Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Gambar Keakraban Siti Nurhaliza Bersama Anak Tiri



 Gambar Keakraban Siti Nurhaliza Bersama Anak Tiri 

Sejak Siti Nurhaliza bertudung ala-ala Hana Tajima gitu, beliau makin nampak manis, berseri-seri dan kelihatan makin muda. Penghijrahan kepada bertudung penuh sempena sambutan hari lahir beliau pada Januari lepas bagaikan memberi khabar gembira buat peminat beliau yang sekian lama menginginkan Siti berhijab penuh.

Keakraban Siti bersama anak-anak tiri, anak Datuk K dan Tengku Zawiyah memang tidak boleh disangkal lagi dan kelihatan anak-anak Datuk K bersama-sama Siti menghadiri majlis-majlis tertentu. 

Begitu juga anak-anak Datuk K menyifatkan Siti seorang yang ‘chill’ dan ‘relax’, tidak pernah marah dan penyabar, biar dengan orang gaji sekalipun, dia tidak pernah meninggikan suara. Siti juga dikatakan tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh mengguris perasaan mereka tidak pernah cuba untuk mengambil peranan ibu kandung mereka.




Baca di SINI juga: 

Anak Tiri Siti Menyifatkan Beliau Seorang yang Baik dan Tak Pernah Marah 



Tuesday, January 15, 2013

7 Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Sekitar Sambutan Hari Lahir ke-34

Siti Bertudung gaya Hana Tajima gitu, comel..

7 Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Sekitar Sambutan Hari Lahir ke-34
Selamat Hari Lahir ke-34, nampak lebih muda dan remaja jer siti dengan penampilan terbaru beliau. Sempena ulang tahun kelahiran siti yang ke-34, beliau membuat satu penghijrahan dengan mengenakan hijab yang bertutup penuh dan takde jambul-jambul rambut depan dah..






Agaknya wartawan tu mesti tanya, ni Datuk Siti ke Hana Tajima.. (Siti mesti tergelak kecil dengar soalan tu..) Tak sangka jugak bila Siti Nurhaliza dan bertudung penuh ni memilih gaya bertudung ala-ala Hana Tajima gitu.. So sweet kak Siti Nurhaliza. Lepas ni mesti meletop plak gaya bertudung Hana Tajima versi Datuk Siti..




Friday, August 17, 2012

Gambar Siti Nurhaliza Umrah 2012


Bertuahnya kenangan sebegini diabadikan di Tanah Suci Mekah pada setiap tahun
Tetap di hati...
Ceria
Berseri...

Thursday, August 9, 2012

Setiap Tahun Pasti Dato' Siti Menunaikan Umrah Di Bulan Ramadhan




SEJAK kali pertama menunaikan umrah pada bulan Ramadan beberapa tahun lalu, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 33, berdoa agar setiap tahun dia akan kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadat puasa di sana.

Doa yang dipanjatkan sekali lagi dimakbulkan Yang Maha Esa apabila pada hari ni, 9 Ogos, wanita kaya sifat rendah diri itu bakal berangkat ke Makkah dan dijadualkan kembali ke tanah air sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Hati Siti terpaut saat kali pertama berpeluang menunaikan umrah pada bulan Ramadan. Satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata dan hanya mereka yang pernah mengalaminya saja yang tahu.

“Di Makkah, kita tidak fikir hal lain melainkan beribadat. Masih segar dalam ingatan Siti berbuka puasa di Masjidil Haram walau hanya dibekalkan yogurt, roti dan kurma tidak seperti juadah di sini yang penuh meja tetapi ia sudah cukup mengenyangkan.

“Makanan yang sedikit itu rasanya sangat nikmat. Selain itu, kelebihan menunaikan solat di Makkah dijanjikan pahala berlipat ganda,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Jerat Percintaan itu.

Saturday, August 4, 2012

Anak Tiri Siti Menyifatkan Beliau Seorang yang Baik dan Tak Pernah Marah




'Mak Iti tak pernah marah', itulah ungkapan ikhlas dari dua orang anak tiri Dato' Siti Nurhaliza, iaitu Muhammad Ashraf, 20, dan Muhammad Aazief, 14.

Seiring saja jawapan saudara kandung itu, enam tahun bintang ternama berkenaan mengahwini bapa mereka, sepanjang tempoh itu tidak pernah sekalipun Siti dilihat dalam keadaan marah atau melenting. Sifat tenang dan sabar Siti membuatkan mereka amat menghormati dan mengaguminya.

“Mak Iti seorang yang ‘chill’ dan ‘relax’. Tidak pernah marah dan penyabar.
Biar dengan orang gaji sekalipun, dia tidak pernah meninggikan suara,” kata Ashraf.

Aazief iaitu anak bongsu Datuk K pula menambah: “Dia seorang yang baik dan mempunyai kesabaran luar biasa. Bukan itu saja, Mak Iti saya sifatkan sebagai seorang pendengar dan penasihat yang baik. Saya tidak pernah rasa kekok untuk bercerita dengan Mak Iti kerana dia boleh menerima apa saja isu yang diperkatakan.”

Memilih persalinan merah cili dan ‘maroon’ lengkap bersamping, Ashraf dan Aazief, antara anak Datuk K yang paling rapat dengan Siti yang dipanggil mereka Mak Iti sehinggakan pada majlis penting membabitkan karier ibu tiri mereka, Ashraf dan Aazief pasti hadir memberi sokongan.

Malah, mengimbas kembali detik bersejarah Siti dan Datuk K disatukan pada tanggal 21 Ogos 2006, pernah wajah comel Ashraf menambat umum kerana kepetahannya serta sikap terbuka menerima dan merestui perkahwinan ayahnya dan Siti.
 

“Sebagai anak, wajib untuk kami menghormati Mak Iti sebagai ibu tiri. Selama berkahwin, dia buat ayah kami gembira dan itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa kasih pada Mak Iti.

“Dia juga tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh mengguris perasaan kami.
Contohnya, dia tidak pernah cuba untuk mengambil peranan ibu kandung kami.

“Iya, sekali sekala Mak Iti akan belanja makan atau beri hadiah berbentuk barangan namun untuk sesetengah perkara, misalnya berkaitan hari raya misalnya, dia selalunya serahkan pada ayah dan ibu kami untuk tentukan.

“Sikap Mak Iti yang lain disenangi, dia seorang yang mengambil berat. Dulu badan Ashraf agak berisi dan dia selalu bagi kata-kata semangat kepada Ashraf untuk menurunkan berat badan,” akui Ashraf.

Selain Ashraf dan Aazief, dua lagi anak hasil perkahwinan Datuk K dan bekas isteri, Tengku Zawiyah Tengku Izham ialah Muhammad Anas (24) dan Muhammad Adib (21). (Metro)


Thursday, July 19, 2012

Comel Dan Bergaya Datuk Siti Di Australia


wahhh..bestnya penyanyi kesayangan ramai ni, dapat melancong ke sana, situ, sini lagi. Baru-baru ni khabarnya Siti Nurhaliza bercuti di Australia bersama peminatnya selama 5 hari yang bertemakan 'Stress-Free Getaway'.. Bertuah badan yer bila dah jadi artis dan usahawan yang berjaya macam Datuk Siti Nurhaliza. Semoga lebih ramai lagi orang Islam yang berjaya macam Datuk Siti, tapi jangan lupa menutup aurat la plak ye. 




Thursday, June 7, 2012

(Gambar) Hebat Siti Nurhaliza Tunggang Motor Berkuasa Tinggi

Nak test tunggang dulu...
Horey..1 Malaysia
Bergaya Datuk K dan Siti ni, jangan main-main...

Ducati tu beb!

Bergaya manja




Monday, May 28, 2012

(Gambar) Comel Siti Nurhaliza Semasa Konsert Mania Final



4 Gambar Comel Siti Nurhaliza Semasa Konsert Mania Final

 Comel Siti Nurhaliza Semasa Konsert Mania Final

Makin dewasa makin comel dan cantik Dato Siti Nurhaliza ni, maka tak hairan la peminat beliau sangat setia mengikuti apa saja perkembangan Siti. Begitu juga, apa saja yang dipakai oleh siti memang kena pada bentuk tubuhnya yang comel itu. Bahkan bakatnya juga amat dikagumi ramai. Dalam Konsert Mania Final, dahsyat juga siti membuat persembahan. 

Kredit Foto: Ryaniez Moments Photography. Jom LIKE FB Ryaniez Moments Photography untuk melihat banyak lagi gambar-gambar artis di sana. Like jangan tak Like..hoho..





Saturday, May 12, 2012

Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Penyampaian Hadiah ABPBH 25 by Blackpepper Production's

Kalau dah namanya Datuk Siti kan, bergaya macam mana sekali pun tetap cantik dan cun melecun.. Serius, memang cantik giler gambar yang di ambil oleh jurufoto Blackpepper Production's Majlis Penyampaian Hadiah ABPBH 25. Kepada peminat Dato' Siti Nurhaliza, selamat menjamu mata ye..




Siti Mahu Hiburkan Peminat di Jalanan Seperti Sudirman Haji Arshad



Penyanyi ternama bernama Datuk Siti Nurhaliza ini sudah memiliki segala-galanya - kemasyhuran dan kemewahan selama 17 tahun menakluk dunia seni tempatan dan Nusantara. Beratus-ratus anugerah dan penjualan album yang memberangsangkan semuanya terpahat kemas dalam direktori seni figura unggul ini. Pun begitu bagi Siti, sebagai anak seni istilah puas hati tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Selagi apa yang diimpikan dan rancangannya belum dapat direalisasikan, selagi itu Siti dia tidak akan duduk diam.

Mungkin impiannya kedengaran mustahil tetapi sebagai penghibur. Terkini petikan dari Utusan Siti mahu mencipta rekod sendiri dengan menghiburkan masyarakat dengan konsert yang akan berlangsung di jalan raya terkemuka negara. Mengakui mengambil inspirasi daripada kejayaan konsert terbuka Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Chow Kit, Kuala Lumpur lebih dua dekad lalu, tetapi kali ini Siti mahu menampilkan kelainan.

Kali terakhir penyanyi tersohor itu mengadakan konsert solo adalah pada tahun 2009 menerusi Konsert Eksklusif Satu di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Mengenai perkembangan lain pula, seperti mana yang pernah diberitahu sebelum ini, Siti kini sedang mencari bahan terbaik untuk album Melayu terbarunya. Untuk itu katanya, dia mengalu-alukan lagu daripada semua komposer tidak kira baru atau lama untuk menyumbang dalam album terbarunya itu.

Sambil menyatakan kekagumannya kepada lagu Terukir Di Bintang ciptaan dan nyanyian Yuna, Siti mahu album terbaru itu berkonsepkan muzik yang digemari oleh khalayak masa kini. Dalam masa yang sama, Siti memberitahu dia akan terlibat dalam sebuah projek album istimewa di mana ia akan dihasilkan dan diterbitkan sepenuhnya oleh karyawan muzik Indonesia.

Selain itu, Siti juga bakal berduet dengan penyanyi dan komposer antarabangsa, Richard Marx selain sedang berusaha mendapatkan khidmat Bruno Mars dan David Foster untuk album Inggeris keduanya kelak. Sambil memanjatkan kesyukuran, Siti menggambarkan usia 17 tahun itu umpama seorang gadis yang dalam proses kematangan sebelum menuju alam dewasa.

Siti juga berkata peminat-peminat beliau cukup hebat dan mereka sanggup bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan sentiasa berpihak kepada Siti. Itu adalah nilai yang cukup tinggi buat seorang penyanyi dan Siti amat menghargainya.

Sempat juga Siti berkongsi cerita tentang percutiannya ke Bogor, Indonesia bagi membuat kejutan buat peminatnya di sana pada hari ulang tahun pembabitannya dalam dunia seni ke-17 yang lalu.

Cerita Siti, saban tahun, ahli kelab peminatnya yang digelar SitiZoners akan berkumpul untuk meraikan sambutan ulang tahunnya sesama sendiri walaupun Siti tidak bersama mereka.

Lalu, apabila mereka berhimpun sekali lagi di Bogor, Siti merasakan adalah lebih baik untuk berkumpul sesama mereka.

Dengan bantuan pengurus peribadi yang juga kakak iparnya, Rozi Abdul Razak, Siti ke lokasi percutian tersebut bersama suaminya.

Pada sidang akhbar itu juga, Siti telah dikejutkan dengan kehadiran 17 peminatnya yang menghadiahkan penyanyi kesayangan mereka itu dengan dua biji kek istimewa sambil diiringi lagu popular Siti, Seindah Biasa.
 
 
 
 

Thursday, May 10, 2012

Aksi Comel Siti Nurhaliza Bertudung di Kelantan



Alahai comelnya Datuk Siti bertudung litup (tapi nampak leher la) semasa uji bakat SimplySiti Star Search di KB Mall, Kelantan. Turut hadir sama ialah Majer David Teo, Khairul Fahmi dan Leuniey yang turun untuk uji bakat SimplySiti Star Search di KB Mall, Kelantan. Syok la ore-ore kelate dapat jumpa Tok Ti ye..








Tuesday, May 8, 2012

Aksi Comel Siti Nurhaliza - Cute Nya Siti


Alahai comelnya Datuk Siti nih.. look nature..senyuman yang cukup memukau. patut la peminat Siti sentiasa menyokong karier beliau..


Cantiknya kasut Siti.. 














Gambar Kredit: FB David Teo

Foto Semasa: Ujibakat SimplySiti Star Search bersama Metrowealth

Bertempat: Berjaya Time Square




Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...