Friday, March 2, 2012

Handphone Masa Muda Dulu



Ingat lagi tak handphone masa mula-mula korang beli dulu. Zaman tu tak kiralah sama ada beli sendiri, terbeli (sebab tengok kawan ada) ataupun dibeli orang (tak kiralah siapa bagi..janji free). Masa tu handphone belum lagi menjadi 'keperluan' seperti sekarang..malah telefon Telekom yang guna syiling dan Ring-ring Kad tu masih bermaharajalela.

Kat bawah ni aku kongsi handphone yang aku pernah beli dan mana-mana yang sezaman dengannya...mungkin korang boleh share juga. yang popular masa tu Nokia, Ericsson (belum dengan Sony lagi), Motorola. Masa tu mana ada smartphone macam sekarang.

Ericsson A1018s: Model ni jenis untuk tangan besar, senang nak pegang...
Ericsson T10s: Model ni ramai perempuan suka, sebab boleh dikatakan kecik masa tu, ada flip lagi...
Ericsson T28: Yang ni masa tu mahal..siapa pakai memang dia berduit lah kiranya..flip juga. Pernah jumpa sorang budak sama universiti dulu pakai ni...
Nokia 8210: Model ni antara hot dan top, banyak kaler juga. Mahal ni. Budak2 U tak ramai guna. Maklumlah barang Nokia.
Nokia 3210: Haa..yang ni ramai juga pakai..murah sikit, cuma agak besar dan berat. Model sebelum tu seingat aku ada antena besar, harga lebih kurang RM900-1000 masa tu.
Nokia 3310 & 3315: Ni antara model paling top, murah juga masa tu dalam RM500-600. Beza dengan yang 3315 dia ada fungsi design tu..yang kita boleh lukis..huhu
Model ni yang pertama dia keluar clamshell tahun 1999. Kalau tak silap yang ni designer Zang Toi tu pakai siap kepit kat poket dalam iklan TV, ramai budak laki masa tu suka sangat hehe.

Ni sebahagian jer yang aku dapat citer kat sini, mungkin teringat memori lama masa guna handphone. Tapi ini sekadar suka-suka ingat balik apa yang kita pernah lalui.



3 comments:

Acik Erna said...

assalam salina..acik acik dulu yang tak de guna ada 3 dari gambar ni..yang lain tu semua acik pernah..
yang tak pernah T28,T10 dan motorola tu.

Mizz ErMa said...

dlm banyak2 jenis, 2,3 aje yg sy penah tengok dan pakai..hihi

mama aini said...

ehem..hp yg dulu lebih tahan dr yg sekarang ni,sensitif sgt..cepat rosak..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...