Friday, July 15, 2011

Kakak Dapat School Beg


school beg ni lah yang kakak nak sangat2. Ibu & abah nak pi beli lom ada masa lagi. Balik kg ritu tok wan dia belikan tuk dia.. Apa yang dia nak semua wan dia belikan.. Kadang2 tu geram gak aku kalo ajar camtu coz kami tak ajar anak beli semua benda yg dia nak.. nanti jadi kebiasaan mintak beli benda2 yang tak berfaedah..


pic ni masa nak balik ke Kedah dah.. Sian dia balik rumah cari paksu dia bangun tido esoknya.. agaknya dia ingat kami nak jalan2 je bukannya balik rumah..dah balik rumah kakak xde kawan la & xde orang yg boleh ikut kerenah dia..balik kampung memang manja mengada-gada giler la..nak wat camne lagi, dia cucu 1st..

Penat gak time balik ke Kedah tu.. dah la bertolak dari Terengganu kul 3pm..sampai rumah kul 12.30pm. Penat giler2 beb..ni gara2 baju raya kakak la, makcik tu ukur bahu dia kecik sangat..kalo nak pakai raya nanti memang sendat la..terpaksa la aku beli kain ela yg corak sama sekali lagi..buat semula bajunya.. Kami buat siap2 baju raya time balik Ganu ritu & dah siap pun..senang sket x yah duk pikir dah..

Thursday, July 14, 2011

Nasi Ayam Yunam @ Kuala Terengganu


ni lah dia nasi ayam yunnam yang kami makan aritu kat K. terengganu. Aku pun tak tau apa nama medan selera ni, yang pastinya kat area pantai batu buruk tu lah. Tak jauh mana dengan A&W & KFC Batu Buruk tu.. ni dah 3x la kami menjamu selera kat sini. Kakak pun suka makan nasi ayam makcik ni. Lupa lak aku nak snap gambo makcik tu, muka dia cam cina bawa bekas duit jer kejenya. Banyak la duit makcik tu coz tengahari berduyung orang makan kat situ. Aku rasa makcik tu cina masuk islam kot dengar dari loghat yang dia cakap & nengok muka dia la kan. Hubby aku pun ikut sama tergila2 kan nasi ayam makcik ni.


nasi ayam ni rasa sedap & lembut nasinya. Sup dia pun boleh tahan jugak lah. Cuma sambal jer rasa masam sket, hubby aku x suka rasa sambal masam2 camtu. Tapi aku rasa kalo kat terengganu la sambal nasi ayam dia memang masam & tak manis cam kat Kedah ni. Kat sini nasi ayam dia boleh add-on gak sayur seperti taugeh, kailan & baby Kailan. Dia masak cam buh kicap la. Bertambah rancak la makan sekali gan sayur dia pun sodap. Aritu kami order nasi ayam 2 orang makan, nasi tambah + sup untuk kakak, sayur taugeh kecik (tu pun banyak taugehnya-Rm 1.50 sepinggan kecik) kena RM 14. Aku rasa cam ok jer harganya kalo sedap & berbaloi2..nasi dia pun banyak..



Habis cite nasi ayam, aku nak cite bab menu makan pagi pulak ni. gambo atas tu namanya kuih 'sister' hubby aku panggil. apa pasal? sebabnya tu la kuih akok orang Terengganu panggil. Memang sedap la wei..masa dulu2 selalu la makan kuih akok ni. Dulu murah jer. la ni 60 sen sebiji tuh.. tu dia boleh tahan la reganya..tiap2 pagi hubby aku beli kuih ni..orang terengganu setiap hari heavy breakfast, so tak jemu la menu breakfastnya. Kat Kedah ni aku cemuh la mana2 pi breakfast pun nasi lemak sambal cair jer, x banyak pilihan.


ni salah satu menu yg kami melantak time breakfast..tadaaaa.. nasi minyak bungkus namanya. Rm 2 sebungkus - lauk ayam goreng atau kari ayam, acar & sambal sket.

selain tu, menu paginya semstilah nasi dagang ikan ayer (ikan tongkol). lupa lak aku nak snap pic nasi dagang.

Monday, June 27, 2011

Nak Balik Kampung Esok

huhuuuuu...penat juga rasanya dari petang sampai ke malam duk keje mengemas jer.. petang tadi packing baju kain.. dah bertambah sorang lagi ahli keluarga, lagi banyak barang nak kena bawa..sesak kereta, dah la kakak tak mau duk dalam Car Seat. Risau jugak berjalan jauh2.. masa takde adik dulu xpe la, ibu boleh tengokkan dia.. ni dah ada adik susah nak jaga dua2 sekali. Dah la perjalanan jauh sampai 8 jam..ni yang aku tension kalo nak balik terpaksa tempuh jalan yang berliku-liku, mana la ada highway..

Kemas baju kain pun dah kul 7.30pm, pastu teman abah plak gi beli pampers kakak dah habis stok. Balik rumah dah jam 9 pm, nak masak lagi..dah settle makan dalam kul 10 pm gak la.. aku masak simple jer..sayang ada bahan mentah lagi..

pastu kemas rumah plak sampai la jam 11.30 pm, terpaksa kemas rumah & basuh baju jugak. Aku tak suka kalo pi jalan mana2 rumah bersepah.. nanti balik badan penat2 tengok rumah plak tak kemas bertambah penat jadinya.. mula la aku nak meradang kalo silap sikit jer..

<<<<< Selamat Balik Kampung & Selamat Dalam Perjalanan >>>>>


Sunday, June 26, 2011

Antara Dutch Lady & Anmum?

Kalau bercerita bab susu ni aku rasa satu tajuk yang berat sangat untuk memikirkannya. Kenapa?.. Sebabnya.. susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi bayi..that's it..OMG..

Sedih sangat aku nengok kalo ibu2 tak bagi anak dia breast feeding. Kalau ibu2 yang bekerja tu aku faham la, tapi yang suri rumah sepenuh masa tu pun tak mau menyusukan baby dia.. kesian dengan anak2, dalam pantang pun dah bagi susu formula..

Mana2 ibu yang bekerja memang terpaksa bagi anak minum susu formula la..terpaksa la sebab pengasuh mana mau kalau kita bagi susu ibu yang dah perah. leceh la nak panaskan katanya. pengasuh cuma memikirkan duit jer kan.. itulah pengalaman aku dulu masa aku bekerja dulu..

Baru2 ni aku ada bagi orang mengasuh jap anak aku sebab aku ada hal penting..sedih rasa orang tu tanya nape tak ajar baby isap susu botol. Kalau tak mengenangkan nak kena hormatnya gan kawan tu aku dah kata bodoh takde akal ke..sabar ku masih ada lagi..

Aku jenis yang kuar air susu banyak..melimpah2 kuar kalo baby tak menyusu dalam masa 2 jam..kalo baby aku sorang jer yang nak menyusu memang tak habis makan..

so, aku takut susah nak hantar anak kat pengasuh nanti, aku try la bagi susu formula anmum ni.. aku tengok anak kawan aku minum sihat & semangat jer anak dia.. mula2 tu cam ok jer Kashif minum susu anmum ni.. tapi lama2 tu, dia dah mula tak poo poo.. sampai 5 hari tak poo poo.. risau aku dibuatnya..


Then, aku change to Dutch Lady Langkah 1 plak.. baru 2 hari dia minum ni.. harap2 ok la coz kakak dia pun minum Dutch Lady 1 2 3 gak.. susu ni dia macam mau isap jer tak macam Anmum dia tolak dengan lidah.. kena paksa dulu baru mau minum..



Saturday, June 25, 2011

Ulang Tahun ke-3 Kelahiran Kakak (21 Jun 2011)

Ni la rupa kek untuk besday kakak pada 21 Jun 2011 baru ni, gambar kartun minnie mouse, disney. Sedap jugak rasa kek ni, perisa coklat. Jelly yang kilat2 kat atas tu pun sedap gak rasanya.

Ibu pun tak sangka abah nak beli kek wat surprise & tak tanya ibu dulu. Biasanya abah akan tanya ibu dulu nak beli kek ke tak. Abah dah berkenan gan kek tu terus beli jer lah.

Ibu ingatkan nak celebrate masa ibu lepas pantang nanti, celebrate kat Terengganu. Dah abah beli kek, malam tu terus makan kek la.

Pukul 11.30 malam kami pi Jitra untuk beli ayam KFC kegemaran kakak. Dah malam pun terpaksa redah jugak la pi Jitra coz kat sana jer ada KFC 24 jam. Demi anakda tercinta ibu & abah. Pergi & balik ambik masa 1 jam jugak la. Ibu & Kashif pun ikut gak teman kakak & abah tapi duk dalam kete jer lah kan.



Anak abah mesti mau bergambar dengan abah ma...

















Kakak paling excited kalo time tiup meniup lilin ni. Pipi kakak macam belon la.. Dah nak ambik gambar baru la dia mau pakai klip rambut tu, kalau tak jangan harap loooo....

Friday, June 24, 2011

Imam Muda Hassan & Imam Muda Nazrul 2011 Mara ke Final

Di astro Oasis (saluran 106) sudah mengumumkan 2 orang Imam Muda yang akan mara ke peringkat akhir iaitu Imam Muda Hassan @ (Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, Perak-pensyarah) dan Imam Muda Nazrul @ (Nazrul Izwan Zolkiflee, Johor-guru besar) dengan menewaskan 3 orang lagi sahabat2 Imam Muda 2 iaitu Imam Muda Fakhrul @ (Mohd Fakhrurrazi Hussin, Terengganu-imam), Imam Muda Azlan @ (Mohd Azlan Zulkarnain, Kuala Lumpur-jurutera) dan Imam Muda Ammar @ (Ammar Wan Harun, Kedah-mahasiswa).

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, penerimaan program Imam Muda pada musim lalu mengikut semakan carian di Google mencatatkan 1.7 juta pelayar, lebih 300,000 peminat di Facebook, ditonton 3 juta penonton dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. Sungguh hebat kan!! Program yang boleh mengisi kekosongan jiwa umat2 islam sambil beriadah.
Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Sementara calon lain akan menerima pakej umrah, pakej percutian, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Jom kita sama2 menghayati lagu tema Imam Muda 2011 "Hambamu" dendangan Mawi bersama Akhil Hayy.


Saturday, June 18, 2011

Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet

Best la pulak dengar lagu ni, malam2 macam ni. Jom kita layan..




Lirik Lagu Kalau Berpacaran

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...