Wednesday, January 12, 2011

TeRiMa KaSiH KWSP


mesti ada yang hairan bin ajaib kan.. pasal apa plak la aku posting logo KWSP ni.. apa kene mengenanya KWSP tu gan aku ye.. begini ceritanya.. kemarin la kan 11/1/2011 jam 4.50ptg aku ada telefon KWSP untuk bertanyakan status permohonan pengeluaran akaun no.2 KWSP aku.. tujuannya nanti aku cite kan ye.. aku try call jugak walaupun dah nak habis time keje.. berdebar juga hati aku nak cakap gan kakitangan KWSP tu.. bukannya apa takut permohonan aku tu kena reject kerana salah satu syarat yg KWSP nak dah tiada dalam simpanan aku.. tapi ada pihak lain mencadangkan supaya diganti dengan surat lain.. tu dia.. suspen nya.. apa kebendanya tu.. relaks.. korang baca la pelan2..

begini ceritanya, berkat kerja aku selama 4 thn di ofis lama dulu walaupun kecil gajinya tapi alhamdullilah ada juga simpanan dalam KWSP.. aku berhenti keje pun sebab gaji kecil gak la selain faktor anak aku.. baik aku run our own biz tak yah pening2 kepala.. lagi pun xde pengalaman x leh nak demand cam org ler dalam bab gaji nya.. tapi kalo kaki kelentong boleh jer demand banyak mana pun.. adat la tu kan..

ok..balik ke cerita asal nak kuarkan duit untuk settle duit yuran pengajian aku masa belajar dulu.. tak la banyak mana pun hutangnya tapi better la aku bayar sekaligus.. senang x yah pening kepala pikir pasal hutang..

tapi aku tak yakin sangat akan lulus permohonan tu sebabnya salah satu syarat yang KWSP nak aku dah hilangkan iaitu surat tawaran masuk belajar ke IPTA.. mana la aku simpan benda tu lagi.. dah lama tahun 2001 lagi.. oleh sebab tu pihak IPTA yg aku berhutang tu cadangkan diganti dengan surat tamat pengajian yg dikeluarkan oleh mereka.. unit kemasukkan & rekod IPTA terbabit pun dah lupuskan fail rekod kemasukan tu.. itu kata mereka la.. btol atau tidak aku pun tak tau la..

ok.. settle semua apa yg syarat2 pengeluaran KWSP nak tu kami pun hantar form kat KWSP Kangar.. tapi aku sakit hati sangat2 gan staf kat situ.. memang cam pandang sinis sangat gan aku cam seolah2 syarat KWSP nak ni walauapa caranya pun x boleh nak diubah.. padahal bukan diorang yang proses & menilainya.. form tu kena submit di HQ.. staf KWSP Kangar tu macam tak mau submit form aku.. termasuk la gan bos2 nya juga cam senyum sinis jer kat aku.. walhal aku nak kuarkan duit aku bukannya duit diorang..

tapi aku cam biasa la dengan mu x penah nak senyum & cakap cam sombong jer.. hubby aku mesti nak marah gan aku masa tu coz nada aku cakap cam kasar sket la.. aku cakap benda yang btol pe.. aku kata submit jer lah form tu dulu.. pihak HQ KWSP terima atau tidak terpulang kepada budi bicara diorang & nasib aku la kan.. bukannya staf kat situ yang tentukan.. ni diorang plak yg sibuk2.. sangat sakit hati aku masa tu.. proses tu ambil masa 3 minggu bekerja..

so, tidak dilupakan juga ucapan tima kasih aku kepada pegawai Unit Pengijazahan IPTA tersebut kerana dengan cepat jugak surat2 yang aku minta bagi pihak KWSP dia keluarkan untuk proses tersebut.. tapi PA dia la yang buatnya kan.. begitu la kakitangan awam yang bagus & beretika.. x perlu banyak kerenah birokrasinya..

sebelum tu ada sorang lagi pegawai kat IPTA tersebut iaitu di Unit Kemasukkan & Rekod yangmana aku nak mintak copy surat tawaran kemasukan ke IPTA dulu la.. aku x kesah kalo copy tu memang dah xde ada.. tapi surat yang aku buat kepada pegawai terbabit penuh dengan tata susilanya lagi tapi langsung xde respon.. dia ingat hari ni dia ada dilangit dia tak kan jatuh menyembah bumi agaknya.. aku siap bagi no tel aku untuk inform ke aku kalo copy tu memang dah xde dalam simpanan.. aku & hubby aku call pegawai tu dah berpuluh kali asyik xde kat bilik.. kata stafnya dia meeting sentiasa.. tapi kan aku mintak gan cara elok.. reply la by apa sekali pun secara beradat..

huhuuu...panjangnya n3 aku ni.. banyak lagi aku nak cite ni.. nanti aku sambung di n3 lain plak ke..

bye..bye..& good nite.. aku pun dah mengantuk ni.. daaaaaaaa....

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...