Sunday, December 25, 2011

Kenduri Kawin Kawan Hubby

 Pengantin diarak masuk dalam dewan

 Pengantin nak menjamu selera..


time cuti sekolah camni lah ramai orang buat kenduri kawin sana sini.. kami pun tak terkecuali la jugak dengan jemputan kenduri kawin ni.. mula2 hubby tak mau pergi sebab jauh sangat nak ke alor setar tu.. tambah lagi dengan encik papankey ada kelas plak jam 3 petang.. kesian la plak nk kena rushing ke kelas.
lecturer pun satu hal, ada ke buat kelas time public holiday 25 Desember, raya krismas tu..aishhh..tak patut la kan..


anak2 pulak, masa nak cepat ni la macam2 hal diorang..lastly, kuar rumah dah jam 12.20pm.. dari Changlun ni, 45 minit gak la nak ke Alor Setar tu..nasib baik kami dah familiar dengan area yang nak dituju tu..takde la buang masa nak mencarinya..sampai kat sana terus mengadap makanan..pengantin plak lambat sampai, tak dapat la nak jumpa pengantin coz hubby nak cepat..



anak encik papankey yang sorang ni, punyalah susah nak bergambar dengan dia..lastly, dapat lah snap gambar candid ni.

[Wajah] Datuk AC Mizal & Datuk Yusof Eizlan Yusoff



Personaliti televisyen, Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali dengan nama AC Mizal menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran Datuk. Bintang kebesaran itu disampaikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan. Di majlis yang sama juga, pelakon Eizlan Yusof turut menerima bintang kebesaran yang sama.

Datuk AC Mizal merupakan Pegerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd dan Datuk Eizlan Yusof pula Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn Bhd.


anggun dan menawan wajah seorang wanita yang bergelar Datin Vieshantie Harun

Pengumuman Tarikh Kawin Lisa Surihani Dan Yusry KRU (23 Februari 2012)


Rasanya macam tak lengkap kalau kasih salina tak menulis pasal kisah cinta si jelita dan si jejaka kacak ni. Kasih Salina ada terbaca dalam blog Budiey yang mana Yusry KRU dan Lisa Surihani telah pun mengumumkan tarikh perkahwinan mereka. Mesti ramai peminat dan para media menunggu semasa berlangsung majlis pengumuman istimewa itu kan.

Dengan itu, sahlah pasangan sepadan ini akan bernikah pada 23 Februari 2012 dan majlis resepsi akan diadakan pada 26 Februari 2012. Dalam sidang media yang diadakan di Marriot Putrajaya Resort & Spa pada jam 11 pagi tadi, Lisa turut memberitahu majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Manakala majlis resepsi pula akan berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Saturday, December 24, 2011

Hukum Ucapan Selamat Hari Krismas Dan Perayaan Agama Lain


Soalan: Kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya.

Jawapan:
Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).

Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.

Boleh mengucapkan selamat hari raya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.

Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.

Sumber: Minda Tajdid - sila ke web drmaza.com untuk info & penjelasan yang lebih lanjut..

Anak Didie Alias Bersama Ridzuan Hashim Dapat 8A PMR

Didie Alias bersama anak-anak beliau
 
Ibu mana yang tidak bangga kalau anak berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang. Begitu juga dengan seorang ibu yang dikenali sebagai pelakon dan pelawak, Didie Alias yang bangga dengan kejayaan anak ketiga beliau Nur Dinie Ridzuan, 15 kerana berjaya memperolehi 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan beliau menyifatkan ianya sebagai satu hadiah paling istimewa buat dirinya. 

Didie Alias berkata kejayaan anaknya dalam PMR yang diumumkan Khamis itu bagaikan pengubat kepada semua hasil penat lelahnya selama ini.

Beliau turut menyatakan, ketika nama Nur Dinie diumumkan di dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, Didie sendiri terkejut dan tidak percaya kerana hanya tiga orang sahaja yang diumumkan mendapat 8A.Tahniah buat Didie Alias kerana berjaya mendidik anak beliau dengan cemerlang sekali.

Didie berkata dia sentiasa memantau pembelajaran setiap anaknya biarpun sibuk dengan kerjaya dan beliau sentiasa memantau setiap perkembangan persekolahan dan prestasi akademik anaknya dari semasa ke semasa. Tambah beliau lagi, anaknya menumpukan perhatian sewaktu di sekolah selain mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah.


Selain Nur Dinie, Didie juga mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nur Dania, Muhammad Daniel dan Nur Diyana dan Nur Dayini.

Friday, December 23, 2011

[Menarik] Gambar Datuk Siti Nurhaliza Untuk Cover Majalah GLAM Januari 2012

huhu..inilah wajah penyanyi kesayangan No.1 di Malaysia..Siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza kita yang comel lotel tu..Gambar ni mungkin kesan edited oleh Majalah GLAM ni la kot..tak kesah lah Datuk Ct nak buat ape pun kan, pasti peminat beliau amat menyukainya dengan kelainan yang sebegini rupa.Tahniah buat Datuk Ct kerana berani membuat kelainan.






Resepi Ikan Cencaru Sumbat Ala Kasih Salina

Bahan-Bahan:

2 ekor ikan cencaru (saiz sederhana besar)
- ikan cencaru dibelah belakang
2 s/b kelapa parut
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit belacan (jika suka)
1 biji cili besar
2 biji cili padi
secubit garam
1/2 s/k gula (jika suka manis)

Langkah 1: Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam lesung batu dan tumbuk bagi hancur sikit seperti gambar ni.


 Langkah 2: Kemudian, masukkan bahan-bahan2 yang ditumbuk tadi ke dalam perut ikan yang telah dibelah belakang. just sumbat-sumbat macam tu jer..

Langkah 3: dah habis sesi sumbat menyumbat tu, boleh la dibakar ataupun digoreng ikan cencaru tersebut..kasih salina lebih suka goreng kerna rasa ikan tu lebih ranggup. terpulang pada citarasa masing-masing la kan.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...