Tuesday, October 14, 2014

Percutian Cameron Highlands

Bercuti di Tanah Tinggi Cameron
Hari Pertama
9-11 Oktober 2014

Ladang Teh BOH, Bharat Tea
Pada 9 Oktober 2014 yang lalu, kami sepakat untuk berehat dan bercuti di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. Jarak perjalanan jika menggunakan lebuhraya PLUS dari Changlun ke tanah tinggi terkenal itu (melalui Simpang Pulai) ialah 400km. Kami mengambil masa 5 jam perjalanan termasuk 1 jam berhenti rehat di Hentian R&R Gunung Semanggol di Taiping, Perak.

Perjalanan kami bermula seawal 4.15 pagi dan tiba di destinasi pertama iaitu pekan Brinchang jam 9.15 pagi untuk mengisi minyak petrol dan berehat. Suhu pada ketika ini lebih kurang 20'C dan hujan renyai. Destinasi kami pagi itu seterusnya ke Ladang Teh BOH, Bharat Tea yang terletak lebih kurang 5km dari pekan Brinchang iaitu 8-10 minit perjalanan untuk menikmati keindahan ladang teh Bharat.

Fakta:
Ladang Teh BOH, Bharat Tea - sejak 1933 
Pengeluar teh ke-2 terbesar di Cameron Highlands
Ladang di Tanah Rata dan Tringkap
Masuk percuma - sehingga ke ladang teh

Selepas puas menikmati keindahan ladang teh Bharat bersama-sama anak yang kepenatan dan kesejukan, kami singgah makan tengahari lebih awal di sebuah kedai makan biasa berdekatan Time Tunnel Museum dan membeli sedikit cenderahati dan alat permainan kanak-kanak sekali (huh...).

Time Tunnel Museum
Apabila masing-masing kepenatan, maka kami tak singgah pun di Time Tunnel ni yang memaparkan koleksi peribadi See Kok Shan berkenaan warisan budaya dan barangan lama serta antik untuk tatapan umum.

Time Tunnel:
Tiket masuk (Dewasa) - RM5.00
Tiket masuk (Kanak-kanak) - RM3.00



2 comments:

Anum said...

bestnya cameron

ANIM said...

teringinnya nak p tunnel museum tu:-))

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...