Thursday, August 4, 2011

Golden Churn Creamy Butter Yang Digunakan Oleh Pengusaha Kek Lapis Sarawak Sah Ada DNA Babi


Pengusaha Kek Lapis Sarawak Diminta Samak Peralatan Yang Menggunakan Bahan Tidak Halal

Sumber Asal - Utusan Malaysia
KUCHING 3 Ogos – Pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega “Golden Churn Creamy Butter” yang kini didapati mengandungi DNA babi perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pembersihan tersebut atau “menyamak” perlu dilakukan bagi memastikan produk tersebut selepas ini halal dari peringkat pembuatan sehingga dijual ke pasaran terbuka.

"Sekarang sudah sah mentega itu haram. Sesiapa yang pernah menggunakannya perlu samak segala peralatan yang pernah digunakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berjumlah RM51,286 kepada 35 penerima di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi kek lapis yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), pengusahanya tidak perlu menggunakan kaedah pembersihan tersebut.

Daud berkata, pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Sarawak telah diminta supaya menarik balik iklan yang diletakkan oleh premis perniagaan yang memberi jaminan bahawa produk mentega tersebut adalah halal. – Bernama

Wednesday, August 3, 2011

Renungan Bersama


"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiramnya) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan."

(Surah Al-Baqarah, Ayat 265)

p/s: daripada surah tersebut semoga dapat mengingatkan akan siapa diri kita yang sebenarnya dan sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain untuk menuju ke jalan yang diredhai Allah.

Nantikan Upin Dan Ipin Tahun Depan di Istana Budaya

Terbaru dia Murai.com - Aku rasa ini berita gembira bagi rakyat Malaysia yang menggemari budak kecik 2 beradik ni (upin & ipin), ini termasuklah aku dan juga anakku si Kamila tu kerana watak-watak ni memang mencuit hati masyarakat kita. Kini, watak-watak animasi ni akan muncul di Istana Budaya pada tahun hadapan. Syabas diucapkan buat Les' Copaque Production kerana berjaya melebarkan sayapnya. 
Kalau ada kesempatan mau jugak aku menontonnya di Ib tahun depan ni, bergantung pada masa dan keadaan la. Walauapun kami tetap menyokong Upin & Ipin. Aku yakin teater ni akan mendapat sambutan yang luar biasa nanti. Sama-sama kita menanti kemunculannya di IB.


Berkonsepkan teater muzikal, Penerbit Bersama, Siti Rohayah Attan berkata, Upin & Ipin The Musical akan tampil dengan sebuah kelainan apabila membawa maskot sebagai tunjang utamanya di pentas.
"Ini merupakan teater pertama yang menggunakan maskot sebagai pelakon utama. Belum pernah lagi diadakan, selalunya teater menggunakan costume sahaja. Selain maskot, kita akan gabungkan ianya berlakon bersama costume. Barulah, ia nampak seimbang dan menarik apabila dipentaskan nanti," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media, Upin & Ipin The Musical di IB, baru-baru ini.

Menjanjikan sebuah jalan cerita yang menarik, kata Siti Rohayah lagi, penonton akan di bawa mengembara ke alam angkasa, lautan dan belantara. Malah bagi menimbulkan suasana menarik itu, semestinya pelbagai idea kreatif akan disuntik bagi memperindahkan jalan cerita serta penyajian costume dan props yang hebat.

"Kami akan membawa penonton mengembara ke alam fantasi. Untuk memastikan semua itu berlaku pastinya props penting bagi menimbulkan mood tersebut. Malah, penyediaan costume yang menarik juga membantu untuk menwujudkan suasananya kelak," katanya bujet muzikal itu sebanyak RM 2 juta. klik untuk baca lebih lanjut di Murai.com

Monday, August 1, 2011

Lagi Cite Khairul Fahmi & Elia Putus Tunang

Aku tak tau dah nak komen apa tentang kisah putus tunang antara Khairul Fahmi & Elia (Bekas tunang KFCM)..dah memang sah mereka putus tunang mengikut apa yang aku baca dalam Metro online ni lah..

so, aku copy jer lah petikan dari Metro ni..jom baca..

Tinggal kenangan sewaktu bahagia bersama (Khairul Fahmi + Elia). Kredit gambar myMetro

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

untuk sambungan cite nya..klik myMetro ni..

Cerita Bab Anak-Anak

Cemuih dah eh dengan cite KFCM ni..so, nak cite peel perangai anak2 aku pulak lah..huhuuuu...nak cite bab kakak dulu lah..kakak makin dah besor ni makin banyak elah & akai nya..memang pening kepala nak menguruskan budak sorang ni..

dia suka sangat2 mengusik adik dia..selamba badak jer dia sergah budak kecik tu..adik plak kena sergah mestilah terkejut..dia suka benor tengok adik dia bagi reaksi camtu..lepas tu dia buat lagi berkali-kali lah sampai adik dia nangis..dah adik nangis seronok gelak lah dia..

adik dia nak tido pun susah, suka sangat dia cium adik..adik plak mestilah rimas..yang aku risau sangat2 kalau dia geram boleh dia nak pulas2 tangan si Kashif tu..dia nak buat macam baby doll plak..cubit2 pipi adik dia selamba jer dia buat..adoiii camne lah aku nak tangani nya..

kakak gak makin bijak dan pandai dah sekarang ni..dia nak ambik benda yang duk tinggi atas almari, dia susun semua bantal tinggi2 untuk capai barang tersebut..bagus..pandai kakak berfikir..

tapi yang ibu tak tahannya kakak suka mengamuk time tido & time bangun tido..tak tahan ooo dengan kerenah dia yang ni..kaki dia duk sepak2 kat kita plak tu..dah ler bangkit tido lewat, camne nak pi school tu..berangan nak ke sekolah..Insyallah lepas raya ni ibu hantar kakak pi sekolah coz ibu & abah dah bz lepas raya nanti..nanti abah dah mula start kuliah & ibu plak bz gan biz ibu..

Siapa Dahlia Teck? Apa Hubungannya Dengan Khairul Fahmi Che Mat @ Apek


Siapa sebenarnya Dahlia Teck ni..Betul ke si Dahlia model iklan lepasan SPM yang digosipkan dengan KFCM @ Apek dan juga merupakan punca pertelingkahan antara KFCM @ Apek dengan tunangannya Elia @ jejariruncing..dari mana lah pulaknya tetiba muncul si gadis ini yang dikatakan sekampung dengan Khairul Fahmi..adakah itu benar belaka?..kena tanya orang kampung KFCM @ Apek ni barulah betol kan..

tak kan la si Apek ni mudah sangat lupa sapa diri dia ye..apa yang kurangnya dengan si Elia tu..


Sape lah yang snap pic yang tak berapa nak senonoh ni!!! KFCM ni berdating dengan Dahlia ker..ishhh..sukar aku untuk mempercayai gambo ni..KFCM mestilah bz kan. So, macam mana dia sempat jumpa dengan si Dahlia ni & buat apa dia jumpa dengan Dahlia ni..apa urusannya kan!!! hehe..menyebok bebenor la aku ni dengan urusan orang ye..macam serius jer KFCM tu..

Resepi Nasi Dagang Terengganu


Picture ni aku search kat Google jer..terasa macam gatai tangan plak nak kumpul resepi masak-memasak ni..kalau aku buat main pakai hentam jer..xde la nak sukat menyukat bahan-bahannya.
.ini resepi aku ambik dari blog chef Hanieliza la..

NASI DAGANG


Bahan-bahan

600 gm cawan beras
100 gm beras pulut
30 gm halba
400 ml santan cair
400 ml santan pekat
garam secukup rasa

Bahan utk DiMayang
5 ulas bawang merah
4 cm halia

Cara-cara membuatnya
1.Beras dan pulut disatukan dan dibasuh. Rendamkan selama 3-4 jam
2. Toskan dan masukkan dalam kukusan yg berlubang
3. Gaulkan beras dengan santan cair. Kukuskan sehingga naik wap. lebih kurang setengah jam la
4. Keluarkan beras dan masukkan dalam mangkuk besar supaya senang hendak mengaulnya
5. Gaulkan beras bersama santan pekat, hirisan halia, bawang merah dan halba.
6. Masukkan semula beras dalam kukusan berlubang. Kukuskan sehingga naik wap dan masak
7. Hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar

NOTA:
Jika tiada pulut boleh gunakan beras wangi AAA.
Rendamkan 3-4 jam dan toskan.

Gulai Ikan Tongkol

Bahan

1.5 kg ikan tongkol ]
50 gm asam keping ] potong...bersih dan rebuskan
garam secukupnya ]
60 gm rempah kari ikan
10 gm serbuk ketumbar
5 gm serbuk jintan
80 gm cili mesin
4 ulas bawang kecil [tumbuk halus]
3 cm lengkuas [tumbuk kasar]
500 santan pekat
30 gm gula merah
30 gm kerisik
50 ml air asam jawa
minyak unyuk tumis
cili api dan belimbing buluh

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing.
2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendidih.
3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api.
4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.


Acar Timun.

Bahan

100 gm timun
100 gm lobak merah
100 gm cili merah & hijau
50 gm bawang besar
60 ml cuka
30 gm gula
garam

Air kapur secukup untuk merendam sayur

Cara.
1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus saperti batang mancis.
2. Lobak merah, cili merah & cili hijau dimayang halus seperti timun juga.
3. Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.
4. Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.
7. Hidangkan bersama nasi dagang.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...