Saturday, July 16, 2011

Kenduri Kusyukuran Untuk Kashif


Masa balik Terengganu baru2 ni, kami sempat buat doa selamat & kenduri kesyukuran untuk Kashif. Mula2 tu nak buat kat Kedah jer tapi pikir2 balik susah la sikit takde orang nak tolong. Buat mana2 pun ok bagi aku, janji semuanya selamat. Kalo buat kat kampung tu biasalah cara masakannya macam dan menu dan orang kampung ler..masak pun secara gotong royong jer..mak aku plak sakit susah sket la nak uruskan semua agendanya..buat mana yang termampu ajer lah kan..

Gambar kat atas tu lah menunya yang sempat aku snap iaitu nasi putih, gulai ayam pencen, ikan tongkol masak asam, kerabu rebung, sayur kacang + hati ayam, ikan selayang bakar, ulam dan semestinya budu la pelengkapnya.. nasib baik masa tu durian tak luruh lagi..kalo ada maunya durian lawan gan budu la..meleleh air liur..kalo balik kampung mesti berselera jer makan nasi & sentiasa rasa lapor..




ermmmm..berselera la pulak aku tengok geng2 surau ni makan. sedapnnya.. orang surau yang datang malam tu ada dalam 30 lebih orang rasanya.. aku pun dah agak dah banyak tu jer orangnya.. tapi mak aku tu suka sangat buat extra macam nak makan seratus orang & banyak la makanan berlebih..yang aku x syoknya ada plak bertembung dengan kenduri rumah orang lain plak. hampeh tul lah..


No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...