Salam Semua, sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. Rasanya macam tak lengkap jer diri sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak tanpa ilmu pengetahuan, so, hubby ada belikan buku yang berjudul Melatih Anak Menjadi Genius. Semua orang tahu anak adalah permata dalam keluarga, tak kiralah anak perempuan ke anak lelaki kan! Pertumbuhan dan perkembangannya ditunggu-tunggu oleh seluruh anggota keluarga, terutamanya Atuk dan Nenek la kan! Keadaan dan situasi keluarga sangat mempengaruhi jiwa, mental, sifat dan kemampuan anak bagi bergerak maju secara psikologi.
Antara beberapa tip yang disenaraikan dalam buku Melatih Anak Menjadi Genius seperti:
- Mulakan langkah dengan memberi nama yang baik kepada anak. Nama panggilan yang kurang baik menyebabkan anak berasa malu dan rendah diri. (rasanya semua orang dah buat yang ni kan!)
- Dengar cerita atau celoteh anak. Ini kerana, cerita itu tidak dapat didengari lagi pada masa akan datang. (Alhamdulillah aku masih ada masa untuk mendengar cerita Kamila)
- Pandang anak dengan pandangan kasih sayang supaya mereka lebih yakin ketika menghadapi persekitarannya. (Rasanya cukup sekadar dengan sentiasa memberi senyuman & pelukan untuk anak-anak.)
- Hargai permainan kesayangan anak. Pada masayang sama, mereka juga menghargai barang -barang milik ibu bapanya.
- Berikan penghargaan setiap kali anak kita membuat kebaikan dan beri peringatan apabila berbuat salah. (Aku selalu cakap "kakak baik" & kalo anak buat silap "jangan buat camtu, tak baik").
- Hindari daripada membuang barang kesayangan mereka, biarpun sudah rosak. Apabila terpaksa melakukannya, minta persetujuan daripada mereka. (biasanya hubby suruh kakak buang sendiri barang mainan dia yg dah rosak).
- Tunjukkan kepada mereka cara menenangkan diri, kerana mereka pasti menirunya pada masa akan datang. (belum lagi dipraktikkan).
Itu jer lah sedikit info yang boleh aku kongsikan di sini, nanti aku share lagi yer. Rasanya semua ibu bapa mampu buat perkara seperti yang dinyatakan di atas tetapi perlu diingatkan diri kita persediaan harus dibuat untuk berdepan situasi di mana semasa anak meningkat remaja, faktor luar sangat mempengaruhi minda mereka. So, Semoga kita semua dapat mendidik anak-anak supaya Cemerlang Dunia & Akhirat. Insyallah.
4 comments:
assalam salina.insyaallah..usaha besertakan doa.
terima kasih sebab kongsi tips2 dalam buku tuh...
patutla anak buah mas 4 org manja dengan mas,lagi2 yg sorg ni..teramat close dengan mas coz semua tuh mas slalu ngan dia.syg sgt..
bagus info ni..semuga dpt dijadikan panduan olih semua..
Post a Comment