27 Jun 2007 aku ada temujanji untuk melawat ke Sarawak Culture Village (SCV) ataupun Kampung Budaya Sarawak.. kali ni aku pergi untuk mendapatkan keterangan pakej Homestay (Pakej Berambeh di SCV - bermaksud pakej penginapan untuk bermalam di SCV).. untuk pakej ini tetamu akan akan merasai sendiri cara hidup etnik2 yang ada di sarawak seperti kaum Iban, Bidayuh, Penan, Orang Ulu, dan juga masyarakat Melayu serta masyarakat Cina.. Di sini para pengunjung akan melihat replika rumah2 etnik tersebut yang mana setiap rumah akan ada pekerja SCV yang akan meyambut tetamu yang datang dan memberi keterangan berkenaan rumah2 dan kehidupan masyarakat etnik2 tersebut..
Inilah tiket masuk (pasport) ke Sarawak Culture Village (SCV) .. pasport ni bolehlah buat kenangan.. setiap kali tetamu masuk ke rumah2 etnik tersebut pasport ini akan dicop.. Harga tiket masuk berbeza untuk orang Semenanjung dan orang Sarawak Sendiri.. Untuk orang Semenanjung harga tiket masuk RM 60 (dewasa) dan RM 30 (kanak2 - 6 hingga 12 thn).. SCV ni dibuka setiap hari bermula jam 9pg - 5.15 ptg.. Sedikit info di sini kalo sesiapa yang merminat untuk masuk ke SCV ni bolehlah hubungi mana2 travel agent untuk mendapatkan diskaun bagi tiket masuk ni..
Ni pulak masa makan tengahari kat Restaurant Budaya di SCV nilah.. haha.. perut rasa lapar giler dah.. mana ke taknya jam 2.30 ptg baru nak makan.. makanan kat sini best2 gak.. salah satu favourite aku ialah laksa sarawak.. sori lah yer lupa la pulak nak ambik gambo laksa tu.. tapi kalau mak mertua aku buat lagi sedap.. tapi aku pun pandai la jugak nak buatnye tu.. beli jer perencahnya kat sana.. balik mai sini masak ajer lerrrrr...
Kali ni aku ambil set berharga RM 12/set.. kalo tak silap aku lah.. kalo tersilap info tu maaflah ye kepada pihak SCV.. menu yang aku makan ni ada nasi putih, ayam pansuh, asam pedas, satu lagi tu aku lupalah apa dia.. harga tu dah termasuk air..
Menu yang hubby aku makan pulak nasi ayam.. huhhhh.. sedappppppp.. pendek kata tak rugilah kalo sape2 yang nak mencuba tu yer.. yang mamat ni punya menu aku tak ingatlah berapa harganya.. aku main hentam jer dah lapo sangat.. tak sempat nak tengok2 harga untuk lain2 menu..
Ini Usu Awi yang bertambah2 sihat dengan hubby aku.. Usu ni boleh dikatakan orang kuat gak lah kat SCV ni.. Tapi gi umah Usu ni aku seronok lah.. coz dia pandai masak.. dia masak simple2 jer tapi rasanya.. huuulamakkkkk.. memang sedapppppp.. biasanya Usu ni lah orang yang sibuk2 kat dapur nak masak.. heheee.. cam hubby akulah.. ke mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi kan.. kalo hubby aku dia suka duk kat dapur wat persiapan kalo kawan2 datang umah.. tapi kalo kawan aku yang datang bertandang.. raya lah aku jadi kaki bersembang..
dah kenyang malas lah pulak nak berjalannya.. ni tengah tunggu mamat yang nak bawa aku tengok bilik bagi pakej berambeh(bermalam) di SCV ni.. kalo ikutkan ati aku nak ajak hubby aku balik dah.. mana taknya.. penat sangat aku rasa..
ni satu lagi halnya.. kalo sape nak pergi ke SCV ni janganlah pakai seliper yang macam aku pakai ni.. buat sakit nyawa jer.. aku lupa nak bawa kasut.. kalo nak berjalan dari rumah ke rumah di kawasan ni kena lalu jalan yang dibuat dengan kayu macam titi tu lah.. nampak tu.. kayu2 yang disusun tu tak rapat2.. kalo sape2 yang pakai kasut yang ada tumit tinggi tu mestilah terlekat tumit kasut kat celah2 papan tu..
tengok tu.. mana tak penatnya kalo asyik tarik seliper jer.. akhirnya aku jalan kaki ayam jer.. nasib baiklah tak ramai orang sangat kalo waktu petang macamni.. nak masuk ke sini lebih baik waktu pagi sebab setiap rumah yang kita melawat akan disambut mesra oleh pekerja kat sini.. tapi kalo pergi petang selepas jam 3.00 ptg tu tetamu tidak akan disambut.. ini disebabkan pekerja2 yang sama akan membuat persediaan untuk persembahan kebudayaan jam 3.30ptg..
Berlatarbelakang kan rumah Orang Ulu.. sori ye kekawan aku malas dah nak masuk dalam umanh tu.. aku tak larat sangat2 dah.. rumah ni lebih kurang macam umah orang Iban jugak lah..
Pergi kali ni sempatlah aku merasa meniti di atas titi buluh ni.. teringin la jugak nak merasa berjalan atas titi ni.. xde apa yang istimewanya.. cuma aku teringin nak mencuba jer..
haha... ni hubby aku benggang gak gan aku ni.. dia terpaksalah ikut aku sekali meniti atas titi ni..
haha... ni hubby aku benggang gak gan aku ni.. dia terpaksalah ikut aku sekali meniti atas titi ni..
Ni salah satu aktiviti kaum Iban iaitu menenun kain Pua Kumbu.. pada asalnya kegunaan kain pua kumbu ni adalah untuk upacara keraiaan ataupun untuk sambutan upacara2 tertentu oleh kaum Iban.. tapi sekarang ni Kain Pua Kumbu ni dijadiakan sebagai produk kraftangan dan dikomersilkan sampaikan orang semenanjung pun tergila2 kan produk ni.. Kain Pua Kumbu ni cantik dan elok kalo di buat alas meja ataupun dibuat perhiasan di dinding di gantung dengan menggunakan kayu yang diukir dengan motif sarawak..
No comments:
Post a Comment