya tahun 2011, balik beraya di Kuching.

Salam Ramadhan semua,

Hari ni dah 20 ramadhan, persiapan untuk menyambut Syawal pasti semakin rancak kan.., kami sekeluarga cuma ala kadar jer. Baju raya anak-anak yang paling awal dibeli, susah juga nak cari baju yang berkenan, bukannya apa masa nak shopping tu malam jer boleh, kalau siang-siang memang aku malas nak ke shopping complex.. 

paling senang dan cepat memilih ialah hubby la, dia pilih baju melayu pun jap jer dia pilih dan terus sambar, ye lah baju orang lelaki mana ada design macam-macam yang memeningkan kepala untuk memilih. Baju budak-budak plak punyalah mahal banding dengan baju orang dewasa. Aku punya part tudung jer belum beli lagi.

Lepas ni nak jenguk kuih muih la plak rasanya, ke mana nak dituju pun belum tahu lagi. Kereta pun belum servis lagi ni. Macam-macam nak kena pikir sebelum bercuti, duit macam air jer mengalir keluar. Dalam pada sibuk membuat persiapan raya jangan dilupakan amal ibadah juga, terutamanya 10 malam terakhir ni.

Thursday, August 9, 2012

Makanan Untuk Penjagaan Rambut




Makanan Untuk Penjagaan Rambut

Penjagaan dan kesihatan rambut juga adalah penting dan perlu dititik beratkan tak kira perempuan mahupun lelaki. Bayangkan kalau kita takde rambut disebabkan kerosakkan dan kurangnya penjagaan yang rapi malu la kan! Kalau aku biasanya selalu gatal kulit kepala, nak kata ada kelemumur takde lah pulak. Kulit kepala aku jenis kulit kepala yang berminyak, so sekali sekala tu kalau sental dengan limau nipis tu akan rasa lega la jugak. Petua limau nipis dan santan kelapa aku selalu juga amalkan.
 
 
Telur – Asingkan antara putih dan kuning telur, kemudian ambil kuning telur dan sapukan pada rambut anda. Biarkan selama 15 hingga ke 25 minit. Seterusnya, bilas rambut anda menggunakan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Rambut anda akan lebih bersinar.

Madu - Campurkan 2 sudu besar madu lebah dengan 2/3 cawan minyak zaitun, kemudian urut ke rambut dan bungkus dengan menggunakan penutup rambut (showercap) selama 40 minit. Seterusnya, bilas dengan air bersih. Ia mungkin melekit pada rambut anda.


Limau Nipis - Ia cara terbaik untuk masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak. Lumurkan limau nipis pada rambut anda. Biarkan selama 25 hingga 35 minit. Kemudian, bilas rambut anda menggunakan air bersih.

Santan Kelapa - Santan kelapa boleh membantu untuk memastikan kelembapan rambut anda dan menyuburkan rambut. Cuci rambut anda menggunakan santan kelapa. Biarkan ia selama 45 minit hingga 1 jam mengikut keselesaan. Kemudian, bilas menggunakan air bersih.

Kacang Hijau - Kacang hijau boleh melebatkan pertumbuhan rambut anda. Rendamkan kacang hijau semalaman. Kemudian picitkan kacang hijau yang sudah lembut dan sapukan di atas kulit kepala. Biarkan selama 45 minit. Kemudian bilas rambut anda dengan air bersih.
 
 


Setiap Tahun Pasti Dato' Siti Menunaikan Umrah Di Bulan Ramadhan




SEJAK kali pertama menunaikan umrah pada bulan Ramadan beberapa tahun lalu, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 33, berdoa agar setiap tahun dia akan kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadat puasa di sana.

Doa yang dipanjatkan sekali lagi dimakbulkan Yang Maha Esa apabila pada hari ni, 9 Ogos, wanita kaya sifat rendah diri itu bakal berangkat ke Makkah dan dijadualkan kembali ke tanah air sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Hati Siti terpaut saat kali pertama berpeluang menunaikan umrah pada bulan Ramadan. Satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata dan hanya mereka yang pernah mengalaminya saja yang tahu.

“Di Makkah, kita tidak fikir hal lain melainkan beribadat. Masih segar dalam ingatan Siti berbuka puasa di Masjidil Haram walau hanya dibekalkan yogurt, roti dan kurma tidak seperti juadah di sini yang penuh meja tetapi ia sudah cukup mengenyangkan.

“Makanan yang sedikit itu rasanya sangat nikmat. Selain itu, kelebihan menunaikan solat di Makkah dijanjikan pahala berlipat ganda,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Jerat Percintaan itu.

Nazmi Faiz Berpuasa di Portugal


Bersama rakan sepasuka Rafael Batatinha dalam bilik persalinan
Penyokong sempat bergambar kenangan dengan pemain import Beira-Mar (Nazmi Faiz lah)
Nazmi berdiri baris tengah dari kiri sekali
Dengan harapan mencipta nama di perantauan dan membawa nama Malaysia
Sudut pandang depan
Pada saat kita menjalani ibadah puasa di tanahair, seorang anak muda kita berada di perantauan dengan suasana dan persekitaran yang berlainan dan sudah pasti mencabar. Di Portugal, segala-galanya sangat asing bagi beliau, siapa lagi kalau bukan pemain bola sepak berbakat Nazmi Faiz Mansor. Kini Nazmi giat berlatih dengan pasukan barunya Beira-Mar FC sepanjang bulan Ramadhan ini, dan kemungkinan beliau tidak balik ke Malaysia untuk menyambut Aidilfitri kerana liga utama Portugal akan memulakan aksi pertama dalam bulan ini juga.

Semoga adik Nazmi ni tabah, kuatkan semangat, kekalkan jati diri-agama-dan bangsa.



Resepi Mee Bandung






MEE BANDUNG

Bahan-Bahan:

500 gm mee kuning (dicelur)
250 gm ayam (dipotong kecil)
200 gm udang (jika suka)
Fish ball
2 s/b pes cili kering
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 mangkuk stok ayam
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji telur 
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
Sedikit taugeh

bawang goreng
cili merah (mayang)
Garam, sedikit gula & minyak masak

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & pes cili kering hingga garing.
2. Masukkan ayam, sos tomato, sos cili dan sos tiram.
3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
3. Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang, sawi, & taugeh, garam dan sedikit gula. Biarkan masak selama 2 minit.
5. Masukkan telur dan tak perlu kacau.
5. Bila dah masak tuangkan kuah atas mee yang dah dicelur terlebih dahulu.
6. Taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang goreng.


Wednesday, August 8, 2012

Jagalah Lidah Dari Mengumpat dan Mencaci



…. dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Hujraat:12)

Jagalah lidah daripada mengumpat. Pada zaman Rasulullah (saw), dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan keperitan kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa berita ini ke pengetahuan Nabi (saw), lantas baginda mengirimkan sebuah mangkuk dan menyuruh mereka muntah ke dalamnya. Apabila kedua-duanya memuntahkan isi perut mereka ke dalam mangkuk, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan darah. Para sahabat terperanjat besar, lalu sabda Rasulullah (saw): “Mereka berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mereka mengumpat semasa sedang berpuasa, maka keadaan puasa mereka menjadi semakin payah. ” Oleh sebab itulah kedua-dua wanita itu hampir-hampir menemui maut.

Mengumpat ialah menceritakan keburukan seseorang di belakangnya, walaupun perkara itu benar.
Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: “Apakah itu mengumpat?” Rasulullah (saw) menjawab: “Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka.” Selanjutnya Sahabat itu bertanya: “Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?” Rasulullah (saw) menjawab: “Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya.
Larilah daripada mendengar perbualan mereka yang sedang mengumpat atau bela orang yang diumpat.
Rasulullah s.a.w bersabda “Siapa yang melihat saudara seagamanya diumpat dan dia tidak menolong saudaranya padahal dia boleh melarang atau menyokong saudaranya, maka Allah akan menghinanya di dunia dan akhirat” (Riwayat Ibnu Ad Dunya dari Anas) 
Rasulullah (saw) telah bersabda “Mengenai mengumpat, kedua-dua pengumpat dan orang yang mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa.
Mengumpat adalah satu dosa besar dan hanya orang yang diumpat sahaja boleh memaafkan dosa mengumpat itu. Kesan daripada perbuatan mengumpat adalah sangat buruk. Diantara contohnya ialah; boleh memusnahkan sesebuah rumah tangga atau merosakkan imej seseorang.

Mengumpat hanya dibenarkan sekiranya perlu untuk menyelamatkan seseorang daripada sesuatu penipuan atau kejahatan, namun kejahatan itu tidak boleh diceritakan secara terus-terang.
An-Nisaa [148]….Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Dalam surah Al-Humazah pula diceritakan tentang seksa yang bakal diterima oleh pencaci dan pengeji.
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. (4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (5) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); (6) Yang naik menjulang ke hati; (7) Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. / (9)

Sumber
 


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...