Monday, April 16, 2007

Hari Ke-3 di Penang-Copthorne Hotel

ahaaaaa... sempat lagi ambik gambar masa nak tunggu lift.. maklumlah tengok orchid cantik tu.. pada pandangan kami la.. lebih baik hotel ni buat refurbishment jer.. dah teruk sangat.. furnishing hotel ni pun dah nampak lama dan usang sangat dah.. rasa macam tak berbaloi jer kami bayar seratus lebih untuk menginap di sini.. nasib baik la aku bawak biz card.. dapat la harga diskaun sikit untuk cooperate rate.. dah diskaun pun harganya hampir sama dengan harga yang aku boleh dapat dengan Cititel Hotel..
Hehe... mamat enchem ni pun teringin gak nak bergambar kat orchid ni.. kadang2 tu rasa rimas jugak kalau menginap kat hotel ker ataupun jalan2 kat mana2 lah... apa ke taknyer.. selalunyer orang akan sangka yang kami ni tak kawin lagi.. kadang2 tu rasa sakit hati jugak.. tapi nak buat macam mana kan.. itu semua pandangan orang..







Sunday, April 15, 2007

Private Beach at Copthorne Hotel Penang

Inilah aktiviti kami selepas dah kenyang breakfast.. Bila lihat laut dan pantai... ingatan tu mesti tak terlepas dengan perkataan Tsunami.. Kalau Tsunami tu terkena kat kawasan ni apa akan terjadi agaknya dengan rumah tu ye.. Kalau di pikir-pikirkan balik betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa sehinggakan ramai dari kalangan kita yang sangup beli ataupun menyewa rumah di kawasan bukit ataupun mengadap laut.. Ini menunjukkan kita sebagai insan di muka bumi ini terlalu mencintai kedamaian dan ketenangan..


Private Beach ni cantik la jugak.. Kalau dapat mandi ni lagi best.. Tapi kami ni jenis yang tak berani sangat dengan air ni.. Maklumlah dua-dua tak reti berenang.. Macam mana tu.. Pagi-pagi macam ni seronok jugak dapat hirup udara segar.. Inilah yang dinamakan bercuti kan..
Rasa macam tak puas hati jugak menginap kat Copthorne ni.. Kawasan ni jadi bising disebabkan ada pembinaan bersebelahan dengan hotel ni.. Nak tahu apa pembinaan yang rancak tu.. Tentulah dan tak lain tak bukan kondo ataupun apartment.. Kami pun keliru & binggung jugak.. Banyak sangat ke permintaan terhadap jenis penginapan yang tinggi mengadap laut atau di atas bukit ni.. Ataupun ini ke gaya hidup di negeri yang mempunyai tanah yang terhad.. Setakat yang mampu dan larat untuk kami bilang.. bangunan tu hampir 40 tingkat..
Tapi kalau sayalah tak sanggup nak tinggal kat Penang.. almaklumlah... semua barang boleh jadi mahal.. syukurlah dapat tinggal di bumi Kedah ni.. aman dan damai..

Breakfast di City Bayview Penang

















Saturday, April 14, 2007

Percutian di Penang (Malam Hari)
















Percutian Di Penang (Hari Pertama)

Selepas check in di City Bayview Hotel..di sini destinasi pertama yang kami tuju..Waktu ni jam 6 petang..Hirup sup petang-petang macam ni memang sesuai..kalo makan sup, biasanya saya tak kan minum air dah..nanti perut penuh tak boleh nak jalan-jalan plak..kali ni saya order sup perut campur ayam... emmmmm... sedapppppnya....
Makan panas-panas lagi sedap... RM 6 semangkuk rasanya berbaloi la kot...maklumlah sup di Penang... Kalau mamak kat Changlun tu buat sup macam ni kan best..alamaknya...tiap-tiap minggu la kami pergi kat kedai mamak tu yerrrr...
Haa...ini dia hubby saya yang tak kan lepas dengan nasi lemak bungkus.. Rasa-rasanya RM 1.50 sebungkus.. kira ok la tu.. Mamat ni kat mana-mana pun dia suka makan nasi lemak bungkus.. sekali sekala ubah selera katanya.. pepandai aje kan..







inilah dia rupa sup yang selalu disebut-sebut tu.. hari pertama di Penang.. sup dapatlah kami hirup.. tapi yang kecewanya tak dapat makan nasi ayam Nazir kat Komtar tu...sedihnyerrrr... rupa-rupanya kedai nasi ayam Nazir ni dah berpindah ke Bayan Baru..berdekatan dengan Sunshine Square..tapi harganya dah berubah la sikit..RM 4.50 dah.. agak-agaknya kos ayam dan sewa kedai kat Penang mahal sangat kot.. tapi yang kurengnya tu dia punya ayam sikit sangat.. terpaksa kami mintak extra ayam satu piring...

Tuesday, April 3, 2007

Lokasi Kegemaran - Dewan MAS UUM

Kalau di UUM, inilah tempat yang paling digemari oleh sapa-sapa saja untuk mengabadikan kenangan di UUM. Terutama masa konvokesyen UUM la. Jadi, tak terkecuali la saya dan kawan-kawan yang lain memang gemar bergambar kat kawasan dewan MAS ni. Sebab kat sini pemandangannya cantik sangat-sangat.. ala-ala macam kat kawasan pergunungan gitu..


Haha..Ini la pose yang paling menarik lah agaknya yer..Biasa la sekali sekala kalau bergambar tu mesti ada gaya sikit..

Ini pulak pose yang paling cun la jugak..kalau dulu saya & kawan-kawan suka berguling atas carpet hijau ni.. seronok gilerrrr... tapi takut-takut jugak la... nanti kalau ternampak unit keselamatan (UK).. tak pasal-pasal kena tegur plak..

Hujung Minggu di Alor Setar

Kalau cuti hujung minggu tu..tak lain dan tak bukan la destinasi kami..semestinya ke pekan Jitra ataupun bandaraya Alor Setaq la..mana lagi nak jalan-jalan kan..kalau tak pun ke negeri jiran la..Jadi, sudah semestinya negeri Perlis la destinasinya..Pergi Perlis pun ok jugak..Cuma 1 jam jer dari UUM..

Hujung minggu lepas tu, kami pergi jalan-jalan kat Alor Setar je..Best gak..dah lama dah tak rasa santai macam ni..apa yang paling best sekali ialah dapat cari ABC yang paling sedap bangat..


Haa..ini lah ABC sedap yang saya cakapkan tu..Dah lama kami teringin nak makan ABC..tapi tak pernah jumpa yang sedap..selalunya mengecewakanlah..Tak macam kat Kuching, ABC nya sedap sangat..Terutamanaya masa bulan puasa..Haa..teringat la pulak masa bulan puasa kat rumah keluarga mertua di Kuching..

Kalau tengok ABC ni macam biasa jer kan..Satu jer yang tak berapa nak syok nya..dia punya presentation tu kureng sikit la..Tapi macam-macam isi yang ada kat dalam tau..


Ini pulak kali kedua kami ke food court kat Pacific Alor Setar tu la..Semata-mata nak makan ABC tu lagi.. Haaa..tau tak.. apa yang saya buat tu..Tengah kusyuk makan bihun sup ala-ala sup mamak yang kat penang tu ler.. Kalau pergi penang kami tak kan lepaskan peluang makan sup panas-panas kat area cititel tu.. Haa..Jangan jelous hari khamis ni kami nak ke Penang..Sudah semestinya sup tu la yang kami cari..

Teringin jugak nak belajar dengan kakak tu macam mana nak buat sup yang sedap camtu..Haa..teringat la pulak masa mula-mula belajar buat sup..Tak berapa nak menjadi..Saya memang suka sangat makan sup..Tapi dulu tak berapa pandai sangat nak buatnyer..Tapi sekarang ni dah kira expert la jugak..Nasib baik saya ni kategori isteri yang pandai masak jugak ler..Maklumlah anak sulung dalam keluarga kan..Semua benda kena pandai buat..Kalau tak..masakan suami saya lebih suka makan yang saya masak lagi daripada beli kat kedai..Cuma isteri dia ni jer yang malas sikit nak masak..Nasib baik la dia juga pandai la masak..Tapi kalau suami saya ni, ala-ala western la dia minat terutamanya kalau dinner la..

Sempat lagi bergambar kat Menara Alor Setar..Dalam hujan plak tu..Tinggal di Kedah hampir 5 tahun lebih tapi tak pernah pun menjejakkan ke Menara Alor Setar ni..Biasanya lalu tengok aje ler..Pergi dah lewat tak sempat la kami nak naik menara ni..

Monday, April 2, 2007

Tasik Banding

Gambar ni diambil semasa kami dalam perjalanan balik dari pantai timur ke utara masa Raya Cina bulan Februari. Dari pantai timur atau utara akan lalu kat Tasik Banding tu. Biasanya, kalau sampai di situ kamai akan berhenti rehat dan nikmati pemandangan di Tasik Banding tu sekejap. Di situ juga ada disediakan kemudahan seperti tandas awam dan juga gerai makan. Tapi kalau dah penat sangat dan tak larat nak teruskan perjalanan tu bolehlah menginap di Tasik Banding Resort. Kat sini juga ada orang tempatan yang jual madu lebah. Tapi keasliannya tak berapa nak asli la.

Gambir sebelah ni pula hubby saya yang tak lepas dengan pepsi ataupun cola ler..Kalau nak balik kampung dia la orang yang paling seronok sebab tak sabar nak test kehebatan dia memandu di Gerik yang berbukit bukau dan mencabar tu. Maklumlah nak memandu di negeri dia sendiri jarang-jarang sekali la.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...