Friday, August 3, 2007

Makan Tengahari di Bau + Membeli-belah di Serikin



Selepas membeli belah di Serikin, kami singgah makan tengahari di Bau.. inilah dia menu makan tengahari kami di salah sebuah kedai makan di Bau.. kalau yang suka tengok jalan-jalan cari makan tu mesti dah tau apa nama menu ni kan.. memang tak sangka dapat makan makanan yang aku teringin sangat2 nak makan ni.. kami dah cuba cari di Kuching tapi tak jumpa.. memang susah nak dapatkan menu ni.. menu masakan ni asal usulnya dari orang Iban.. kalau ada sesiapa yang teringin nak mencubanya, menu yang istimewa ni hanya ada pada hari sabtu & ahad sahaja.. lupa pulak nak cakap.. ni namanya ayam pansuh yang dimasak dalam buluh.. rasanya lebih kurang macam sup.. cuma dimasak dalam buluh dan ramuannya ayam, daun kunyit, umbut bunga kantan (batang bunga kantan warna putih), halia, lengkuas, bawang putih dan sedikit perasa.. hehe.. cam tahu2 jer ek.. biasalah.. aku dapatkan resepi ni dari Usu Kiah (mak saudara hubby aku) yang kerja kat SCV.. mana lah tau kan.. suatu hari nanti aku nak bukak restoren yang berkonsepkan makanan ala2 Sarawak pulak..






















































No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...