Tuesday, December 17, 2013

Bila Si gemuk Berkuda




Ibu selalu panggil kakak "Si Gemuk", biasanya kakak senyum dan gelak-gelak jer.. dah memang gemuk pun, baru umur 5 tahun tapi beratnya 27 kg. Suka merajuk dan selalu 'buat muka' plak tu. 

Sabtu lepas, sempat ke Tasik Darul Aman, Jitra. Tengok plak kuda ni macam comel jer...macam putih jer.. (macam gedik jerrrrrrrr).. kakak memang suka naik kuda. kalau balik Terengganu tak sah la kalau tak pi Pantai Batu Buruk dan naik kuda berhias yang comel tu.


Kuda yang kakak naik ni RM 5 untuk sekali pusingan setempat tu ja. Sapa-sapa yang ada kuda boleh buat untung macam ni juga. Adik 'cool' jer..tak heran pun kakak dia naik kuda. Adik tak banyak permintaan macam kakak.


 

Sunday, December 15, 2013

Kisah Sedih Bayi Tepi Longkang


Bukanku Pinta Lahir ke Dunia

Kegelapan malam yang teramat dingin, mengisi kesepianku menanti sesuatu yang tak pasti. Badanku, mataku menghala ke langit hitam berkelip-kelip. 
"Oh, itu bintang agaknya." Telahanku sendirian.
Indahnya bumi Allah SWT ini sehinggakan aku baru menyedari akan kedinginan malam yang semakin menyusuk tulang.Kulitku terasa pedih dan berdenyut-denyut.
"Sakitkah aku?" Aku mulai kaget. Aku keliru dengan keadaanku.
"Di manakah aku berada?" Soalku tanpa jawapan pasti.
Bau yang kurang enak mula menyesakkan nafasku. Bau ini datang dari arah berdekatanku. Aku kurang selesa.
"Di manakah ibuku?" Aku mula tertanya, pengharapan akan kasih sayang tak terhingga. Seorang insan bergelar ibu sepatutnya berada di sisiku, menjadi tempat aku bermanja dan mengadu kasih.
"Di manakah ayahku?" Aku mula ketakutan keseorangan, mengharapkan perlindungan demi keselamatanku.
"Ya Allah, adakah aku bermimpi ketika menatap indahnya bumi ciptaan-Mu?" Tanyaku dalam kekeliruan yang amat. Kepekatan malam yang mulanya indah bagiku kini merubah pandanganku.
Aku semakin takut, gelisah dan resah. Perut semakin lapar dalam kedinginan angin malam yang sesekali membelai lembut rambutku, pipiku dan jari-jemari ku yang runcing.
Perlukah aku merintih sepanjang malam demi memohon perhatian ibuku dan ayahku. 
Aku hanya menangis sendirian dalam keadaanku yang kurang selesa, tidak dimandikan sepertimana sepatutnya aku dimandikan wangi serta dibelai dengan penuh kasih sayang. Jauh sekali dipakaikan pakaian yang cantik dan diselimuti kain kapas yang lembut.
Dalam usia sebegini apakah yang mampuku lakukan lagi, melainkan menangis sambil ku berdoa menagih simpati.
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan, dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberikan rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi." Doaku penuh pengharapan sepertimana doa Nabi Nuh ketika menghadapi musibah dan kedasyatan dugaan duniawi.
Lantas aku mengerah kekuatan berpaling mencari sesuatu untuk mengalas lapar perutku, apa yang termampu aku rasai, kemudian ku ludahi bila mana itu bukan sesuatu yang aku cari.
"Ahh itu pasir!" Jeritku lemah dalam hati.
"Ya Allah, laparnya perutku, Di mana ibuku, di mana ayahku!" Keluhku separuh menjerit. Keluhan ku kian lemah dimamah angin malam yang dingin. Sesekali makhluk Allah SWT berkaki empat melintasiku tanpa disentuh. Mungkin Allah melindungiku, merahmatiku. Syukur kepada-Mu ya Allah.
Masa berlalu terlalu perlahan, malam ini terasa panjang.
Setelah agak lama bertarung nyawa mengharapkan belas kasihan dan perlindungan asas, lantas aku didatangi oleh dua orang yang tidakku kenali. 
Dalam kegelapan malam dan diriku yang kian lemah, sesiapun yang menghampiriku tiada lagi aku kisah. Kerna kudratku terbatas usiaku, apa dayaku untuk menahan kedinginan malam dan kelaparan yang memuncak pada ketika insan seusiaku lena dibuai mimpi syurga.
"Ibu...ayah!" Aku meneka dengan penuh harapan. 
Aku semakin lemah. 
Aku berserah kepada-Mu ya Allah.
Amin....

Keesokan harinya kisahku terpampang di dada akhbar, memecah berita, mencuri perhatian sekali lagi...umpama menagih simpati yang tidak berkesudahan bagi insan yang senasib denganku.

(Nukilan hati kasihsalina.com)

Seorang anggota polis memangku seorang bayi perempuan yang dibuang di Puchong

Dalam kes terbaharu yang menyayat hati di Puchong, seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan terpaksa menanggung azab sendirian apabila ditinggalkan hampir lima jam di tepi longkang, di belakang sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Jalan BK 4/6, Bandar Kinrara di sini semalam.
Lebih menyedihkan bayi yang ditemui dalam keadaan bertelekup itu diletakkan di atas jalan tar yang tidak berturap rapi sehingga sebahagian badannya lebam-lebam dan calar-balar akibat terlalu lama berada di atas jalan.
Kejadian itu hanya disedari selepas pukul 12 tengah malam apabila tangisan bayi itu semakin kuat seolah-olah meminta pertolongan.
Seorang guru, Haslinda Madun, 55, memberitahu, beliau dan keluarganya mendengar tangisan itu kira-kira pukul 8 malam lagi tetapi tidak pernah menyangka itu tangisan bayi yang ditinggalkan di belakang rumahnya.
Katanya, tangisan bayi itu semakin kuat apabila mereka sekeluarga mahu tidur dan memaksanya menjenguk melalui tingkap dapur untuk mencari arah bunyi tersebut.
"Pada awalnya kami menyangka tangisan itu datang dari pusat jagaan di belakang rumah saya atau dari rumah seorang wanita yang baru bersalin.
"Tetapi kira-kira pukul 12 tengah malam ketika saya sekeluarga mahu tidur, bunyi tangisan itu semakin kuat dan saya memberanikan diri untuk menjenguk dari tingkat dapur. Saya terkejut apabila melihat seorang bayi terbaring di jalan tar.
"Apabila saya dan suami keluar, tangisan bayi itu mulai perlahan seolah-olah dia tahu kami semua telah menyedari kehadirannya... syukur pada Allah kerana bayi itu masih hidup kerana kawasan ini sememangnya banyak anjing liar serta tikus besar," katanya.
Jelas Haslinda, beliau tidak berani untuk mengangkat bayi itu kerana terlalu terkejut, sehinggalah pemilik pusat jagaan, Mazlen Mahmood, 40, datang dan mengambil bayi itu untuk dimandikan.
Menurut Mazlen, beliau mengambil keputusan untuk memandikan bayi malang itu kerana seluruh badan bayi tersebut masih dipenuhi air ketuban.
"Ketika diangkat tangan bayi itu bergetar-getar mungkin kerana terlalu lama bertengkup di atas jalan. Malah mulutnya juga dipenuh pasir mungkin kerana terlalu lapar dan dia cuba mengunyah pasir di atas jalan itu.
"Bayi itu juga amat sihat dan saya dapat rasakan dia seberat lebih tiga kilogram," katanya.
Mazlen berkata, beberapa hari kebelakangan ini, pekerjanya ada melihat sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua lelaki tempatan sering berulang-alik di sekitar pusat jagaan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam kira-kira 11.30 malam dan mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua Balai Polis Kinrara, Inspektor Jasman Osman ke lokasi kejadian.
"Polis tiba di lokasi itu dan mendapati bayi tersebut berada dalam keadaan lemah. Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.
"Saya difahamkan keadaannya stabil. Polis juga tidak menolak kemungkinan bayi itu dibuang berhampiran pusat jagaan itu supaya disedari pekerja atau pemilik pusat itu," katanya.
Dalam perkembangan sama, katanya, polis telah melawat kawasan kejadian dan mendapati tiada kamera litar tertutup di kawasan tersebut dan tiada saksi yang melihat kejadian itu.
Kata Abdul Razak, kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

UTUSAN 15 Disember 2013



Wanita Malaysia Belasah Kemboja



Belasah apa pulak dah? 
Teruja pulak aku nak citer pasal sukan kali ni...yerlah mesti orang wanita ni kurang skit nak baca bab-bab sukan ni, hihihi....

Malaysia mencipta rekod dunia lah semalam, apabila skuad hoki wanita negara membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua pusingan awal dalam temasya Sukan SEA ke-27 di Myanmar. Alahai, sampai macam tu sekali iyer..?

Maskot Sukan Sea kali ni...comel je kan (takmo sebut macam trend sekarang nih)

Fakta:
- Skuad negara menjaringkan gol pada setiap purata dua minit (tercungap Hoki Myanmar tau...)
- 18 gol pada babak pertama dan 18 gol juga pada babak kedua pada perlawanan. (ai...main bagi sama rata pulak iyer?)
- Perlawanan selama 70 minit. (mujur tak sampai 90 minit macam main bola sepak)

Rekod Lama:
- Argentina menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 2003.

Apapun, semoga kecemerlangan sebagai Juara Bertahan dapat diteruskan dalam Sukan Sea kali ini. Hebat! (Hey!)...





Saturday, December 14, 2013

Proton Persona SV Murah Sangat


Proton dah keluarkan Persona SV pada akhir bulan lepas dengan harga dari RM44,938 hingga RM47,938. Jadi anggaran bayaran bulanan cuma serendah RM388 tetapi dilengkapi ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan selain pemanduan mantap. Mungkin ada yang tak perasan kalau dah ada di jalanan kerana secara kasarnya takde perbezaan. Cuma inilah peluang kepada mereka yang ingin memiliki kereta baru, lebih luas ruang kabinnya, serta kapasiti penyimpanan di ruang belakang untuk keselesaan perjalanan jauh tetapi pada harga yang termampu!

Bagi aku sudah cukup bagus...

Dianggap sebagai varian terbaharu dan terdapat tujuh warna pilihan/ dilengkapi dua beg udara/ empat brek cakera/ brek anti kunci (ABS)/ kuasa brek elektronik (EBD) termasuk penalaan casis Lotus (yang ni aku tak faham...huu).

Model tak jauh beza, cuma secara luaran dibezakan dengan nama 'SV'..itu je, tambah bodykit dengan spoiler TRD V3..letak eye lid, masuk sport rim 17 inc...ok dah tu.




Ni contoh selepas make-up sikit2 (istilah orang perempuan)
 Kos Bodykit = RM1,100
(harga termasuk spoiler TRD V3)


Eye lid = RM40-50


 Rim sports, cari sendiri k...kalau 17" mahal sikit tapi nampak garang. Kalau nak yg elegance kena kekalkan cari rim sports saiz 15" pun cukup dah.

Persona SV ini dilancarkan selepas sambutan baik yang diterima terhadap Proton Saga SV yang diperkenalkan dengan harga lebih kompetitif sebelum ini...senang cakap, kira sukses lah ye!




Friday, December 13, 2013

Apabila Menteri Kuat Merokok


Terkejut aku, dalam minggu lepas terbaca petikan sebuah akhbar dengan kenyataan seorang Menteri yang cukup kanan apabila mengeluarkan kenyataan seperti berikut berkaitan tabiat merokoknya:

- Berazam untuk untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat selepas ini termasuklah berhenti merokok.
- "Saya sedih terpaksa melalui situasi seperti ini untuk berhenti merokok buat selama-lamanya".

Nak baca lanjut sila klik untuk diperbesarkan
Maknanya, ketika dalam kabinet...apabila dilancarkan kempen 'Tak Nak' suatu ketika dulu dengan bajet RM100 juta nyata menjadi cadangan sinis kerajaan yang secara simboliknya hanya sekadar satu kempen kesedaran yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Membazir!
Kempen ini bernilai RM100 juta...siapa tak tau angkat tangan!


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

 Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2014



Jadual Gaji Kakitangan Awam 2014


Untuk kakitangan awam bolehlah mula merancang, berikut ialah jadual pembayaran gaji bagi tahun 2014 yang telah dikemaskini.

Selain sebagai panduan untuk merancang perbelanjaan, pembiayaan mahupun percutian, jadual ini juga penting sebagai rujukan berkaitan hal ehwal kewangan kakitangan awam itu sendiri seperti kenaikan gaji, tunggakan, permohonan pinjaman dan sebagainya, termasuklan untuk merancang perkahwinan atau sambutan ulangtahun apa saja...


Bulan
Tarikh
Cuti Perayaan
Januari
23 Januari 2014, Khamis
Tahun Baru Cina
31 Jan – 1 Feb 2014
Februari
25 Februari 2014, Selasa

Mac
25 Mac 2014, Selasa

April
24 April 2014, Khamis

Mei
22 Mei 2014, Khamis
Pesta Kaamatan
30 – 31 Mei 2014
Jun
25 Jun 2014, Rabu
Hari Gawai
1 – 2 Jun 2014
Julai
22 Julai 2014, Selasa
Hari Raya Puasa
28 – 29 Julai 2014
Ogos
25 Ogos 2014, Isnin

September
25 September 2014, Khamis

Oktober
16 Oktober 2014, Khamis
Hari Raya Haji
5 – 6 Oktober

Deepavali
23 Oktober 2014
November
25 November 2014, Selasa

Disember
18 Disember 2014, Khamis
Hari Krismas
25 Disember 2014
Disusun dan dikemaskini oleh kasihsalina.com





Big Bad Wolf Book Sale 2013


Apa yang Big?
Apa yang Bad?
Kenapa Wolf? Kenapa bukan Worm (merujuk kepada bookworm)...kekeke

Nak tahu jawapannya, cari di sini...itupun kalau dekat dengan kawasan kediaman masing-masing ler..


Wah, so big...


Oh, so bad...(very crowded)


Oh mungkin ini Wolf nya...


Apapun Big Bad Wolf Book Sale 2013 ni memang terbaik yang saya pernah tengok dianjurkan di Malaysia (berkaitan buku) dan semestinya boleh jadi macam PIKOM PC Fair yang dah terkenal serata Malaysia. Cuma kalau BBW ni dapat hadir ke bandar2 utama di seluruh Malaysia kan bagus.

Macam aku dan suami juga peminat buku (ehem, minat buku tak semestinya kena beli banyak buku) dalam bidang yang hampir sama...tetapi tak berpeluang lah nak ke The Mines sana tuu. 

Apapun, ada blogger yang tapau lebih kurang 30 buah buku (termasuk yg hard cover) cuma berbelanja sekitar RM200++ sahaja dengan 4 jam dilabur tapi tak lebur begitu saja...adeh, ni yg tak tahan ni. Bukan tak pernah shopping buku sampai RM200 lebih tetapi hanya buku motivasi (tempatan) dan keagamaan yang dapat dibeli, campur akademik sikit (macam SPSS, IT, Technology etc)...itupun semua yg local punyerr...yang termahal pun berkaitan Biografi Agung Rasulullah SAW berharga RM65.00.

Sekian.



Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...