Monday, July 18, 2011

Ambil Ikhtibar Dari Kisah Hudup Orang Lain


Malam tadi aku ada terbaca blog seorang ibu yang kehilangan seorang anak yang masih kecil. Puncan kematiannya akibat tersedak susu. Doktor telah membuat CPR dan mengesahkan anak kecil tersebut meninggal akibat tersedak susu hasil daripada CPR banyak susu yang keluar. Sungguh malang nasib ibu & ayah kanak2 terbabit. Kita selalu dengar tidak kira lah sama ada pengasuh di rumah mahu pun pengasuh di Taska selalu cuai menyebabkan anak2 kecil yang tidak berdosa boleh tersedak susu..Sukar untuk menerima kenyataan tersebut kerana perkara tersebut tidak akan berlaku & tidak sepatutnya berlaku jikalau tidak kecuaian manusia itu sendiri..

Ya..Sudah suratan & tertulis anak kecil tersebut akan kembali kepada Maha Penciptanya tetapi bukan demikiannya keadaannya iaitu dengan suasana yang amat memilukan. Hati ibu & ayah mana yang tidak hiba jikalau anak yang dikasihi diperlakukan sedemikian rupa. Sungguh kejam rasanya..

Takut bila memikirkan keadaaan yg sedemikian rupa..Yela..dunia semakin moden sekarang ni. Ibu terpaksa keluar bekerja demi membantu menambah pendapatan suami tercinta..Untuk mengharapkan 100% beban tanggungan ke atas suami memang mustahil kerana semua perkara memerlukan duit, bukan?

Syukur alhamdullilah aku ambil jalan yang tepat dengan berhenti kerja & menjaga anak ku sendiri. Oleh itu, dapat juga aku meneruskan susu badan untuk anak aku Kamila & Kashif. Sungguh bertuah anak2 ku kerana ibumu sanggup berkorban demi anak2nya. Bukan diminta untuk dibalas segala pengorbanan suatu hari nanti tapi cukup la sekadar menghargai ibu & abah seadanya..

Bukan mudah ambil keputusan untuk ibu behenti kerja tapi biarlah anak2 membesar depan mata terlebih dahulu.Ibu pun tak sanggup hantar anak waktu pagi ke rumah orang dengan mendengar tangisan anak2.Kakak dulu tiap2 hari menangis bila tinggal rumah pengasuh.Waktu ambil masa petang moyok je mukanya.Mungkin kebetulan itu tidak pasti..

Masa hantar kakak ke Taska lagi lah sedih & memilukan.Hantar waktu pagi xde orang sambut pun kakak dari tangan ibu.Macam hantar anak kucing jer letak atas tilam & tinggal tanpa pengasuh tu tengok pun.Jenguk tengahari kakak tido bersama baby2 lain.Ambik waktu petang pula tersusun jer dalam tempat duduk baby tu masing2 menunggu ibu bapa ambik.Sekali tengok kesian kepala kakak tersenget sampai ke bahu.Lepastu ibu dah tak sanggup hantar ke Taska dan cepat2 cari pengasuh yg jaga sendiri di rumah.

Ini dari pengalaman aku sendirilah, cuba kita renungkan bersama tergamakkah kita memberi orang yang jaga anak kita yang kita tidak rapat & tidak tahu latarbelakang hidupnya.Di Taska anak aku hantar dulu ada seorang pengasuh ni aku tengok memang pelik sket sikapnya.Setahun selepas tu aku jumpa lagi pengasuh tersebut dirumah kawanku.memang betol tekaanku, dia seorang yang ada maslah ditinggalkan suami,tak pandai bergaul & tak bercakap dengan orang.Aku pun tak tahu nak terangkan macam mana tapi kalo lihat pada diri dia memang ada sesuatu yang tak kena.So, kalau la pengasuh macam ni sedang bergelut dengan perasaan dia sendiri, bagaimana untuk menjaga anak2 kita.Bertambah tekanan la hidup dia apabila mendengar jerit pekik anak2 kecil.

Memang aku tidak ada hak untuk menilai diri sesiapa pun.Tapi aku tak sanggup orang yang tak sepatutnya untuk menjaga anak2 aku selain dari ahli keluarga aku sendiri..


No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...