Friday, June 24, 2011

Imam Muda Hassan & Imam Muda Nazrul 2011 Mara ke Final

Di astro Oasis (saluran 106) sudah mengumumkan 2 orang Imam Muda yang akan mara ke peringkat akhir iaitu Imam Muda Hassan @ (Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, Perak-pensyarah) dan Imam Muda Nazrul @ (Nazrul Izwan Zolkiflee, Johor-guru besar) dengan menewaskan 3 orang lagi sahabat2 Imam Muda 2 iaitu Imam Muda Fakhrul @ (Mohd Fakhrurrazi Hussin, Terengganu-imam), Imam Muda Azlan @ (Mohd Azlan Zulkarnain, Kuala Lumpur-jurutera) dan Imam Muda Ammar @ (Ammar Wan Harun, Kedah-mahasiswa).

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, penerimaan program Imam Muda pada musim lalu mengikut semakan carian di Google mencatatkan 1.7 juta pelayar, lebih 300,000 peminat di Facebook, ditonton 3 juta penonton dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. Sungguh hebat kan!! Program yang boleh mengisi kekosongan jiwa umat2 islam sambil beriadah.
Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Sementara calon lain akan menerima pakej umrah, pakej percutian, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Jom kita sama2 menghayati lagu tema Imam Muda 2011 "Hambamu" dendangan Mawi bersama Akhil Hayy.


No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...