Kalau cuti hujung minggu tu..tak lain dan tak bukan la destinasi kami..semestinya ke pekan Jitra ataupun bandaraya Alor Setaq la..mana lagi nak jalan-jalan kan..kalau tak pun ke negeri jiran la..Jadi, sudah semestinya negeri Perlis la destinasinya..Pergi Perlis pun ok jugak..Cuma 1 jam jer dari UUM..
Hujung minggu lepas tu, kami pergi jalan-jalan kat Alor Setar je..Best gak..dah lama dah tak rasa santai macam ni..apa yang paling best sekali ialah dapat cari ABC yang paling sedap bangat..
Haa..ini lah ABC sedap yang saya cakapkan tu..Dah lama kami teringin nak makan ABC..tapi tak pernah jumpa yang sedap..selalunya mengecewakanlah..Tak macam kat Kuching, ABC nya sedap sangat..Terutamanaya masa bulan puasa..Haa..teringat la pulak masa bulan puasa kat rumah keluarga mertua di Kuching..
Kalau tengok ABC ni macam biasa jer kan..Satu jer yang tak berapa nak syok nya..dia punya presentation tu kureng sikit la..Tapi macam-macam isi yang ada kat dalam tau..
Ini pulak kali kedua kami ke food court kat Pacific Alor Setar tu la..Semata-mata nak makan ABC tu lagi.. Haaa..tau tak.. apa yang saya buat tu..Tengah kusyuk makan bihun sup ala-ala sup mamak yang kat penang tu ler.. Kalau pergi penang kami tak kan lepaskan peluang makan sup panas-panas kat area cititel tu.. Haa..Jangan jelous hari khamis ni kami nak ke Penang..Sudah semestinya sup tu la yang kami cari..
Teringin jugak nak belajar dengan kakak tu macam mana nak buat sup yang sedap camtu..Haa..teringat la pulak masa mula-mula belajar buat sup..Tak berapa nak menjadi..Saya memang suka sangat makan sup..Tapi dulu tak berapa pandai sangat nak buatnyer..Tapi sekarang ni dah kira expert la jugak..Nasib baik saya ni kategori isteri yang pandai masak jugak ler..Maklumlah anak sulung dalam keluarga kan..Semua benda kena pandai buat..Kalau tak..masakan suami saya lebih suka makan yang saya masak lagi daripada beli kat kedai..Cuma isteri dia ni jer yang malas sikit nak masak..Nasib baik la dia juga pandai la masak..Tapi kalau suami saya ni, ala-ala western la dia minat terutamanya kalau dinner la..
Sempat lagi bergambar kat Menara Alor Setar..Dalam hujan plak tu..Tinggal di Kedah hampir 5 tahun lebih tapi tak pernah pun menjejakkan ke Menara Alor Setar ni..Biasanya lalu tengok aje ler..Pergi dah lewat tak sempat la kami nak naik menara ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai
Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...
-
Semalam jiran berdekatan rumah aku, Abg Mat panggil untuk repair 2 bijik laptop dia, yang satu cuma problem nak guna Microsoft Of...
-
Terkejut juga bila mendengar yang pengacara MHI, Ally Iskandar akan bernikah 20 Januari 2012 nanti dan khabarnya Farah Lee (calon isteri...
-
kadang-kedang jemu jugak dengan makanan yang kita masak sendiri kan, kasih salina & hubby gemar jugak makan makanan dalam tin, sekali...
No comments:
Post a Comment