Tuesday, October 14, 2014

Penginapan di Cameron Highlands - Nova Highlands Resort and Residence

Bercuti di Tanah Tinggi Cameron
Hari Pertama
9-11 Oktober 2014

Nova Highlands Resort and Residence
Sesudah menikmati makanan tengahari yang biasa-biasa aje berdekatan Time Tunnel Museum, kami terus ke Resort penginapan kami iaitu Nova Highlands Resort and Residence. Resort ini masih baru lagi (kurang 5 bulan) dan belum siap sepenuhnya khusus di bahagian The Square Shopping Arcade. 


Bilik yang kami pilih ialah 1 Bedroom Suite Twin Bed dengan kos untuk 2 malam ialah RM378 sahaja. Biliknya sangat luas, mempunyai 1 ruang tamu dengan L-Shape sofa untuk 3 seater, balkoni yang menghadap ladang sayuran dan lereng bukit. Kelihatan Copthorne Hotel dari jauh di puncak bukit tertinggi di sini. Sangat mendamaikan. Suhu pada petang itu sekitar 24'C. Mempunyai kitchenette dan lain-lain adalah sama seperti kelengkapan di hotel bertaraf 3 bintang.


Info:
Nova Highlands Resort and Residence 
Tel: 05 - 496 8806/ 8805
Jalan Aranda Nova, Brinchang, Cameron Highlands - Berdekatan Kea Farm, Butterfly Farm, Vegetable Market, Strawberry Farms.
Wifi percuma

Terdapat sebuah cafe iaitu Cili Hijau di aras B1 beroperasi setiap hari dari jam 7.00 pagi - 7.00 petang. Kos makan pagi dan tengahari sangat berpatutan dan puas hati.

Old Town White Coffee pula di aras 1, beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi - 12.00 tengah malam.
Kedua-duanya telah kami cuba kerana tidak perlu berjalan jauh untuk sarapan pagi dan makan tengah hari.

Percutian Cameron Highlands

Bercuti di Tanah Tinggi Cameron
Hari Pertama
9-11 Oktober 2014

Ladang Teh BOH, Bharat Tea
Pada 9 Oktober 2014 yang lalu, kami sepakat untuk berehat dan bercuti di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. Jarak perjalanan jika menggunakan lebuhraya PLUS dari Changlun ke tanah tinggi terkenal itu (melalui Simpang Pulai) ialah 400km. Kami mengambil masa 5 jam perjalanan termasuk 1 jam berhenti rehat di Hentian R&R Gunung Semanggol di Taiping, Perak.

Perjalanan kami bermula seawal 4.15 pagi dan tiba di destinasi pertama iaitu pekan Brinchang jam 9.15 pagi untuk mengisi minyak petrol dan berehat. Suhu pada ketika ini lebih kurang 20'C dan hujan renyai. Destinasi kami pagi itu seterusnya ke Ladang Teh BOH, Bharat Tea yang terletak lebih kurang 5km dari pekan Brinchang iaitu 8-10 minit perjalanan untuk menikmati keindahan ladang teh Bharat.

Fakta:
Ladang Teh BOH, Bharat Tea - sejak 1933 
Pengeluar teh ke-2 terbesar di Cameron Highlands
Ladang di Tanah Rata dan Tringkap
Masuk percuma - sehingga ke ladang teh

Selepas puas menikmati keindahan ladang teh Bharat bersama-sama anak yang kepenatan dan kesejukan, kami singgah makan tengahari lebih awal di sebuah kedai makan biasa berdekatan Time Tunnel Museum dan membeli sedikit cenderahati dan alat permainan kanak-kanak sekali (huh...).

Time Tunnel Museum
Apabila masing-masing kepenatan, maka kami tak singgah pun di Time Tunnel ni yang memaparkan koleksi peribadi See Kok Shan berkenaan warisan budaya dan barangan lama serta antik untuk tatapan umum.

Time Tunnel:
Tiket masuk (Dewasa) - RM5.00
Tiket masuk (Kanak-kanak) - RM3.00



Tuesday, October 7, 2014

Harga Lembu Korban Satu Bahagian


 
Gambar sebenar ketika suamiku menunggu lembu untuk korban

Ramai yang bertanyakan, berapakah harga satu bahagian (daripada 7 bahagian) lembu untuk ibadah korban.

Fakta:
Lembu RM550 setiap 1 bahagian (untuk Qurban/ Aqiqah).
Tahun lepas (2014), cuma RM450/ bahagian (wah naik mendadak yer...)
Lokasi untuk harga sebegini: Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah dan Kampung Tradisi, Chnaglun.

Lain-lain kawasan di Kedah, saya jangkakan harga adalah sama atau tak jauh berbeza.


Monday, October 6, 2014

Raya Korban



Aidil Adha pertama, hujan lebat dan berhenti sekejap-sekejap.
Alhamdulillah pada jam 12 tengahari menerima bahagian Aqiqah kami untuk majlis pada petang hari.

Aidil Adha ke-2 di Kedah agak panas sehingga ke petang, akhirnya malam hari kehujanan.
Trafik juga semakin sibuk, dengan kedudukan kawasan kami adalah jalan utama Utara-Selatan termasuklah bg yg bercuti di negara jiran.

Apapun, selamat jalan dan berhati-hati ketika memandu dan meletakkan kenderaan :)

Saturday, October 4, 2014

Pasaraya CMart Paling Murah di Malaysia


Beli buat stok 6 bulan...
Untuk jamu tetamu lebih afdal bila jatuh murah...
CMart ada di pekan Changlun pada mulanya. Sebelum merebak ke lokasi lain seperti CMart Jitra, CMart Arau, CMart Premium Sg. Petani dan CMart Kulim. Sejak beroperasi pada tahun 2005, bagi aku CMart adalah pasaraya yg paling murah di Malaysia kalau tidak di Asia Tenggara.

Nama CMart tak semayshur jenama pasaraya terkemuka tetapi CMart adalah umpama UNTOLD STORY bahkan peneraju harga barang murah sebenar melampaui kedai 1Malaysia. Lebih jauh meninggalkan pasaraya tersohor yg lain seperti GIANT, TESCO dan PACIFIC atau THE STORE (hanya mengambil kira persaingan di kawasan setempat), jika mengambil kira faktor harga barang runcit sahaja dan sesetengah barang basah.

Bandingkan harga di Kedai 1Malaysia dengan CMart dulu baru tahu...

Saya bagi perumpamaan begini. Bayangkan, jika EMPAT PASARAYA pesaing yang saya sebutkan di atas tadi membuat juala promo pada harga diskaun (kononnya), tetapi jika anda bandingkan harga di pasaraya CMart, sebenarnya harga barang di CMart sudah jual semurah itu TANPA PROMO. Kalau PROMO lagi lah murah...

Moral of the UNTOLD STORY, jika singgah di Pekan Changlun, Arau, Sungai Petani, Kulim dan Jitra maka jangan lupa singgah ke pasaraya CMart dan lihatlah harga setin Sardin King Cup bersaiz besar. Itu sudah memadai.

Kashif kegirangan bila harga barang murah walaupun petrol RON95 naik

Thursday, October 2, 2014

Musim Cuti Perayaan Bermula




Mood bercuti dah nak bermula, bagi warga d negeri Kedah dan lain-lain negeri yang hari bekerjanya setakat hari Khamis, maka bermulalah kembali mood perayaan, mood berbelanja dan mood bercuti sambil berehat-rehat di hujung minggu.

Bagi negeri2 lain, mungkin ada yg dah mula ambik cuti awal sehari, bagi melengkapkan cuti Aidil Adha yg bakal di sambut oleh semua Muslimin dan Muslimat di seluruh Malaysia pada Ahad ini.

Apapun perancangan kita semua. Salam percutian daripada blog yg dah bersawang 7 bulan lamanya...


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...