Monday, June 13, 2011

Hazama AF9 (Juara Akademi Fantasia Akhir)

Tahniah Buat Hazama Juara AF9 !!

Rasanya dah ramai yang menjangkakan Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi akan menjuari akademi fantasia musim akhir yang telah diadakan di Dataran Putrajaya, Precint 3 malam tadi. Seronok sangat aku rasa masa nama Hazama diumumkan sebagai juara malam tadi.

tapi yang geramnya si Lena atau Lenabir Haidir pulak yang dapat tempat kedua. Aku harap2 Fina lah yang dapat tempat kedua. memang orang sabahan ni suka sangat kat Lena kot. adeiii takpe la Fina asalkan ko banyak dapat job bila dah keluar nanti ok la tu. syabas juga buat Fina sasuuus.

tak lupa juga tahniah buat Azri walaupun ditempat keempat. tapi kesian aku tengok si Azri ni lagu yang diorang bagi entah apa2 jer. dah la kena komen negatif jugak dengan pengkritik. hehe..cam aku la yang pandainya ye..memang betol pun kesian jer aku duk tengok muka si Azri tu.

yang bestnya gak coz ada persembahan istimewa dari bekas-bekas juara akademi fantasia yang lepas2 seperti Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6) dan Hafiz (AF7). dan yang paling tak bestnya awat la si Shahir (AF8) pulak yang takde. ai bz bebenor ke si Shahir ni. ke dah demand sangat ke sakarang ni. ikut suka ko la Shahir. haha..cam kucewa aje bunyinya ekk..

ok la tu, jom kita sama2 layan video klip Hazama ni




Cinta Teragung – Hazama AF9

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ulang Chorus

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...