Tuesday, November 20, 2012

Prosedur Urusan Kematian di Makkah al-Mukarramah


Perkuburan Ma`la Makkah Mukarromah


  1. Maklumkan kepada pihak agensi umrah atau haji anda tatkala berlaku kematian.
  2. Jika berlaku kematian di hotel yakni bukan hospital, pihak hospital terdekat akan dimaklumkan dan doktor akan segera datang untuk mengesahkan kematian. Jika meninggal dunia di hospital, segala urusan pengesahan terus dilakukan di hospital.
  3. Setelah kematian disahkan, pihak agensi atau pengurus jemaah umrah atau haji akan memaklumkan perkara ini kepada pihak Konsul Jeneral Malaysia yang berpusat di Jeddah. Segala urusan surat menyurat dan dokumen akan diuruskan oleh pihak mereka setelah mendapat pengesahan rasmi daripada pihak hospital.
  4. Bagi urusan persiapan jenazah, pihak hospital akan terus membuat urusan dengan pihak yang berkaitan di Makkah dan segala urusan akan dilakukan dengan segera.
  5. Urusan memandikan, mengapankan sehinggalah solat jenazah akan diuruskan oleh pihak berwajib di Arab Saudi. Jenazah akan dibawa ke Masjidilharam untuk solat jenazah.
  6. Kemudian jika direzekikan dan diberi ruang, jenazah disemadikan di tanah perkuburan Ma'la tempat persemadian Siti Khadijah binti Khuwailid r.ha. dan para sahabat Nabi s.a.w. Namun, kebiasaannya jemaah dari luar Arab Saudi telah dikhususkan tempat persemadian yang bernama al-syaraya' (jalan menuju ke Taif dan berhampiran  dengan Arafah).




Majalah Solusi, Isu 48|ms:33




Tu Dia Harga Minyak di Thailand


Harga minyak antara RM3.00 hingga RM4.00, kalau kena kat Malaysia macam ni mampus kita harga barang naik meroket!

Sebab tu lah kat area sempadan Malaysia ni, orang Thai suka suki sangat isi minyak banyak-banyak...
Perjalanan ke Thailand, jika menaiki kenderaan sendiri lebih baik isi minyak di Malaysia. Itulah yang kami buat sebelum ke Thailand. Berbaloi-baloi...
Tau tak harga minyak petrol kat Malaysia sekarang ni?..Haa tak mustahil ada yang dah tak ambil peduli...



Friday, November 16, 2012

Tip Transformasi Diri



Tip Transformasi Diri

  1. Hijrah memerlukan keazaman kerana tanpanya ibarat "hangat-hangat tahi ayam". Apabila dia diuji, terus lari daripada masalah dan ujian.
  2. Hijrah mensyaratkan keikhlasan dan keredaan kerana tanpa kedua-duanya, seseorang itu akan kecundang dan mula menyalahkan diri dan orang lain. Mungkin Allah juga akan disalahkannya.
  3. Hijrah mewajibkan kesabaran kerana ia akan menjadikan seseorang tabah. Sabar dalam melakukan ketaatan, menjauhkan diri daripada maksiat dan menghadapi ujian dan cubaan daripada Allah.
  4. Hijrah berkehendak kepada persekitaran baru yang dapat mendekatkan diri seseorang dengan amalan kebaikan, ilmu, masjid, orang berilmu dan orang soleh.
  5. Hijrah mendambakan ilmu kerana dengannya kita tidak akan buntu. Hijrah tanpa ilmu ibarat memegang lampu suluh tanpa cahaya. Kadangkala kita jatuh tersungkur kerana tidak dapat melihat dalam keadaan yang gelap walaupun lampu suluh sudah berada di tangan.
  6. Hijrah dengan keberanian memampukan seseorang untuk melawan arus. Arus kegelapan kepada arus cahaya.
  7. Hijrah memerlukan rahmat Allah kerana tanpanya kita akan gelisah, resah dan sengsara. Justeru, sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diberikan rahmat dan petunjuk daripada-Nya.


 Majalah Solusi, Isu 48|ms:105

      
 

Sebaik-Baik Sedekah






Apakah ciri-ciri sebaik-baik sedekah?

  1. Sedekah yang diberi secara sembunyi-sembunyi hinggakan tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan tangan kanan. Sedekah yang disembunyikan lebih dekat dengan darjat ikhlas. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud: "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah lebih baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu."
  2. Sedekah yang diberikan sewaktu masih hidup dan kuat berbanding sedekah yang diberikan selepas mati atau ketika sakit atau sedang nazak sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya: "Sebaik-baik sedekah ialah apabila kamu bersedekah dan kamu berada dalam keadaan sihat dan tamak, kamu mengharapkan kekayaan dan takutka kefakiran. Jangan kamu tangguhkan sehingga nyawa berada di halkum lalu kamu katakan, 'ini untuk si polan dan itu untuk si polan' sedangkan ia memang menjadi hak si polan itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  3. Sedekah setelah menunaikan perkara wajib.
  4. Sedekah yang merupakan hasil daripada titik peluh sendiri.
  5. Sedekah kepada golongan yang berhak ikut prioriti seperti nafkah ke atas anak-anak, kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai, dan sedekah pada jalan Allah.
  6. Sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun telah meninggal dunia selama mana sedekahnya itu dapat dimanfaatkan oleh manusia.


Majalah Solusi, Isu 48|ms:81    


Thursday, November 15, 2012

Minum Petang Dengan Ramly Burger


Terbaikkkk...

boleh di kira sebagai menu minum petang ke tu? biasanya kalau minum petang mestilah kuih-kuih tradisional kan, ataupun goreng pisang pasang, murtabak, roti canai. Nak makan benda tu semua kena la beli kat luar. Aku malas nak keluar rumah, so masak & makan apa yang ada kat rumah.

Tapi, yang sebenornya anak aku si kakak tu suka makan daging burger + telur. Dah alang-alang hubby aku buatkan untuk anaknya, maknya pun teringin la jugak. Siap dihidangkan macam ni la rupanya beserta dengan tomato, sos cili & mayonis beserta dengan garfu & pisau lagi tu. Korang jangan heran la pulak, hubby aku ni memang camtu perangainya. Aku suruh masak daging jer tapi siap menghias lagi hidang untuk aku.



Salam Tahun Baru - Awal Muharram





Salam Tahun Baru Islam 1434
Maal Hijrah

Wednesday, November 14, 2012

Darulaman Lake Homes


Darulaman Lake Homes
  1. Sebuah kawasan kediaman berpagar menjadi kebanggaan terbaru Darulaman Realty.
  2. Cantik
  3. Luas
  4. Berdekatan tasik
  5. Harga masih boleh tercapai oleh akal dengan lokasi elit di Jitra ini.

Darulaman Lake Homes, berdekatan dengan Tasik Darul Aman Jitra

Pintu masuk berpalang dengan pos pengawal, dah siap.

Salah satu antara sudut depan yang cantik untuk tatapan

Salvinia: Harga banglo 2 1/2 tingkat ini bermula dari RM600,000

Masih banyak lagi perlu disiapkan.

Daripada Schneider Electric

Suis Schneider Electric

Bukaan pintu kedua dari arah dapur

Ruang bersebelahan dapur

Ruang tamu menghala ke arah tangga, pintu utama yang besar bewarna putih tu.

Ini dari arah bawah tangga menghala ke ruang tamu utama

Tangga ke aras dua.

Pintu ke balkoni bilik air di bilik tidur utama

Bilik air di bilik tidur utama, ke sebelah kiri ialah balkoni tu.

Balkoni di aras dua.

Pandangan dari aras paling tinggi banglo ini.

Nucifera: Banglo 2 tingkat ini bermula dari RM550,000

Pandangan sisi lain.


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...